ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  WESTERN UNION DAN VIBER MENYEDIAKAN KEUPAYAAN PEMINDAHAN WANG MERENTASI SEMPADAN

Friday 05/02/2016



Platform WU® ConnectSM Meneruskan Pertumbuhan dan Pengembangan; Menyediakan kepada Pengguna Viber dengan Keupayaan untuk Menghantar Wang ke Lebih 200 Buah Negara dan Wilayah Di Seluruh Pelusuk Dunia 

SAN FRANCISCO, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran global, dan Viber, sebuah aplikasi pesanan mudah alih yang terkemuka dengan 664 juta pengguna unik di seluruh dunia, hari ini mengumumkan satu perjanjian untuk menawarkan satu cara yang cepat dan mudah untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga di mana sahaja di dunia dari kemudahan aplikasi Viber.

Dengan memanfaatkan platform WU® ConnectSM yang dikeluarkan baru-baru ini, kerjasama antara Western Union dan Viber akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama:

-Hantar wang di seluruh dunia: Dalam keluaran pertama, pengguna Viber di Amerika Syarikat akan dapat menghantar sehingga AS$499 untuk diambil di lebih 500,000 ejen lokasi Western Union® di lebih 200 buah negara dan wilayah.

-Pengalaman pengguna untuk dunia pesanan: Western Union dan Viber telah mewujudkan satu pengalaman pemindahan wang yang bermula dan dilengkapkan dalam skrin pesanan pengguna Viber.

-Penyelesaian Bersepadu: Penyelesaian itu menggunakan teknologi mantap, penukaran pertukaran asing, pengurusan data, serta pengawalseliaan, pematuhan dan infrastruktur anti pengubahan wang haram, untuk mempercepatkan pergerakan wang secara cekap dan tepat pada masanya hampir di mana sahaja di seluruh dunia.

"Melalui kerjasama dengan Viber ini kami dapat meneruskan momentum positif kami bagi menambah bilangan cara untuk memindahkan dana ke dalam platform rentas sempadan FinTech global kami, sekali gus mengembangkan rangkaian pelbagai arah saluran digital kami," kata Hikmet Ersek, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Western Union.

"Pengguna kami telah menggunakan Viber untuk terus berhubungan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka di seluruh dunia, oleh itu keupayaan untuk menghantar wang kepada orang yang tersayang melalui app itu adalah langkah yang seterusnya," kata Michael Shamailov, Ketua Pegawai Operasi, Viber. "Pakatan Viber dengan Western Union adalah langkah pertama kami ke arah ini dan ia memberikan pengguna kami dengan satu cara baharu untuk dengan cepat dan mudah menghantar wang kepada rakan dan anggota keluarga."

Dilancarkan pada tahun 2015, platform WU Connect yang baharu dan berinovatif itu yang berasaskan API membolehkan platform digital pihak ketiga untuk berintegrasikan dengan Western Union bagi memberikan pengalaman pemindahan wang ke seluruh dunia dengan lancar untuk pengguna mereka. Pengguna dapat menikmati menggunakan aplikasi sosial dan mesej kegemaran mereka itu semasa mereka mengirim wang secara langsung dari app itu. Mereka juga boleh membiayai pemindahan wang dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau akaun bank dan dengan mudah mengarahkan dana kepada mana-mana lokasi ejen runcit Western Union  yang mengambil bahagian di seluruh dunia, sebuah dompet mudah alih atau akaun bank di mana tersedia.

"Platform WU Connect menawarkan satu peluang untuk mewujudkan hubungan yang lebih bermakna dan menarik bagi pengguna platform digital pihak ketiga dan adalah merupakan satu strategi yang menguntungkan bagi Western Union dan syarikat-syarikat yang menjalin kerjasama dengan kami," kata David Thompson, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat, Western Union. "Kami teruja untuk mengintegrasikan platform WU Connect ke dalam perkhidmatan pesanan Viber dan mengalu-alukan pengembangan keupayaan itu untuk bergerak ke hadapan."

Untuk maklumat lanjut mengenai platform WU Connect atau peluang-peluang penyatuan, sila e-mel kepada pasukan Pembangunan Perniagaan WU Connect di WUConnect@wu.com.

Maklumat mengenai Western Union

The Western Union Company (NYSE: WU) adalah sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran di peringkat antarabangsa. Bersama-sama dengan perkhidmatan pembayarannya yang berjenama Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil dan Western Union Business Solutions, Western Union menyediakan kepada pengguna dan perniagaan dengan cara yang cepat, boleh dipercayai dan mudah untuk menghantar dan menerima wang di seluruh dunia, untuk menghantar bayaran dan membeli kiriman wang. Sehingga 30 September 2015, perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan menerusi satu gabungan rangkaian yang terdiri daripada lebih 500,000 ejen lokasi di 200 buah negara dan wilayah dan lebih 100,000 mesin ATM dan kios, dan termasuk keupayaan untuk mengirim wang ke beratus juta akaun. Pada tahun 2014, The Western Union Company menyelesaikan 255 juta transaksi pengguna ke pengguna di seluruh dunia, dengan menggerakkan amaun prinsipal bernilai $85 bilion di antara pengguna, dan 484 juta pembayaran perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.WesternUnion.com.

Maklumat mengenai Viber

Viber adalah sebuah perkhidmatan pesanan, suara dan video terkemuka yang membolehkan semua orang di dunia berhubungan. Secara bebas. Pengguna boleh menghantar pesanan teks secara percuma, pelekat yang menyeronokkan, gambar, video dan coretan, berkongsi lokasi, membuat panggilan berkualiti HD secara percuma dan berkomunikasi dengan Push-To-Talk. Dengan Viber Out, pengguna boleh membuat panggilan kos rendah kepada mana-mana nombor telefon di seluruh dunia. Viber disediakan untuk iPhone®, telefon Android™ dan tablet, Telefon Windows, BlackBerry®, BlackBerry® 10, Windows®, Windows 8®, Mac, Linux dan peranti Symbian, dengan menggunakan 3G / 4G atau penyambungan WiFi. Dengan lebih 664 juta orang pengguna unik di 193 buah negara, Viber sentiasa membuat pembaharuan dengan memperkenalkan platform baharu dan menambah ciri-ciri baharu yang menyeronokkan seperti Sembang Awam. Viber ialah sebuah syarikat Kumpulan Rakuten.

WU-F
WU-G

Lihat sumber versi di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20160204005382/en/  

Hubungi
Western Union Global
Brad Jones, +1-720-332-1262
bradley.jones@westernunion.com
atau
Viber Global
Charlotte Panther
charlottep@viber.com
atau
Viber Amerika Syarikat
Kate Licht
katel@viber.com

Sumber: Western Union

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.