ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​OPPLE LIGHTING MEMASUKI SENARAI PANAS GLOBAL LUX REVIEW BAGI SYARIKAT-SYARIKAT LAMPU 2015

Tuesday 23/02/2016



SHANGHAI, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lux Review, sebuah media bebas yang membuat liputan mengenai lampu yang cekap tenaga, baru-baru ini melancarkan Senarai Panas Global Lux Review bagi Syarikat-syarikat Lampu 2015. Sebagai satu daripada syarikat lampu yang terbesar di China, OPPLE Lighting memasukkan senarai panas itu oleh kerana pencapaian mereka yang luar biasa dalam pasaran lampu global. Lux Review menekankan model perniagaan baharu OPPLE dan menegaskan bahawa sebagai satu jenama yang paling besar untuk muncul daripada revolusi LED China pada era 2000-an, OPPLE Lighting telah memulakan satu dorongan global yang memenangi bahagian pasaran daripada nama-nama yang telah lama wujud. Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah jenama OPPLE dan akan memastikan syarikat itu menyediakan lebih banyak produk lampu yang bertaraf profesional dan tepat.
 
Dengan wawasan besar untuk "membina sebuah syarikat lampu bersifat global dan sebuah jenama lampu yang terkemuka di China", OPPLE Lighting telah mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Selain daripada menawarkan produk yang berkualiti untuk keluarga biasa, syarikat itu juga menyediakan penyelesaian lampu untuk kebanyakan syarikat terkemuka di luar negara seperti Jeddah Mall, Starbucks, Movenpick, Adidas, Mercedes-Benz, Burger King dan KFC.
 
Adalah wajar untuk dinyatakan di sini bahawa pada tahun lepas, Masjid Moddy, yang dibiayai oleh penderma dan diuruskan oleh Kementerian Wakaf di Kuwait, telah menjemput OPPLE dan pengedarnya untuk terlibat dalam projek itu dan bagi membantu meningkatkan pencahayaan dalaman untuk disesuaikan dengan kehebatan dan kebesaran keseluruhan ruang kawasan itu. Dengan mempunyai keluasan ruang 3,000m2, OPPLE menggunakan sistem lampu 650 LED HM Downlight dan 1,500 meter LED EcoMax Soft Strip. Berbanding dengan sistem CFL yang tradisional, sistem lampu LED HM Downlight mempunyai jangka hayat selama 50,000 jam dan boleh menawarkan sehingga 60% penjimatan tenaga. Alarabia Electrical, pereka pencahayaan bagi projek itu, percaya bahawa penyelesaian pencahayaan itu bukan sahaja mencipta satu kawasan seragam yang diterangi tetapi juga berjaya dalam mentakrifkan ruang dengan menghidupkan seni bina berkenaan.
 
Dalam usaha untuk mempercepatkan strategi pengembangan global mereka dan meningkatkan teknologi dalam produk LED, OPPLE Lighting telah menandatangani satu perjanjian kerjasama teknikal dengan Seaborough, sebuah syarikat Belanda yang menyediakan inovasi terkini dalam industri lampu, pada 29 Okt, 2015, yang juga menandakan langkah pertama dalam pengeluaran awal oneTLed, iaitu tiub lampu LED universal yang pertama di dunia yang boleh ditukar ganti. Teknologi baharu itu akan meningkatkan kecekapan tenaga dengan menggunakan 50% kurang tenaga elektrik. Kerjasama dengan Seaborough itu akan memberi satu peluang besar bagi OPPLE untuk meningkatkan lagi keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan mereka dan menyediakan penyelesaian lampu bersepadu dan perkhidmatan profesional yang berbeza dalam pasaran lampu.
 
Maklumat mengenai OPPLE
 
OPPLE Lighting Co. Ltd. adalah sebuah jenama lampu yang terkemuka di China, yang sedang pesat berkembang di seluruh dunia di lebih 50 buah negara. Ia mempunyai rangkaian pengedaran yang terbesar di China dan lebih 8,000 buah kedai berjenama dan 30,000 titik jualan di seluruh dunia. OPPLE mempunyai fokus inovasi yang kuat dengan lebih 200 paten baharu pada setiap tahun, yang disokong oleh pusat penyelidikan dan pembangunan mereka yang serba canggih dan sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan yang terdiri daripada lebih 300 orang jurutera.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai OPPLE Lighting, sila layari: www.opple.com.

Hubungi
OPPLE
Kiko Li, +86-21-38550000
lisiying@opple.com

Sumber: OPPLE Lighting
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160221005081/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.