ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  WILAYAH CHIBA AKAN MEMPROMOSIKAN JENAMA UBI KELEDEK DI MALAYSIA PADA 2016

Wednesday 17/02/2016



AsiaNet 63415

CHIBA, Jepun, 17 Feb., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Wilayah Chiba, yang terletak bersebelahan dengan ibu negara Jepun Tokyo, kaya dengan sumber semula jadi. Ia menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Disneyland Tokyo yang sangat popular di kalangan pelawat asing ke Jepun.

Wilayah itu, yang berada pada lokasi yang sangat baik, akan mengadakan "Nikmati Ubi Keledek Chiba," satu acara di mana ubi keledek yang lazat akan diperkenal dan dijual kepada pengguna di Kuala Lumpur, Malaysia kemudian pada  Februari tahun ini.

Wilayah Chiba merupakan satu kawasan pengeluaran utama bagi ubi keledek. "Beniharuka," sejenis baka ubi keledek yang amat popular di Jepun kerana ia manis dan lembap, akan dibakar dan dijual kepada pengunjung semasa acara itu. Selain itu, cara terbaik untuk menikmati ubi keledek akan diperkenalkan dan pelbagai barangan yang memaparkan "CHI-BA + KUN," watak maskot Wilayah Chiba, akan juga dijual di tapak acara itu.
 
1. Nama acara: Nikmati Ubi Keledek Chiba
2. Tempoh: Sabtu 20 Februari hingga Ahad 21 Februari, 2016
3. Tempat: Ruang acara di pusat beli belah Bangsar Village 1
    Alamat: 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
4. Butiran
- Satu majlis perasmian akan diadakan dari pukul 2 petang pada 20 Februari.
- Ubi keledek bakar akan diberikan untuk tujuan merasa, dan dijual kepada pengunjung.
- Makanan yang dibuat dengan memproses ubi keledek dan resipi ubi keledek akan diperkenalkan.
- Satu panel untuk mengambil gambar akan dipasang.
- Satu permainan trivia mengenai ubi keledek dan satu kaji selidik ke atas pengguna akan dijalankan.
- Bahan-bahan promosi mengenai ubi keledek Chiba akan dipapar dan diedarkan.
- Satu video mengenai ubi keledek Chiba, yang dihasilkan oleh seorang pereka video tempatan, akan ditunjukkan.
- Maklumat yang relevan akan dihantar oleh penulis blog tempatan, dan lain-lain
 
Sumber: Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.