ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  YUPPTV MEMPEROLEH HAK MEDIA DIGITAL EKSKLUSIF UNTUK PIALA ASIA 2016

Friday 12/02/2016



Pembekal OTT itu membolehkan penstriman secara langsung untuk kejohanan T20 melalui aplikasi mereka pada pelbagai peranti Internet yang aktif
 
ATLANTA, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal Over-The-Top (OTT) terbesar di dunia bagi kandungan Asia Selatan, sangat gembira untuk mengumumkan bahawa ia telah mendapat hak media digital untuk Piala Asia T20, 2016 yang akan diadakan pada 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Walaupun YuppTV telah mendapat hak eksklusif untuk penstriman Piala Asia 2016 secara langsung di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Malaysia, peminat kriket di Singapura akan juga dapat menonton kejohanan itu melalui aplikasi YuppTV pada pelbagai peranti Internet seperti TV Pintar, perakam Blu-ray Pintar, alat penstriman media, komputer riba, konsol permainan, telefon pintar dan tablet. Piala Asia 2016 dijadual berlangsung di Dhaka, Bangladesh dengan pasukan T20 India bertemu pasukan negara tuan rumah pada hari pembukaan. Perlawanan yang sangat dinanti-nantikan antara India dan Pakistan dijadual diadakan pada 27 Februari, manakala India menghadapi juara bertahan Sri Lanka pada 1 Mac.
 
Bercakap mengenai pengumuman itu, Uday Reddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, YuppTV berkata, "Kriket sentiasa menjadi satu sukan yang telah mencetuskan keghairahan dan ikutan di kalangan peminat di Asia Selatan. Dengan memenangi hak media digital eksklusif bagi Piala Asia 2016, kami akan membolehkan akses secara langsung dan di mana sahaja kepada kejohanan itu untuk masyarakat ekspatriat. Perkongsian ini akan menyediakan kepada mereka dengan akses yang lancar dan tepat masa kepada kesemua perlawanan dan membolehkan penonton menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi pada peranti pilihan mereka!"
 
Selain Sri Lanka, Bangladesh, India dan Pakistan, beberapa negara yang tidak beraksi pada perlawanan berstatus ‘test’ iaitu Afghanistan, Hong Kong, Oman dan Emiriah Arab Bersatu akan  juga bersaing untuk merebut tempat kelayakan bagi kejohanan itu. Pusingan kelayakan dijadual berlangsung di Stadium Khan Shaheb Osman Ali (KSOAS) di Narayanganj, Afghanistan, antara 19 Februari dan 22 Februari, dengan pemenang pusingan kelayakan kemudian menyertai negara-negara berstatus ‘test’ itu dalam kejohanan utama.
 
Pengguna YuppTV boleh menonton kesemua aksi itu di www.yupptv.com atau melalui aplikasi YuppTV pada TV Pintar, perakam Blu-ray Pintar, alat penstriman media, konsol permainan, telefon pintar dan tablet mereka.
 
Maklumat mengenai YuppTV
YuppTV adalah satu daripada pembekal perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas Permintaan yang terbesar di dunia, dengan menawarkan lebih 200 saluran TV, lebih 5,000 Filem dan lebih 100 Rancangan TV dalam 12 bahasa dari Asia Selatan. YuppTV mempunyai 25,000 jam kandungan hiburan yang dikatalogkan dalam perpustakaan, manakala hampir 2,500 jam kandungan baharu atas permintaan ditambah pada platform YuppTV pada setiap hari. YuppTV menawarkan teknologi Live TV dan TV Catch-Up. YuppTV mempunyai kehadiran di lebih 50 buah negara. YuppTV kini menduduki tempat pertama untuk platform TV Internet Berbayar bagi Asia Selatan yang menetap di luar negara dan juga platform TV Internet terbesar daripada ketersediaan kandungan premium di India. YuppTV adalah aplikasi paling tinggi yang dimuat turun oleh app TV Pintar di Asia Selatan dan ia juga mempunyai 8 juta muat turun mudah alih dengan penarafan 4.0 oleh pengguna.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.yupptv.com/
 
Hubungi
YuppTV
Pooja Diwan, 040-23555055
 
Sumber: YuppTV
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160211005886/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.