ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​PASSPORT SYSTEMS INC MUNCUL DALAM ARTIKEL BOSTON GLOBE MENGENAI TEKNOLOGI PENGESANAN RADIASI BAHARU

Friday 12/02/2016



NORTH BILLERICA, Mass., Feb 12 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Passport Systems Inc, salah satu pemaju terkemuka dunia dalam teknologi pengesanan radiasi, muncul dalam sebuah artikel Boston Globe yang membincangkan teknologi canggih syarikat yang akan mengimbas kargo yang tiba di Pelabuhan Boston dan boleh digunakan bagi menjadikan pelabuhan laut lain di seluruh dunia lebih selamat.

Cerita Globe terkini boleh dibaca di http://bit.ly/1me2qtN.

“Misi kami di Passport, dan tanggungjawab kami sebagai jurutera dan saintis, adalah membangunkan produk-produk canggih yang akan meningkatkan keselamatan awam,” kata Dr. Robert Ledoux, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Passport Systems Inc. “Kami memikul tanggungjawab tersebut dengan amat serius.”

Seperti yang dinyatakan dalam artikel Globe, Passport Systems telah membangunkan dua sistem pengesanan canggih yang membantu memastikan dunia lebih selamat daripada ancaman Bahan Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Bahan Letupan (Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive, CBRNE).

Sistem Pengesanan Radiasi Berangkaian SmartShield™ ialah sebuah sistem pengesanan radiasi berangkai bimbit yang boleh mengesan dan menghalang ancaman radiologi. Sistem ini menyediakan penyepaduan bersepadu pengesan berasingan ke dalam sebuah rangkaian terselaras, manakala algoritma canggih menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh rangkaian bagi melaksanakan pengesanan radiasi yang dipertingkatkan, penyetempatan, pengenalpastian dan pemetaan berterusan latar belakang. Sistem SmartShield memberikan kemajuan penting yang membantu penguatkuasaan undang-undang menambah baik pengesanan dan keupayaan tindak balas mereka di lokasi-lokasi seperti lapangan terbang, konsert, atau mana-mana perhimpunan luar yang besar.

Dalam beberapa bulan lagi, Passport Systems juga akan melancarkan kemudahan pemeriksaan kargo perintis dan tidak mengganggu di Pelabuhan Boston.  Sistem Pemeriksaan Kargo Automatik SmartScan 3D™ akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemeriksaan kargo. Sistem tersebut menggabungkan teknologi pengesanan proprietari dengan pengesanan radiasi pengimejan resolusi tinggi konvensional dan pasif pintar bagi mengosongkan atau mengesan bahan-bahan ancaman secara automatik dalam beberapa minit malah dalam beberapa saat.

Pengimbas kargo canggih ini mengesan bahan nuklear, bahan letupan, dadah dan barang seludup secara automatik, membekalkan imej-imej tiga dimensi kepada pihak berkuasa yang berupaya memaparkan lokasi barang seludup.

(Untuk menjadualkan, mencetak atau menyiarkan temu bual dengan Dr. Ledoux , sila hubungi Michael K. Frisby di 202-625-4328 atau mike@frisbyassociates.com. Untuk maklumat mengenai produk, sila hubungi Tom Hughes 978-263-9900 samb. 2227; dan untuk perhubungan pelabur, sila hubungi Bruce Garcia, Ketua Pegawai Kewangan, 978-263-9900, samb. 2205.)

Mengenai Passport Systems
Passport Systems telah diasaskan untuk membangunkan dan mengkomersilkan teknologi-teknologi baharu bagi menangani ancaman yang dihadapi dunia pasca serangan pengganas 9/11.  Passport Systems yang diasaskan oleh sepasukan pakar teknologi dan usahawan dari MIT dengan bangganya telah membangunkan dua barisan produk canggih: Sistem Pengesanan Kargo Automatik SmartScan 3D™, berdasarkan teknologi pendarfluor resonans nuklear dan Sistem Pengesanan Radiasi Berangkaian SmartShield™, menggunakan algoritma lakuran data canggih.  Untuk maklumat lanjut mengenai Passport Systems serta produk dan perkhidmatannya, sila lawati www.passportsystems.com, dan ikuti kami di Twitter di @PassportSys

Hubungan Media:
Michael K. Frisby 202-625-4328 mike@frisbyassociates.com

Sumber : Passport Systems Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.