ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  SYNCHRONOSS PERLUAS PENAWARAN PERUSAHAAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGURUSAN IDENTITI GENERASI AKAN DATANG

Thursday 04/02/2016



Synchronoss memasuki usaha sama dengan Verizon bagi menyampaikan penyelesaian pelbagai faktor untuk menguruskan identiti dalam talian

BRIDGEWATER, N.J., 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan penawaran perusahaan mereka untuk menyampaikan satu penyelesaian pengesahan pengguna dan pengurusan identiti termaju  kepada perusahaan dan pengguna. Sebagai sebahagian daripada perkembangan ini, Synchronoss telah memeterai satu usaha sama dengan Verizon bagi menyampaikan sebuah penyelesaian pelbagai faktor untuk menguruskan identiti dalam talian.

Usaha sama dengan Verizon itu menambahkan satu lagi komponen pelengkap kepada Platform Mobiliti Terjamin Synchronoss yang diumumkan dengan kerjasama Goldman Sachs pada November lalu.

Synchronoss Universal ID™ direka untuk syarikat, agensi kerajaan dan pengguna, dan akan memberikan cara yang lebih cepat, lebih mudah dan lebih selamat untuk menguruskan identiti dalam sebuah dunia digital melalui satu sumber yang boleh dipercayai. Syarikat itu merancang untuk mengintegrasikan penyelesaian itu ke dalam Platform Mobiliti Terjamin  Synchronoss, sebuah platform generasi akan datang untuk pengesahan pelbagai faktor dan pengurusan identiti.

Synchronoss akan menyokong pelanggan perusahaan semasa dengan penyelesaian itu yang sebelum ini hanya boleh diperolehi melalui Verizon, ketika berusaha membina sebuah platform yang baharu dipertingkatkan yang dijadual dikeluarkan pada separuh kedua tahun 2016 untuk pelanggan baharu dan masa kini.

"Kami melihat Synchronoss Universal ID sebagai satu tambahan yang berharga bagi peralatan kami untuk menjaga pelbagai identiti dalam talian dengan selamat," kata Guru Pai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Platform di Verizon. "Dengan teknologi, skala dan kehadiran global Synchronoss, kami mengiktiraf peluang untuk mengambil pengurusan identiti dalam talian ke tahap seterusnya dan mengalu-alukan potensi ini untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada perusahaan dan pengguna."

"Usaha baharu kami dengan Verizon menonjolkan kekuatan hubungan kami, dan potensi Synchronoss dalam menawarkan inisiatif baharu dalam ruang perusahaan," kata Stephen Waldis, Pengerusi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Synchronoss. "Penambahan Universal ID untuk Suite Mobiliti Terjamin kami dapat mempercepatkan langkah kami ke dalam perusahaan dengan membolehkan pengesahan identiti tanpa geseran, namun selamat untuk tempat kerja dan di rumah."

Maklumat mengenai Verizon

Verizon Communications Inc. (NYSE, NASDAQ: VZ) mempunyai 177,700 orang tenaga kerja yang pelbagai dan menjanakan hampir $132 bilion dalam pendapatan pada tahun 2015. Verizon mengendalikan rangkaian tanpa wayar yang paling boleh dipercayai di Amerika, dengan lebih 112 juta sambungan runcit di seluruh negara. Dengan beribu pejabat di New York, syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan komunikasi dan hiburan melalui rangkaian gentian optik yang paling maju di Amerika, dan menyampaikan penyelesaian perniagaan bersepadu untuk pelanggan di seluruh dunia. 

Maklumat mengenai Synchronoss

Synchronoss Technologies, yang berpangkalan di Bridgewater, NJ, (NASDAQ: SNCR) adalah pemimpin inovasi mudah alih yang menyediakan penyelesaian awan, mobiliti selamat dan pengaktifan berasaskan perisian untuk pembawa, peruncit, OEM dan perusahaan di seluruh dunia. Penyelesaian teknologi syarikat itu yang terbukti, berskala dan dipatenkan membolehkan pelanggan untuk berhubungan, menyelaras dan mengaktifkan peranti dan perkhidmatan yang memberi kuasa kepada perusahaan dan pengguna untuk berhubungan secara langsung dalam sebuah dunia yang sentiasa bersambung. Untuk maklumat lanjut, sila layari kami di: www.synchronoss.com. 

Hubungi
Hubungan Synchronoss:
Media:
Stacie Hiras, +1-908-674-0758
Stacie.hiras@synchronoss.com
atau
Pelabur:
Seth Potter, +1-646-277-1230
investor@synchronoss.com
atau
Hubungan Verizon:
Marie McGehee, +908-559-3884
Marie.mcgehee@verizon.com  

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160203005807/en  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.