ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  DRON INTERNET TELAH MENDARAT: H3 DYNAMICS MEMPERKENALKAN DRONEBOX

Tuesday 16/02/2016




• Penyelesaian Dron Pintar mengautomatikkan operasi dron profesional dalam pelbagai aplikasi industri.
• Sistem mengecas bateri dron yang bebas grid mengetepikan keperluan untuk perjalanan ke kawasan pedalaman.
• Sistem sensor pengawasan dan pemeriksaan yang berangkaian dan bergerak memperluaskan Internet of Things atau Internet Untuk Segala-galanya.
 
SINGAPURA, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H3 Dynamics akan memperkenalkan DRONEBOX, sebuah sistem revolusi yang menumpukan aktiviti perkhidmatan yang dibolehkan oleh dron profesional dengan  Internet Industri untuk Segala-galanya. Selamat datang ke Dron Internet.
 
DRONEBOX adalah sebuah sistem yang merangkumi semua, dan mempunyai kuasa sendiri dan boleh digunakan di mana sahaja, termasuk di kawasan pedalaman di mana aset industri, sempadan, atau pemasangan sensitif memerlukan pemantauan yang berterusan. Direka sebagai satu evolusi ke atas kebanyakan sensor yang tidak diawasi pada hari ini dan kamera CCTV yang dipasang di bandar raya-bandar raya, sempadan, atau kawasan perindustrian besar, DRONEBOX memperkenalkan pembaharuan dengan memberi kebebasan bergerak kepada sensor dengan menggunakan dron sebagai kenderaan mereka. Pengguna kini boleh menggunakan sistem sensor terbang di lokasi yang berbeza, dan mengukur apa sahaja, di mana sahaja, dan bila-bila masa. Mereka menawarkan kereaktifan 24 jam sehari, memberikan maklumat penting kepada pengusaha - walaupun kepada mereka yang berada beribu batu jauhnya.
 
Selain inovasi dalam dunia sensor tanpa pengawasan, DRONEBOX memudahkan cabaran berskala bagi pengendali perkhidmatan dron. Pembekal perkhidmatan seperti itu menggunakan dron profesional untuk menyediakan kepada pelanggan mereka dengan kerja ukur tanah melalui udara yang terperinci dalam perlombongan dan pertanian, melakukan pemeriksaan infrastruktur, atau memantau perkembangan tapak pembinaan. Walau bagaimanapun, sesetengah lokasi yang jauh memerlukan lawatan tetap atau berpanjangan, yang meningkatkan kos perjalanan dan risiko kepada pembekal perkhidmatan dron. Dari perspektif pengguna akhir, walaupun memberikan pandangan baharu dalam konteks industri, penggunaan besar-besaran UAV profesional diperlahankan oleh kemahiran khas yang diperlukan untuk mengendalikan alat itu. Sebaliknya, dengan sistem pra kerahan DRONEBOX di lokasi yang sesuai, perjalanan ke kawasan pedalaman tidak lagi diperlukan, mengecas atau pengendalian bateri dron dihapuskan, dan data sensor hanya dihantar melalui satu rangkaian untuk akses dan pemprosesan yang mudah.
 
DRONEBOX boleh dipasang di mana-mana supaya dron dapat melakukan rutin jadual yang diprogramkan, digunakan mengikut permintaan, atau dikejutkan oleh dron atau sensor lain sebagai sebahagian daripada satu rangkaian “perkara” yang lebih luas. Sebagai sebuah rangkaian, DRONEBOX boleh meningkatkan keberkesanan dan masa misi mereka dengan menggunakan teknologi kolaboratif. Pergerakan seperti itu boleh menawarkan sokongan responder pertama dalam kejadian krisis sebelum menghantar manusia ke dalam persekitaran berbahaya, seperti krisis loji kuasa nuklear, tumpahan bahan kimia, atau bencana alam.
 
DRONEBOX boleh mengecas bateri dron secara automatik dalam sistem perlindungannya. Kuasa di luar grid disediakan terutamanya dengan pemasangan sebuah bateri solar. Untuk keperluan yang lebih maju, keupayaan sistem boleh dilanjutkan dengan menggunakan REMOBOX, sebuah aksesori yang menyediakan komunikasi yang lebih maju dan menjadi hos kepada sistem sokongan sel bahan api kecil bagi ketersediaan sepanjang tahun di lokasi-lokasi misi kritikal.
 
Penggunaan sensor mudah alih yang dihoskan dalam rangkaian DRONEBOX boleh merevolusikan antara lain sektor pertanian, keselamatan sempadan dan perimeter, perlindungan hidupan liar, penyelenggaraan infrastruktur kritikal, menara telekom dan penyelenggaraan turbin angin, pemeriksaan aset minyak dan gas, pengurusan bangunan dan kemudahan secara tepat.
 
DRONEBOX, REMOBOX dan produk inovatif yang lain akan dipaparkan buat kali pertama di Pertunjukan Udara Singapura https://www.singaporeairshow.com/ pada 16 hingga 21 Februari di petak H3 Dynamics (D 94 / Zon Teknologi Baru Muncul). Perkongsian strategik, perhubungan OEM dan perbincangan pengedar telah bermula dan versi pertama produk ini dijangka sampai ke pasaran dalam tempoh 6 bulan akan datang.
 
H3 Dynamics ialah sebuah pelengkap ekosistem bagi syarikat perkakasan dan perisian dengan mempunyai lokasi di Singapura, Texas, Perancis dan Afrika Selatan. Kumpulan beribu pejabat di Singapura itu termasuk entiti sistem penyimpanan tenaga sel bahan api, sebuah entiti sistem robotik bersepadu, serta sebuah entiti khusus untuk komunikasi lapangan yang canggih, pengesanan ketepatan dan perisian analisis tepat masa.
 
Hubungi
H3 Dynamics Holdings
Taras Wankewycz
Pejabat: (+65) 6250 3949
Talian Terus: (+65) 9710-8445
Sumber: H3 Dynamics Holdings
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51279454&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.