ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  MITEL MENDAYAKAN PERKHIDMATAN SUARA DAN VIDEO MELALUI LTE SELURUH NEGARA DI INDONESIA DENGAN SMARTFREN

Tuesday 23/02/2016



Pelaksanaan Pantas Memberikan Kelebihan Pasaran Dahulu apabila Smartfren Memecut Ke Hadapan Mendahului Persaingan
 
Mesej utama
  • Smartfren adalah syarikat pertama yang melaksanakan perkhidmatan VoLTE ke Indonesia
  • Indonesia merupakan kawasan geografi kelima yang melancarkan VoLTE dengan Mitel
  • Mitel terus melaksanakan strategi komunikasi pertama mudah alih dan masa nyatanya 
OTTAWA, Feb 23 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam perniagaan masa nyata, komunikasi awan dan mudah aliha, mengumumkan pelaksanaan penyelesaian suara dan video melalui LTEnya untuk menyokong pelancaran peranti mudah alih LTE Andromax yang dilancarkan oleh Smartfren baru-baru ini. Smartfren akan bekerjasama rapat dengan Mitel pada pelancaran pesat perkhidmatan mudah alih baharu bermula tahun 2016. Indonesia merupakan kawasan geografi kelima yang memperkenalkan VoLTE daripada Mitel termasuk pelancaran perkhidmatan utama di Amerika Utara bersama T-Mobile AS dan di Eropah bersama 3UK.
 
Kelajuan pelaksanaan LTE 4G Smartfren telah mengatasi pelaksanaan di rantau lain, menonjolkan potensi besar untuk penyelesaian mudah alih berasaskan perisian di seluruh Asia. Pada waktu pengendali rangkaian mudah alih menghadapi persaingan sengit daripada pemain pasaran yang menimbulkan gangguan dan perkhidmatan aplikasi ekstrem, penyelesaian perisian terunggul Mitel iaitu VoLTE memungkinkan pelaksanaan pantas dioptimumkan untuk memacu inovasi perkhidmatan berterusan dan peluang pendapatan baharu. Penyelesaian tersebut juga menyokong penyampaian perkhidmatan berbilang peranti yang memberikan pengendali keupayaan untuk menawarkan rangkaian IP bersepadu yang lebih mantap merentasi semua titik dan peranti, tanpa mengira teknologi rangkaian akses.
 
Sejak tahun 2012, Mitel telah menyokong pengenalan pencapaian pelaksanaan mudah alih merangkumi VoLTE pertama, Perkhidmatan Komunikasi Kaya (Rich Communication Services, RCS) Amerika Utara, IMS VoWiFi pertama dan IMS berasaskan kemayaan fungsi rangkaian (network functions virtualization, NFV) pertama Dengan pelancaran Smartfren di Indonesia, Mitel menambah ke dalam senarai dengan pelancaran perkhidmatan VoLTE di seluruh negara yang pertama di rantau ini.
 
Kata-kata Petikan
 
“Mitel datang kepada kami dengan pengalaman tiada tandingan dalam melancarkan perkhidmatan VoLTE di seluruh dunia dan ini memberikan kami keyakinan dalam keupayaan mereka untuk mencapai objektif pelancaran kami,” tegas Christian Daigneault, CTO, Smartfren dan Sin Armas Group.
 
“VoLTE membolehkan pelanggan Smartfren menikmati perkhidmatan suara kualiti terbaik di pasaran Indonesia dan menyediakan asas untuk inovasi masa depandalam rangkaian Smartfren,” ujar Terry McCabe, CTO, Bahagian Mudah Alih Mitel. “Kami melihat potensi hebat untuk inovasi perkhidmatan di pasaran Indonesia dan berpendapat pelaksanaan keupayaan LTE Smartfren yang agresif sebagai satu platform untuk pengenalan pelbagai jenis perkhidmatan komunikasi baharu di dalam pasaran yang sedang berkembang pesat ini.”
 
Fakta Penting
  • Pelanggan Mitel merangkumi 15 daripada 20 pembekal perkhidmatan mudah alih terbaik di dunia
  • Mitel menyokong perkhidmatan VoLTE/ VoWiFi di 18 buah negara
  • Kunjungi Mitel di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Gerai Pameran 7A21 
Bahan Berkaitan
Mengenai Mitel
Mitel (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW) yang merupakan sebuah syarikat terkemuka pasaran global dalam komunikasi perusahaan dan mudah alih yang menyokong lebih daripada 2 bilion sambungan perniagaan dan juga 2 bilion pelanggan rangkaian mudah alih setiap hari, membantu syarikat-syarikat dan pembekal perkhidmatan mudah alih berhubung, bekerjasama dan membekalkan perkhidmatan inovatif kepada pelanggan mereka. Pakar inovasi dan komunikasi kami mengendalikan lebih daripada 60 juta pengguna perniagaanlebih daripada 100 buah negara dan 130 pembekal perkhidmatan mudah alih termasuk 15 daripada 20 pembekal perkhidmatan mudah alih terbaik di dunia. Penyelesaian mudah alih berasaskan awan kami yang unik menangani keperluan dunia mudah alih pertama yang semakin berkembang untuk perusahaan, pekerja dan pengguna, menjadikan Mitel satu-satunya syarikat yang berupaya untuk merapatkan jurang antara perusahaan dan pelanggan mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mitel.com dan ikuti kami di Twitter @Mitel.
 
Mitel ialah tanda dagang berdaftar bagi Mitel Networks Corporation.
 
Semua tanda dagang lain adalah hak milik pemilik masing-masing. 
 
MITL-C

Maklumat Hubungan
 
Media – Amerika
Camille Beasley
(469) 212-0433
camille.beasley@mitel.com
 
Pelabur
Michael McCarthy
(469) 574-8134
michael.mccarthy@mitel.com
 
Media – EMEA/AP
Duncan Miller
+44 (0) 1291 612 646
duncan.miller@mitel.com
 
Penganalisis Industri
Cynthia Navarro
(469) 574-8113
cynthia.navarro@mitel.com
 
SUMBER : Mitel Networks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.