ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  KER1M MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA NADA CAPITAL BERHAD

Monday 29/02/2016



KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Nada Capital Berhad bagi membuka ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam beberapa sektor perniagaan khususnya dalam sektor restoran yang menyediakan peluang pekerjaan seperti tukang masak, pembantu dapur, pelayan pelanggan dan pengurus restoran.
 
Menurut jurucakap Nada Capital Berhad, firma tersebut menjalinkan kerjasama dengan KER1M untuk bersama memainkan peranan membantu usaha persatuan dalam menawarkan peluang kepada rakyat tempatan memperolehi sumber kewangan bagi kategori isirumah yang berada dalam kesusahan, kesempitan atau kemiskinan.
 
Firma ini akan menyediakan latihan sepenuhnya dalam bidang tertentu yang difikirkan bersesuaian dengan minat mereka dan ini merupakan satu lagi usaha Persatuan KER1M untuk membantu suri rumah atau rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau gaji yang tidak mencukupi.
 
Difahamkan juga di sini bahawa Nada Capital Berhad akan membuka cawangan restoran yang bernama Aroma Village dengan menawarkan pakej kerja serta kadar gaji yang berpatutan dan peluang ini amat lumayan untuk direbut oleh warganegara Malaysia.
 
Pengerusi Persatuan KER1M, YH Datuk Ranjith berkata, inisiatif ini merupakan satu tawaran serta cadangan sektor korporat yang harus dijadikan contoh dan diharapkan banyak lagi syarikat korporat akan tampil dengan cadangan seperti ini untuk membantu rakyat Malaysia dalam memenuhi ruang pekerjaan sedia ada sebelum ianya direbut oleh warga asing.
 
Menurut beliau lagi, sepertimana yang ditekankan sewaktu pembubaran bajet 2016, YAB Perdana Menteri juga mengambilkira keperluan keluarga miskin dengan mewujudkan program MyBeras yang memperuntukan 20 kg beras bagi membantu meringankan sedikit beban keluarga miskin dan peluang yang ditawarkan oleh Nada Capital Berhad ini diharap membantu meningkatkan punca pendapatan selain menawarkan pengalaman kerja yang efisyen.
 
Langkah proaktif seperti ini diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat kerana senario sebegini amat jarang berlaku bagi sesebuah industri mahupun sektor pekerjaan untuk membuka ruang kepada individu yang tidak memiliki pengalaman mahupun yang masih menganggur. Di sini, Nada Capital Berhad sudi menerima sesiapa sahaja yang berminat, bersemangat dan mahukan peningkatan dalam kerjaya.
 
Selain itu, Nada Capital Berhad juga membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang insuran, telekomunikasi serta perternakan dan kepada yang berminat untuk memohon dan mengisi jawatan kosong sila hubungi admin@1malaysia.info  atau hubungi pihak persatuan di talian 03-2164 4999, Cik Fasihah Abdullah Thani.
 
SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam (KER1M)
Tel : 0122425899
Emel : azeem@1malaysia.info

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.