ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  UNIONPAY INTERNATIONAL JALIN KERJASAMA DENGAN EMPAT BANK UTAMA DI THAILAND UNTUK MEMBINA SISTEM PENSUISAN KAD BANK TEMPATAN

Thursday 25/02/2016



AsiaNet 63565
 
SHANGHAI, China, 25 Feb., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 24 Februari, UnionPay International, bersama-sama dengan empat bank komersil terkemuka di Thailand, mengumumkan bahawa TPN (Rangkaian Pembayaran Thailand), iaitu rangkaian pensuisan tempatan Thailand yang didasarkan kepada standard teknikal UnionPay, telah secara rasmi dilancarkan. Sebelum ini standard kad IC UnionPay menjadi standard industri perbankan Thailand. Melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama, UnionPay kini menawarkan standard teknikal untuk membina sistem pensuisan kad bank. Pengerusi China UnionPay Ge Huayong, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International Cai Jianbo dan Pengerusi TPN Shoke Na Ranong menghadiri majlis pelancaran tersebut. Buncha Manoonkunchai, Pengarah Dasar Sistem Pembayaran dan Pejabat Pemerhatian di Bank of Thailand, turut hadir dengan melafazkan ucapan tahniah.
 
Pada tahun 2012, bank pusat Thailand telah menetapkan bahawa kesemua urus niaga antara bank tempatan yang dibuat dengan kad debit tempatan perlu diproses di dalam negara. Selepas itu, usaha sama yang diberi nama TPN diwujudkan pada September 2014. Thailand juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan sebuah jenama kad debit persendirian TPN dan mengeluarkan kad TPN UnionPay, yang akan digunakan secara mudah pada rangkaian UnionPay di seluruh dunia.
 
TPN adalah satu daripada usaha UnionPay yang berjaya dalam meneroka cara-cara baharu pengembangan dalam pasaran luar negara dengan mengeksport standard teknikal mereka, mengambil kesempatan daripada keupayaan teknologi mereka; UnionPay mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur pembayaran di pasaran-pasaran ini, menggabungkan teknologi, produk, perkhidmatan dan pengaruh jenama mereka.
 
Pelancaran TPN mempunyai maksud yang besar: (i) ia adalah satu kejayaan baharu yang dibuat oleh China dalam mengeksport standard teknikal kewangan yang dibangunkan sendiri oleh mereka dan UnionPay menjadi sebuah model untuk perusahaan China untuk "Bergerak ke Peringkat Global"; (ii) kerjasama di antara UnionPay dan industri perbankan Thailand telah dinaik taraf daripada kerjasama kad bank yang bersifat tradisional kepada kerjasama standard teknikal yang mendalam, yang meletakkan satu asas yang kukuh untuk penerimaan berskala besar dan pengeluaran kad UnionPay secara tempatan; (iii) TPN akan membantu UnionPay membuat inovasi ke atas model pengembangan perniagaan yang boleh direplikakan dan mempercepatkan susun atur perniagaan mereka di peringkat global.
 
Pengerusi Ge Huayong berkata, "Pembinaan sebuah rangkaian pensuisan tempatan merupakan satu lagi kejayaan dalam kerjasama kewangan China-Thailand. Kami akan memperkenalkan pengalaman kami ke Thailand untuk menyokong pertumbuhan pasaran e-pembayaran tempatan dan akan juga menggalakkan pembayaran kad bank dalam lebih banyak bidang. Dengan menyokong strategi 'Belt & Road', kami akan mengambil bahagian di dalam pembinaan infrastruktur pembayaran dan menaik taraf industri di pasaran luar negara dengan cara yang lebih fleksibel."
 
Pada masa ini, kad UnionPay diterima di hampir kesemua ATM dan kira-kira 70% peniaga di Thailand. Lebih 1 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di Thailand dan angka ini terus meningkat.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.