ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​DILIGENT AKAN DIAMBIL ALIH OLEH INSIGHT VENTURE PARTNERS UNTUK $AS 4.90 SESAHAM SECARA TUNAI

Monday 15/02/2016



Urus Niaga itu Menilaikan Diligent pada $AS 624 Juta
 
Harga Belian Mewakili 31% Premium untuk Prapengumuman Harga Saham Syarikat
 
WELLINGTON, New Zealand & NEW YORK, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Diligent Corporation (NZX:DIL) ("Diligent" atau "Syarikat" itu), pembekal terkemuka bagi kerjasama dalam talian yang selamat dan penyelesaian perkongsian dokumen bagi lembaga pengarah, jawatankuasa dan pasukan kepimpinan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian definitif untuk diambil alih oleh Insight Venture Partners ("Insight"), sebuah firma modal teroka dan ekuiti swasta yang terkemuka di dunia yang melabur dalam syarikat perisian, internet dan perkhidmatan data pertumbuhan tinggi. Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham Diligent akan menerima $AS 4.90 ($NZ 7,391) secara tunai bagi setiap saham Diligent, satu pertimbangan yang menilaikan Diligent pada kira-kira AS$624 Juta (kira-kira $NZ 941 Juta1), termasuk tunai. Lembaga Pengarah Diligent telah sebulat suara meluluskan urus niaga itu dan memutuskan untuk mengesyorkan bahawa pemegang saham supaya mengundi untuk memihak kepada perjanjian itu. Urus niaga itu mewakili premium 31% berbanding penutupan harga saham $NZ 5.64 ($AS 3.741) pada 12 Februari 2016.
 
"Selepas satu kajian yang teliti mengenai alternatif strategik, Lembaga Pengarah Diligent menetapkan bahawa syarat-syarat yang ditawarkan oleh Insight melambangkan satu urus niaga yang mempunyai kepentingan terbaik kepada pemegang saham," kata David Liptak, Pengerusi Diligent. "Diligent disenaraikan di Bursa Saham New Zealand pada Disember 2007 pada nilai $NZ 1.00 ($AS 0.66).  Urus niaga $AS 4.90 bagi setiap saham yang kami cadangkan kepada pemegang saham mewakili kemuncak kepada usaha tak henti-henti selama sembilan tahun oleh pasukan Diligent untuk membina sebuah syarikat bertaraf dunia yang merupakan pemimpin dalam ruangnya. Selain merupakan hasil yang hebat bagi kesemua pemegang saham kami, kami percaya urus niaga ini akan menyediakan Diligent dengan fleksibiliti kewangan untuk terus melaksanakan visi jangka panjang mereka, yang kami percaya akan memberi manfaat kepada pelanggan dan pekerja."
 
Brian Stafford, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Diligent, menyatakan, "Ini adalah hari yang mengujakan untuk Diligent. Saya amat teruja untuk bekerjasama dengan Insight, yang membawa pengalaman yang luas dalam menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat perisian di seluruh dunia. Pelan tindakan kami tidak akan berubah sebagai sebuah syarikat persendirian - untuk menjadi pembekal terkemuka bagi perisian kerjasama untuk pasukan lembaga pengarah, jawatankuasa, dan pasukan kepimpinan. Insight akan menjadi rakan kongsi yang hebat kepada pasukan Diligent ketika kami terus membantu membawa organisasi di seluruh dunia bekerjasama dengan selamat."
 
Stafford dan pasukan pengurusan kanan semasa akan terus menerajui perniagaan itu selepas penutupan urus niaga berkenaan.
 
"Kami berharap untuk bekerjasama dengan Brian dan keseluruhan pasukan yang berbakat di Diligent untuk mempercepatkan kemajuan Syarikat dalam pasaran komunikasi dan pasaran kerjasama yang sedang pesat berkembang" kata Deven Parekh, Pengarah Urusan di Insight Venture Partners. "Diligent memimpin jalan dengan kerjasama antara lembaga pengarah dan eksekutif kanan dengan lebih 3,500 pelanggan, inovasi yang besar dan perkhidmatan yang hebat. Di samping itu, prestasi terkini Syarikat dalam mempercepatkan tempahan suku tahun, pelancaran produk baharu dan pengambilalihan perniagaan BoardLink Thomson Reuters baru-baru ini menunjukkan momentum mereka yang mantap. Kami berhasrat untuk menyokong pasukan itu ketika mereka membina rekod cemerlang mereka dan terus mengembangkan penawaran produk dan pangkalan pelanggan mereka di seluruh dunia."
 
Urus niaga itu tertakluk kepada kelulusan majoriti saham terkumpul bagi saham biasa dan saham keutamaan Diligent, yang mengundi sebagai satu kelas; kelulusan sekurang-kurangnya 60% daripada saham keutamaan tertunggak Diligent, mengundi secara berasingan; kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan lazim yang lain, termasuk pengarah yang sedia ada akan meletakkan jawatan pada hari penutupan. Pemegang saham keutamaan Diligent, termasuk Spring Street Partners, L.P., pemegang saham terbesar Diligent, telah memeterai perjanjian mengundi untuk menyokong urus niaga itu. Satu mesyuarat khas pemegang saham Diligent akan dijadualkan secepat mungkin berikutan penyediaan dan pemfailan bahan proksi muktamad dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat ("SEC") dan Bursa Saham New Zealand. Insight telah menerima komitmen pembiayaan hutang sepenuhnya berkaitan dengan urus niaga itu. Urus niaga itu dijangka selesai pada suku kedua 2016. Diligent akan menjadi sebuah syarikat milik persendirian selepas penutupan itu.
 
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Diligent akan mengumumkan keputusan kewangannya bagi Tahun Fiskal berakhir 31 Disember, 2015, pada Isnin, 29 Februari, 2016 NZDT (Ahad, 28 Februari, 2016 AS ET). Panggilan persidangan analisis yang dijadualkan tidak akan diadakan berikutan perjanjian definitif antara Diligent dan Insight. Diligent akan terus mengemukakan fail yang diperlukan kepada Bursa Saham New Zealand dan SEC sehingga penutupan urus niaga.
 
Jefferies LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan dan Lowenstein Sandler LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Diligent. Minter Ellison Rudd Watts berkhidmat sebagai peguam New Zealand untuk Diligent. Willkie Farr & Gallagher LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Insight.
 
Butiran tambahan mengenai perjanjian penggabungan itu akan terkandung dalam Laporan Semasa pada Borang 8-K yang akan difailkan oleh Diligent dengan SEC dan Bursa Saham New Zealand.
 
MAKLUMAT MENGENAI DILIGENT (NZX: DIL)

Diligent adalah pembekal terkemuka bagi penyelesaian tadbir urus korporat dan kerjasama yang dijamin selamat untuk lembaga pengarah dan eksekutif kanan. Lebih 3,500 pelanggan di lebih 60 buah negara dan di semua tujuh benua bergantung kepada Diligent untuk menyediakan akses yang selamat dan intuitif kepada maklumat mereka yang paling sensitif dan sulit, akhirnya membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik. Penyelesaian Diligent Boards (dahulunya Diligent Boardbooks) mempercepat dan memudahkan cara bagaimana bahan-bahan lembaga dihasilkan, dihantar dan bekerjasama melalui mana-mana peranti, menghapuskan kebimbangan keselamatan untuk berbuat demikian melalui kurier, e-mel dan perkongsian fail. Diligent ialah sebuah syarikat senarai awam (NZX: DIL) dengan hampir $AS 100 juta dalam pendapatan tahunan berulang, berdasarkan kepada kadar pengekalan pendapatan yang dilaporkan sebelum ini. Layari www.diligent.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
MAKLUMAT MENGENAI INSIGHT VENTURE PARTNERS

Insight Venture Partners ialah sebuah modal teroka yang terkemuka di dunia dan firma ekuiti swasta yang melabur dalam syarikat perisian dan teknologi pertumbuhan tinggi yang memacukan perubahan transformatif dalam industri mereka. Ditubuhkan pada tahun 1995, Insight telah mengumpulkan lebih $13 bilion dan melaburkan dalam lebih 250 buah syarikat di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk mencari, membiayai dan bekerja dengan jayanya dengan eksekutif yang berwawasan dalam menyediakan mereka dengan kepakaran pertumbuhan secara praktikal dan amali untuk memupuk kejayaan jangka panjang. Untuk maklumat lanjut mengenai Insight dan semua pelaburan mereka, sila layari http://www.insightpartners.com atau mengikuti kami di Twitter: @insightpartners.
 
KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, yang didasarkan kepada jangkaan semasa pengurusan, ketepatan yang semestinya tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Kenyataan-kenyataan ini menggunakan perkataan seperti "menjangkakan," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya" dan kata-kata lain yang mempunyai maksud yang sama. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan termasuk, tanpa had, bahawa penggabungan itu mungkin tidak dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang dijangkakan atau sama sekali di atas sebab beberapa faktor, termasuk kegagalan untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham; berlakunya apa-apa kejadian, perubahan atau keadaan lain yang boleh menimbulkan penamatan perjanjian penggabungan; atau kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat penutupan penggabungan, termasuk kelulusan di bawah Akta Penambahbaikan Antitrust Hart-Scott-Rodino tahun 1976 dan syarat-syarat penutupan lazim yang lain. Faktor-faktor yang boleh menjejaskan keputusan perniagaan atau kewangan Diligent diterangkan dalam faktor risiko dan pendedahan lain dalam Laporan Tahunan Diligent pada Borang 10-K bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2014, yang difailkan dengan SEC pada 16 Mac, 2015, Laporan Suku Tahun pada Borang 10-Q bagi tempoh suku tahun berakhir 30 September, 2015, yang difailkan dengan SEC pada 9 November 2015, dan fail lain dengan SEC yang boleh didapati di www.sec.gov. Diligent secara khusus menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, sama ada hasil daripada maklumat baharu, acara masa hadapan atau sebaliknya.
 
MAKLUMAT TAMBAHAN DAN DI MANA UNTUK MENDAPATKANNYA

Siaran akhbar ini tidak bermaksud sebagai satu tawaran untuk membeli atau menjual atau mendapatkan satu tawaran untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti atau cuba mendapatkan apa-apa undi atau kelulusan. Komunikasi ini berkaitan dengan cadangan pengambilalihan Diligent oleh Insight.
 
Sehubungan dengan penggabungan itu, Diligent bercadang untuk memfailkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SEC, termasuk kenyataan awal proksi mengenai Jadual 14A. Berikutan memfailkan kenyataan proksi yang muktamad dengan SEC, Diligent akan menghantar melalui pos kenyataan proksi yang muktamad dan kad proksi kepada setiap pemegang saham yang berhak untuk mengundi pada mesyuarat khas pemegang saham yang berkaitan dengan penggabungan itu. PEMEGANG SAHAM DIMINTA MEMBACA DENGAN TELITI BAHAN-BAHAN KESELURUHANNYA (TERMASUK SEBARANG PINDAAN ATAU BAHAN TAMBAHAN) DAN APA-APA DOKUMEN BERKAITAN YANG LAIN YANG AKAN DIFAILKAN OLEH DILIGENT KEPADA SEC APABILA IA DIPEROLEHI KERANA IA AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG PENGGABUNGAN ITU. Kenyataan proksi itu dan bahan-bahan lain yang berkaitan (jika ada), dan apa-apa dan kesemua dokumen yang difailkan oleh Diligent dengan SEC, juga boleh diperolehi secara percuma di laman web SEC di www.sec.gov. Di samping itu, pemegang saham boleh mendapatkan salinan percuma dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Diligent di laman web bahagian Perhubungan Pelabur Diligent di www.diligent.com atau dengan menghubungi Jabatan Perhubungan Pelabur Diligent di 0800 995 082 (NZ bebas tol) atau 64 4 894 6912 (antarabangsa).
 
Diligent dan pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai eksekutif mereka boleh disifatkan sebagai peserta dalam mendapatkan proksi berkenaan berhubung urusniaga yang dipertimbangkan oleh perjanjian penggabungan itu. Maklumat mengenai pengarah dan pegawai eksekutif Diligent terkandung dalam kenyataan proksi Diligent untuk Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham 2015 mereka, yang difailkan dengan SEC pada 19 Mac, 2015, dan ditambah pada 10 April, 2015. Pemegang saham boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kepentingan langsung dan tidak langsung Diligent dan pegawai eksekutif dan pengarah mereka dalam penggabungan itu dengan membaca kenyataan awal  dan muktamad proksi mengenai penggabungan itu, yang akan difailkan dengan SEC.
 
1 Berdasarkan kepada kadar pertukaran NZD: Dolar Amerika 0.6627 untuk Bloomberg pada 12 Februari, 2016. Harga akhir sesaham NZD dan pertimbangan NZD bergantung kepada  kadar pertukaran Dolar Amerika: NZD pada penutupan urus niaga.
 
Hubungi
Pelabur:
Sonya Fynmore, 0800 995 082 (NZ)
+64 4 894 6912 (Antarabangsa)
sfynmore@diligent.com
atau
Media:
Bagi pihak Diligent
New Zealand
Geoff Senescall, +64 21 481 234
atau
Sard Verbinnen & Co.
Amerika Syarikat
Matt Reid, 310-201-2047
mreid@sardverb.com
atau
Bagi pihak Insight Venture Partners
Claire Ruffini, 212-704-9727
MWW
cruffini@mww.com

Sumber: Diligent Corporation

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160214005038/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.