ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  CHRISTOPHER SEAVER SERTAI ROHATYN GROUP SEBAGAI RAKAN KONGSI

Tuesday 16/02/2016



Veteran Dalam Industri di Pasaran Asia Pasifik Akan Ditempatkan di Hong Kong
 
NEW YORK, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rohatyn Group ("TRG"), sebuah firma pengurusan aset pasaran baru muncul yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Christopher Seaver telah menyertai firma itu sebagai seorang Rakan Kongsi. Encik Seaver adalah seorang veteran yang mempunyai 24 tahun pengalaman yang luas dalam industri pengurusan aset dalam pasaran Asia Pasifik. Berpangkalan di pejabat TRG di Hong Kong, Encik Seaver akan bertanggungjawab bagi mengawasi inisiatif serantau firma itu di Asia termasuk pembangunan perniagaan baharu dan pengurusan bagi perkongsian strategik baharu dan yang sedia ada. Beliau akan juga berkhidmat sebagai anggota dalam Jawatankuasa Eksekutif TRG.
 
Nicolas Rohatyn, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan di TRG, berkata, "Penyertaan Chris ke dalam pasukan kepimpinan kami mencerminkan semangat berterusan TRG ke arah dinamisme ekonomi dan pasaran yang pelbagai di Asia. Kedalaman dan keluasan pengalaman beliau sudah pasti akan menambahkan nilai kepada aktiviti kami yang sedia ada di Asia dan meningkatkan keupayaan kami untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang baharu di rantau itu."
 
Sebelum menyertai TRG, Encik Seaver merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di CLSA Capital Partners Ltd. ("CLSACP"), cabang pengurusan aset alternatif bagi bank pelaburan dan brokeraj CLSA Limited yang berpusat di Asia. CLSACP menguruskan kira-kira $3 bilion dalam pelbagai rangkaian strategi di seluruh Asia. Encik Seaver juga pernah berkhidmat secara ringkas sebagai Pengarah Urusan bagi China di Darby Overseas Investors Ltd. di Hong Kong. Antara tahun 1992 dan 2007, beliau telah memegang pelbagai peranan di J.P. Morgan Chase & Co. di New York, Hong Kong dan Tokyo. Encik Seaver adalah seorang ahli dalam pasukan pengurusan kanan J.P. Morgan yang melaksanakan inisiatif proprietari dan strategik bagi syarikat itu di Asia antara tahun 2000 dan 2008. Encik Seaver memegang ijazah undang-undang dari University Virginia, di mana beliau lulus cemerlang untuk memperolehi Magna Cum Laude.
 
Maklumat mengenai TRG
 
Ditubuhkan pada tahun 2002, Rohatyn Group adalah sebuah firma pengurusan aset pasaran baru muncul yang terkemuka yang beribu pejabat di New York, dengan mempunyai pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura, Hong Kong, London, Buenos Aires, Lima, Montevideo, Bandar Raya Mexico, São Paulo, Mumbai dan New Delhi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rohatyngroup.com
 
Hubungi
Bagi pihak TRG:
Sard Verbinnen & Co
Paul Caminiti/Chris Kittredge/Patrick Reynolds, 212-687-8080
 
Sumber: Rohatyn Group
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.