ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  NTT COMMUNICATIONS LANCAR PERKHIDMATAN PENYAMBUNGAN KEPENDAMAN ULTRA RENDAH YANG BAHARU ANTARA JPX & SGX

Wednesday 10/02/2016



- Kependaman 63.5 milisaat yang tidak pernah ada sebelum ini akan meningkatkan ketangkasan pelabur terhadap perdagangan berfrekuensi tinggi -

TOKYO, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menambahkan satu perkhidmatan baharu penyambungan kependaman ultra rendah antara Japan Exchange Group (JPX) dan Singapore Exchange (SGX). Perkhidmatan penyambungan baharu ini akan menawarkan tahap kependaman paling rendah dalam industri telekom untuk talian sewaan antarabangsa yang secara langsung menyambung kemudahan lokasi bersama bagi JPX dan SGX.

Perkhidmatan baharu ini menyambungkan pusat data 3-lengkap Access Point JPX (Pusat AP3), di mana kebanyakan institusi kewangan mempunyai alat pelayan mereka, dan pusat data SGX dengan hanya 63.5 milisaat. Kelajuan ini yang tiada tandingannya membolehkan pelabur yang menjalankan perdagangan di JPX dan SGX untuk meningkatkan ketangkasan perdagangan mereka yang berfrekuensi tinggi dan mengukuhkan daya saing mereka. Tahap kependaman itu adalah kependaman pergi balik yang diukur menggunakan kabel ujian 1Gbp dan persekitaran paket 1000Base-LX/64 bit. Tahap kependaman itu mungkin berbeza bergantung kepada persekitaran rangkaian.

Kependaman 63.5 milisaat memendekkan lagi kependaman JPX-SGX yang sudah berada di tahap paling rendah

Sejak April 2015, Lokasi Bersama Secara Terus JPX-SGX NTT Com telah menyediakan kependaman peringkat paling rendah antara JPX dan SGX pada tahap 63.7 milisaat dengan memanfaatkan Asia Submarine Cable Express (ASE) syarikat itu,  iaitu laluan kabel paling pendek di antara Jepun dan Singapura. Perkhidmatan penyambungan baharu ini berjaya dalam memendekkan lagi masa dengan menambahkan Titik Kehadiran (PoP) NTT Com di pusat AP3 di sebuah lokasi yang lebih bermanfaat yang berhubungan ke titik pendaratan melalui laluan yang paling singkat. Selain itu, memandangkan PoP baharu itu bersambung terus kepada kabel yang berstruktur, satu penyambungan luaran tidak lagi diperlukan, sekali gus mengurangkan masa pendulu.

Pilihan yang lebih fleksibel untuk memenuhi rangkaian keperluan yang lebih luas

Lokasi Bersama Secara Terus JPX-SGX NTT Com menyediakan penjimatan kos dan penyambungan kependaman rendah untuk pelanggan yang menggunakan "Perkhidmatan Lokasi Bersama JPX (kesemuanya)", yang ditawarkan oleh JPX. Pilihan kependaman ultra rendah yang baharu itu akan disediakan bukan sahaja untuk pelanggan berkenaan tetapi juga bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan lokasi bersama dan penyambungan yang lain. Banyak pelanggan dijangka akan mengkaji semula pilihan mereka berikutan penyatuan perkhidmatan lokasi bersama JPX yang dirancang itu bagi bursa Tokyo dan Osaka mereka dan penyatuan Bursa Saham Tokyo ke dalam platform JPX, yang dijadual dilaksanakan pada tahun 2016.

Untuk butiran lanjut mengenai permohonan dan bayaran, sila hubungi petugas jualan NTT Com. (Exchange-connectivity@ntt.com)

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51274779&lang=en

Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
(Encik) Hideto Fujiwara / (Cik) Yuko Oishi / (Encik) Yoshiaki Iwasaki, +81 3 6733 7055
The Third Sales Division
Financial Sales Group
Exchange-connectivity@ntt.com
atau
NTT Singapore Pte. Ltd.
(Encik) Paul Lew, +65 6231 4170
paul.lew@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.