ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  CDNETWORKS TERBITKAN ARAH ALIRAN SERANGAN DDOS 2015 DAN PROSPEK UNTUK 2016

Wednesday 17/02/2016



• Serangan DDoS Meningkat dalam Saiz dan Kekerapan

SINGAPURA, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam laporan terbaharu oleh CDNetworks, sebuah penyedia perkhidmatan CDN global, jumlah serangan DDoS pada tahun 2015 meningkat 118% berbanding pada tahun sebelumnya dan ia dijangka meningkat pada tahun 2016.
 
Serangan DDoS (Penafian Perkhidmatan Teragih atau Distributed Denial of Service) berusaha untuk menjejaskan sesuatu perkhidmatan dalam talian dengan membanjirkan trafik daripada pelbagai sumber. Serangan seperti ini boleh melumpuhkan perniagaan dalam talian, sekali gus memberikan kesan negatif terhadap hasil, imej dan operasi sesebuah organisasi.
 
Menurut laporan itu, serangan besar trafik lebih 10 gigabit sesaat (Gbps) telah menyumbang lebih 20% daripada jumlah serangan DDoS buat kali pertama, yang menandakan satu trend yang semakin meningkat dalam jumlah trafik serangan DDoS.
 
Pada tahun 2014, serangan DDoS mensasarkan terutamanya syarikat perjudian tetapi pada tahun 2015, skop itu diperluaskan untuk turut mengancam institusi awam dan syarikat-syarikat kewangan.
 
Pusat-pusat Pertahanan DDoS Berasaskan Awan bakal Berkembang
 
Pada tahun 2016, serangan DDoS dijangka meningkat bukan sahaja dari segi kekerapan tetapi juga purata serangan trafik.
 
Organisasi yang cuba melawan serangan DDoS dengan sebuah postur pertahanan berpusat akan dengan pantas mengalah dan tunduk terhadap serangan seperti itu. Ketika semakin banyak syarikat beralih kepada penyelesaian keselamatan berasaskan awan untuk mengekang serangan itu, pusat-pusat pertahanan DDoS berasaskan awan bersedia untuk berkembang.
 
"Jumlah serangan DDoS akan meningkat kerana serangan besar-besaran boleh dilancarkan pada kos yang semakin rendah. Sektor perniagaan akan mendapati bahawa strategi pertahanan yang terbaik adalah untuk beralih kepada infrastruktur berasaskan awan global yang boleh meresapkan serangan itu dan memastikan operasi dalam talian mereka kekal tidak terjejas," kata Encik Jerry Chung, Pengurus Cawangan Singapura, CDNetworks. "Ini terutamanya penting dalam industri perkhidmatan kewangan, di mana apa-apa pelanggaran data boleh menyebabkan hilangnya keyakinan dalam syarikat itu, sekali gus memberi kesan negatif kepada imej jenama dan reputasi mereka," katanya.
 
Jerry akan berucap di Sidang Kemuncak Eksekutif Bank Tech ke-7 2016 mengenai  keselamatan awan dan isu-isu termasuk Perlindungan DDoS bagi Industri Perkhidmatan Kewangan.
 
Laporan Arah Aliran Serangan DDoS 2015 dan Prospek untuk 2016 adalah berdasarkan kepada analisis data pelanggan CDNetworks di seluruh dunia dengan menggunakan penyelesaian Keselamatan Awam mereka. Versi lengkap laporan itu boleh dimuat turun di http://www.cdnetworks.com.sg/resources-whitepapers/2015-ddos-attack-trends-and-outlook-for-2016
 
Maklumat mengenai CDNetworks
 
CDNetworks adalah sebuah rangkaian penyampaian kandungan global (CDN) dengan perlindungan DDoS Keselamatan Awan yang bersepadu sepenuhnya dan firewall aplikasi web. Misi kami adalah untuk mengubah Internet menjadi sebuah Rangkaian Penyampaian Aplikasi yang selamat, boleh dipercayai, berskala dan berprestasi tinggi. CDNetworks mempercepatkan lebih 40,000 laman web dan perkhidmatan awan di rangkaian di lebih  200 PoP global di pasaran sedia ada dan pasaran baru muncul termasuk China dan Asia Tenggara. Kami telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan selama 15 tahun merentasi industri seperti perjudian, kewangan, e-dagang, teknologi tinggi, pembuatan, dan media. Pejabat CDNetworks terletak di Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan, China, dan Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.cdnetworks.com.sg
 
Hubungi
CDNetworks
Rebecca Cheong, +65 6908 1192
rebecca.cheong@cdnetworks.com
 
Sumber : CDNetworks
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.