ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  GORDAGEN AKAN MENGUJI TEKNOLOGI PENGHANTARAN UBAT-UBATAN BAHARU DARI UNIVERSITI MONASH

Wednesday 24/02/2016



AsiaNet 63525
 
MELBOURNE, Australia, 24 Feb. /Medianet International-AsiaNet/ --

Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat farmaseutikal dan nutraseutikal Australia, dengan sukacitanya mengumumkan satu perjanjian kerjasama penyelidikan dengan Universiti Monash untuk menilai sebuah teknologi penghantaran ubat-ubatan baharu.
 
Projek penyelidikan itu akan menilai kebolehlaksanaan untuk menggunakan sebuah teknologi penghantaran ubat-ubatan novel yang menggunakan limfa yang sedang  menunggu kelulusan paten. Teknologi itu dibangunkan oleh penyelidik di ARC Centre of Excellence in Convergent Bio-Nano Science and Technology yang berpangkalan di Institut Monash bagi Sains Farmaseutikal, sebuah institut yang terkemuka di Australia dalam penyampaian ubat dan penemuan ubat-ubatan. Adalah dijangkakan bahawa teknologi itu akan membantu meningkatkan ketersediaan  bio bagi tokotrienol, yang menjadi asas bagi portfolio ubat-ubatan preskripsi di Gordagen.
 
Projek itu, yang diketuai oleh Dr Chris Porter dan pasukannya di Monash, akan terdiri daripada sintesis derivatif tokotrienol yang berasaskan kepada teknologi penghantaran baharu. Molekul ini kemudian akan diuji dalam model haiwan yang disahkan, pada mulanya memberikan data mengenai kecekapan penyerapan dan ketersediaan bio.
 
Berikutan hasil yang positif daripada program itu, sebuah lesen eksklusif untuk teknologi itu sebagaimana yang terpakai bagi tokotrienol akan dirundingkan. Syarat-syarat komersil yang minimum telah dipersetujui di antara pihak-pihak terbabit.
 
"Kami sangat teruja dengan bukti projek konsep ini, kerana ia berpotensi membolehkan Gordagen untuk mengembangkan portfolio ubat-ubatan preskripsi mereka dengan pelbagai entiti kimia baharu (NCE) yang dilindungi oleh satu komposisi bahan paten, yang akan kami miliki di bawah lesen eksklusif," kata Dr Ric DeGaris, Ketua Pegawai Operasi, Gordagen.
 
Projek itu dijangka siap pada suku keempat tahun 2016. Adalah dijangkakan bahawa satu perjanjian lesen yang terhasil akan dimuktamadkan tidak lama selepas itu. Program itu disokong oleh Geran Inovasi Komanwel.
 
"Jika teknologi Monash meningkatkan ketersediaan bio tokotrienol, ini akan mengukuhkan kedudukan harta intelek kami dan menambah nilai yang besar kepada saluran ubat-ubatan preskripsi kami. Keputusan akan bertepatan dengan pelancaran portfolio nutraseutikal kami di Amerika Syarikat pada tahun ini, sekali gus menjadikannya tempoh pembangunan nilai yang paling pesat bagi Gordagen," kata Dr Glenn Tong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Gordagen.
 
Pertanyaan Pelabur dan Media:
 
Syarikat
Dr Glenn Tong
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
Tel: +61 (0) 412 193 350
 
Australia / Asia
Paris Brooke
Bt Novo Pty Ltd
Tel: +61 (0) 407 715 574
 
Amerika Syarikat / Eropah
David Burke
Kumpulan Ruth
Pejabat: 646.536.7009   Selular: 917-618-2651
 
Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd
tel: +61 (0) 3 8862 6471  
www.gordagen.com
 
SUMBER: Gordagen Pharmaceuticals
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.