ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​ANUGERAH 'CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY' (CSR) KER1M

Monday 29/02/2016



PUTRAJAYA, 29 Feb (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah melancarkan Anugerah ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada penaja-penaja dan para penyumbang khususnya daripada sektor korporat yang telah banyak membuat program-program CSR .
 
Anugerah ini layak diterima oleh syarikat-syarikat korporat, penaja atau penyumbangan yang mengintegrasikan keperluan ekonomi dan masyarakat persekitaran yang memerlukan bantuan.
 
Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat.
 
Tujuan Utama CSR adalah bagi mengiktiraf usaha, program dan aktiviti oleh syarikat-syarikat korporat terutamanya yang telah menunaikan tanggungjawab CSR dan membudayakan konsep “Kebajikan Tanggungajwab Bersama” demi kepentingan sosial negara.
 
KER1M akan menjemput sektor swasta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam program dan aktiviti yang dianjurkan KER1M bagi melayakkan mereka menerima anugerah ini. Kepada yang sudi dan ingin mendaftar, hantarkan maklumat seperti nama syarikat, alamat penuh, pegawai yang boleh dihubungi dan cadangan sumbangan atau aktiviti kepada masyarakat ke csr@1malaysia.info atau layari laman web www.1malaysia.info.
 
 SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam (KER1M)
Tel : 0122425899
Emel : azeem@1malaysia.info

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.