ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PENDAPATAN OPERASI YAMAHA MOTORS MENINGKAT 38%

Tuesday 09/02/2016



AsiaNet 63355
 
IWATA, Jepun, 9 Feb., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Pertumbuhan Lebih Tinggi Diramalkan untuk tahun 2016 -
 
Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) mengumumkan pada 9 Februari bahawa pendapatan operasi bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2015, melonjak 38.0 peratus kepada 120.4 bilion yen dan jualan bersih meningkat 6.2 peratus kepada 1,615.4 bilion yen.
 
(Dokumen, Foto & Video: http://bit.ly/1nXLHfM)
(YouTube: https://youtu.be/jKVsKoVFUOI)
 
Pendapatan biasa meningkat 28.7 peratus kepada 125.2 bilion yen manakala pendapatan bersih susut 12.3 peratus kepada 60.0 bilion yen.
 
Jualan dan pendapatan adalah kukuh di pasaran maju. Peningkatan dicatatkan dengan model global dan model yang berharga lebih tinggi dalam segmen motosikal, model besar (dan disebabkan oleh kesan susut nilai yen) dalam segmen marin, dan model kenderaan rekreasi  luar lebuh raya (ROV) dalam segmen produk kuasa.
 
Dalam pasaran baru muncul, jualan motosikal meningkat di Vietnam, Filipina dan Taiwan. Model premium juga telah mencatatkan prestasi yang baik dan pengurangan kos telah menghasilkan kesan yang positif. Berikutan itu, pengurangan penjualan unit dan penurunan nilai mata wang di pasaran seperti Indonesia, Brazil dan China telah diimbang balas secukupnya untuk mengekalkan pendapatan di tahap yang sama seperti tahun sebelumnya.
 
Yamaha Motor berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasinya untuk tahun 2016. Selain melancarkan model baharu motosikal, ia akan memanfaatkan kekuatan jenamanya dan keuntungan untuk meningkatkan pelaburan dalam segmen marin. Syarikat itu juga bercadang untuk mengembangkan kuasa pendapatannya dalam bidang sukan ROV dan perniagaan produk kuasa yang lain.
 
Untuk tahun 2016, Yamaha Motor meramalkan jualan bersih meningkat 5.2 peratus kepada 1,700.0 bilion yen dan pendapatan bersih melonjak 33.3 peratus kepada 80.0 bilion yen. Pendapatan operasi dan pendapatan biasa masing-masing dijangka berkurangan 0.4 peratus dan 0.2 peratus.
 
Sumber: Yamaha Motor Co., Ltd.
 
Hubungi:
Kenji Otsuki
Bahagian Perhubungan Korporat
Global PR Team
Yamaha Motor Co., Ltd.
Tel: +81-3-5220-7211
Faks: +81-3-5220-7233
e-mel: ymcglobalpr@yamaha-motor.co.jp 
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.