Menyambut Ketibaan Musim Bunga
TOKYO, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara khas yang diberi nama
“Pesta Bufet Pencuci Mulut Strawberi” yang memaparkan pelbagai kek dan pencuci mulut yang menggunakan strawberi lazat dalam suasana gaya bufet di
”Jurin” Yang Menyajikan Makanan Sepanjang Hari dari Februari hingga April, 2016.
Jurin Yang Menyajikan Makanan Sepanjang Hari, yang telah dibuka semula pada musim luruh 2014 selepas selesai kerja pengubahsuaian, memulakan satu perkhidmatan bufet pencuci mulut yang telah mendapat sambutan baik. Pembuat pasteri di Keio Plaza Hotel telah mencipta lebih daripada 30 jenis pencuci mulut yang menarik yang akan disajikan antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang pada setiap hari. Dari Februari hingga April, bufet pencuci mulut itu akan menawarkan pencuci mulut yang disediakan khas yang menampilkan strawberi segar, termasuk kek rapuh strawberi dan tart yang sangat popular, strawberi tiramisu yang wangi, manisan buah strawberi sangria, dan pencuci mulut lazat yang lain. Pembuat pasteri kami juga akan mencipta pencuci mulut coklat khas pada Februari, pencuci mulut yang bertemakan hari Easter pada Mac, dan pencuci mulut bunga "Sakura" pada April untuk membantu tetamu kami meraikan ketibaan musim bunga.
Di samping itu,
Ruang Koktel dan Teh akan menyediakan tujuh koktel yang lazat dan menarik dilihat yang menggunakan strawberi segar.
Mengenai Jurin Yang Menyajikan Makanan Sepanjang HariSebagai sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga yang berpatutan,
Jurin menyajikan kepada tetamu yang tidak terkira banyaknya yang berpuas hati. Ia adalah restoran di dalam hotel yang mempunyai waktu perniagaan yang paling panjang — sarapan dihidangkan bermula pada pukul 5 pagi, dan makanan dan minuman ditawarkan sehingga tengah malam. Dengan siapnya kerja-kerja pembaharuan, Jurin memulakan satu lembaran baru dalam sejarahnya sebagai "Jurin Yang Menyajikan Makanan Sepanjang Hari" pada 30 Oktober, 2014. Bufet manisan tengah hari juga menjadi antara ciri-ciri baharu yang Jurin akan melancarkan pada dalam sedikit masa lagi.
Maklumat mengenai Keio Plaza HotelKeio Plaza Hotel (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang kami di
http://www.keioplaza.com,
Facebook, atau
Instagram.
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51279271&lang=enHubungiKeio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
Sumber: Keio Plaza Hotel
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA