ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​GLOBAL PAYMENTS UMUM SOKONGAN UNTUK APPLE PAY DI CHINA

Monday 22/02/2016



BEIJING & ATLANTA, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Payments Inc. (NYSE: GPN), sebuah pembekal terkemuka dunia di dalam perkhidmatan teknologi pembayaran, dengan sukacitanya menawarkan kepada peniaga di China dengan keupayaan untuk menerima pembayaran China UnionPay yang dibuat dengan Apple Pay™, yang sedang mengubah cara pembayaran mudah alih dengan satu cara yang mudah, selamat dan bersifat persendirian untuk membayar.
 
Global Payments diaktifkan sepenuhnya untuk penerimaan Apple Pay, sekali gus membolehkan peniaga untuk menawarkan kepada pelanggan mereka dengan kemudahan membayar yang cepat dan mudah dengan Apple Pay di kedai.
 
"Global Payments amat gembira untuk menawarkan kepada para peniaga dengan keupayaan untuk menerima Apple Pay di pasaran China yang penting," kata Frank T. Young, Naib Presiden Kanan, Produk Global dan Inovasi. "Komitmen kami yang berterusan kepada teknologi pembayaran yang terkemuka di seluruh dunia membolehkan kami untuk berada di barisan hadapan dalam menyampaikan penyelesaian pembayaran yang berinovatif ini kepada peniaga dalam pasaran yang kami menawarkan perkhidmatan."
 
Keselamatan dan privasi adalah merupakan teras kepada Apple Pay. Penyelesaian itu direka untuk memanfaatkan pengesahan ID Touch, serta Peranti Nombor Akaun yang unik yang diberikan, disulitkan dan disimpan dengan selamat di dalam Elemen Selamat pada peranti Apple, untuk memastikan nombor sebenar kad tidak disimpan pada peranti itu atau pada pelayan Apple. Di samping itu, setiap urus niaga dibenarkan dengan satu kod keselamatan dinamik yang unik yang diberikan sekali sahaja.
 
Apple Pay adalah mudah untuk diwujudkan dan pengguna akan terus menerima kesemua ganjaran kad dan faedah mereka. Di kedai-kedai, Apple Pay bekerjasama dengan Apple Watch dan iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Ketika membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dalam aplikasi, Apple Pay amat serasi dengan iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPad Air 2, iPad mini 3, iPad mini 4 dan iPad Pro.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Apple Pay, sila layari: http://www.apple.com/cn/apple-pay.
 
Maklumat mengenai Global Payments
 
Global Payments Inc. (NYSE: GPN) adalah sebuah pembekal terkemuka dunia bagi perkhidmatan teknologi pembayaran yang menyampaikan penyelesaian berinovatif yang didorong oleh keperluan pelanggan di seluruh dunia. Perkongsian, teknologi dan kepakaran pekerja kami membolehkan kami menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan kami menerima semua jenis pembayaran menerusi pelbagai saluran pengedaran di kebanyakan pasaran di seluruh pelusuk dunia.
 
Dengan beribu pejabat di Atlanta, Georgia dan mempunyai lebih 4,500 orang pekerja di seluruh dunia, Global Payments adalah merupakan sebuah Syarikat Fortune 1000 dan mempunyai perniagaan dan rakan kongsi di 29 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, rantau Asia Pasifik dan Brazil. Untuk maklumat lanjut mengenai Global Payments, Perkhidmatan kami. Pacuan. Jenama Perdagangan dan teknologi kami, sila layari www.globalpaymentsinc.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160219005443/en/
 
Hubungi
Global Payments Inc.
Hubungan Pelabur:
Jane Elliott, 770-829-8234
investor.relations@globalpay.com
atau
Hubungan Media:
Amy Corn, 770-829-8755
media.relations@globalpay.com


Sumber: Global Payments Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.