ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​SAKSIKAN PERLAWANAN ANTARA INDIA MENENTANG PAKISTAN, SECARA LANGSUNG & EKSKLUSIF DI YUPPTV

Monday 29/02/2016



ATLANTA, 29 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Selepas satu kemenangan cemerlang ke atas pasukan tuan rumah Bangladesh dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu pada hari Rabu, India akan berdepan dengan musuh tradisi mereka Pakistan pada Sabtu ini, 27 Februari.
 
Kedua-dua pasukan telah tidak beraksi sejak pertarungan mereka pada Piala Dunia 2015 berikutan cadangan mengadakan siri dua hala pada bulan Disember tidak menjadi kenyataan.
 
Kalau mengikut prestasi persembahan T20 India di Australia dan ketika menentang Sri Lanka di tempat sendiri baru-baru ini, banyak pihak menaruh harapan kepada pasukan yang berjersi biru itu.
 
Dalam perlawanan pertama mereka pada Rabu, India hilang 3 wiket dengan pantas tetapi Rohit Sharma berjaya menghasilkan pukulan ke garisan tepi untuk membantu pasukannya mencatatkan 166 larian dengan kehilangan 6 wiket. Serangan oleh pembaling bola India mungkin tidak dihargai pada masa lalu tetapi pada Rabu lalu, pembaling bola India berjaya memastikan kemenangan. Ashish Nehra merampas tiga wiket, rakannya pembaling pantas Jasprit Bumrah mencuri satu lagi wiket, manakala spinner Ravichandran Ashwin membantu menyekat kemaraan Bangladesh. Mengikut rekod antarabangsa Twenty20, India telah memenangi lima daripada enam pertemuan mereka dengan Pakistan. Adalah sesuatu yang menarik untuk melihat pada hari Sabtu jika pasukan lelaki yang berpakaian serba hijau itu dapat mencatatkan kemenangan kedua mereka ke atas India atau pasukan lelaki dalam serba biru itu dapat meraih kemenangan keenam mereka.
 
Semua aksi itu boleh ditonton secara Langsung & Ekskluslif di YuppTV di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Malaysia. Peminat kriket di Singapura juga akan dapat menyaksikan kejohanan itu secara LANGSUNG melalui aplikasi YuppTV di pelbagai peranti yang dibolehkan Internet seperti TV Pintar, pemain Blu-ray Pintar, alat penyaringan media, komputer riba, konsol permainan, telefon pintar dan tablet.
 
Uday Reddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, YuppTV berkata, "Jika Kriket dianggap seperti agama oleh rakyat India, kejohanan Antarabangsa Twenty20 mempunyai maksud  ritual yang turut sama hebat. Perlawanan antara India menentang Pakistan sentiasa mencetuskan hubungan emosi untuk penonton. Kami amat gembira kerana dapat menyediakan kandungan antarabangsa Twenty20 secara eksklusif untuk pelanggan kami di luar negara pada pelbagai peranti yang sekali gus mempamerkan komitmen kami untuk menawarkan kandungan yang paling diminati untuk pengguna kami dan bagi memberi mereka pilihan untuk menyaksikan bintang kriket kegemaran mereka beraksi."
 
Maklumat mengenai YuppTV:
 
YuppTV adalah satu daripada pembekal perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas Permintaan yang terbesar di dunia, dengan menawarkan lebih 200 saluran TV, lebih 5000 Filem dan lebih 100 Rancangan TV dalam 12 bahasa. YuppTV mempunyai 25000 jam kandungan hiburan yang dikatalogkan dalam perpustakaannya, manakala hampir 2500 jam kandungan baharu atas permintaan ditambah pada platform YuppTV pada setiap hari. YuppTV menawarkan teknologi Live TV dan TV Catch-Up. YuppTV mempunyai kehadiran di lebih 50 buah negara. YuppTV kini menduduki tempat pertama untuk platform TV Internet Berbayar bagi rakyat India yang menetap di luar negara dan juga platform TV Internet terbesar daripada ketersediaan kandungan premium di India. YuppTV adalah aplikasi paling tinggi yang dimuat turun oleh app TV Pintar di India dan ia juga mempunyai 8 juta muat turun mudah alih dengan penarafan 4.0 oleh pengguna. Untuk maklumat lanjut: http://www.yupptv.com/
 
Hubungi
YuppTV
Pooja Diwan
040-23555055

Sumber: YuppTV
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160226005584/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.