ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  KEPUTUSAN KEWANGAN RECALL - SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

Monday 29/02/2016



Pertumbuhan pendapatan mata wang secara berterusan +6.7% dan PAT +7.3%

Mengesahkan trend asas yang kukuh

SYDNEY, 29 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan keputusan pencapaiannya untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 20151.
 
Dalam tempoh itu, Recall terus melaksanakan pelan strategik mereka dan mencapai pertumbuhan pendapatan mata wang secara berterusan sebanyak +6.7%. Inisiatif kawalan kos mengekalkan margin EBITDA dan menjana peningkatan mata wang yang tetap sebanyak +7.3% dalam keuntungan asas selepas cukai.
 
Recall juga mengumumkan secara berasingan bahawa ia bercadang untuk menangguhkan Mesyuarat Skim itu, di mana pemegang saham Recall akan mengundi ke atas cadangan pengambilalihan Recall oleh Iron Mountain, dari Khamis 17 Mac 2016 sehingga Selasa 19 April 2016, dengan pelaksanaan yang dijadualkan berlaku pada Isnin 2 Mei 2016. Penangguhan Mesyuarat Skim itu adalah tertakluk kepada persetujuan Mahkamah, di mana Recall akan memohon untuk melaksanakannya secepat yang mungkin.
 
1 Kewangan dibentangkan dalam nilai dolar Amerika dan perbandingan kepada Separuh Pertama Tahun Kewangan 2015 dibuat mengikut asas mata wang berterusan.

Sila klik di sini untuk Sorotan Utama
 
  • Pertumbuhan hasil sejajar dengan jangkaan
           -Pertumbuhan organik ~2.0%, mengatasi Tahun Kewangan 2015
      -Pertumbuhan pengambilalihan ~5.0% diperlahankan untuk membantu proses urus niaga Iron Mountain
  • 6 pengambilalihan YTD dengan pendapatan tahunan sebanyak $28 Juta
  • Pertumbuhan merentasi keseluruhan barisan perkhidmatan dan pertumbuhan karton organik merentasi semua kawasan
  • EBITDA menokok + 6.6%; kawalan kos mengekalkan margin EBITDA
  • Program Pengoptimuman Kemudahan 1 dan 2 di landasan yang betul dan faedah penyampaian
  • Dividen ditetapkan sebanyak AUD 9.5 sen

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Doug Pertz berkata, "Kami sangat gembira dengan keputusan kewangan kami untuk pertengahan pertama tahun kewangan 2016 yang mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan strategi Recall dan mencapai pertumbuhan hasil dan pendapatan. Trend asas adalah kukuh dan kami menguruskan cabaran jangka pendek yang berkaitan dengan kelewatan dalam urus niaga Iron Mountain itu yang, antara lain, bermakna memperlahankan pertumbuhan perolehan.

"Kesemua rantau mencapai pertumbuhan hasil dan ia amat memuaskan untuk melihat Australia/ New Zealand dan Eropah kembali kepada pertumbuhan hasil yang positif, dengan disokong oleh pertumbuhan karton organik yang positif, pengekalan dan pengambilalihan pelanggan yang lebih baik.

"Kami komited kepada program kecemerlangan operasi kami yang telah mencapai pertumbuhan mata wang EBITDA yang tetap 6.6% melalui kawalan kos yang berkesan dan berterusan untuk meletakkan asas bagi peningkatan margin di masa hadapan. Penggunaan aset rak dan bangunan kami telah bertambah baik berbanding tahun lepas, tidak termasuk kesan peralihan Program Pengoptimuman Kemudahan, yang sedang berjalan lancar dan untuk merancang.

“Saya terutamanya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kami di atas dedikasi dan komitmen mereka, dan juga khidmat cemerlang yang mereka terus sediakan kepada pelanggan kami pada masa urus niaga yang tidak menentu ini.

"Kami juga ingin mengumumkan pada hari ini penundaan Mesyuarat Skim pada 19 April 2016. Iron Mountain telah mencapai kemajuan besar dengan badan kawal selia di Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom dan telah memberi jaminan kepada Lembaga Pengarah Recall bahawa ia sedang berusaha untuk memeterai urus niaga itu secepat yang mungkin.

"Jadual waktu urus niaga yang disemak semula itu mengambil kira komitmen Iron Mountain untuk melengkapkan ulasan kawal selia, dan bagi memenuhi kesemua tanggungjawab lain di bawah Surat Ikatan Skim Pelaksanaan. Iron Mountain juga telah memberi jaminan kepada Lembaga Recall bahawa ia yakin urus niaga itu akan terus menghasilkan sinergi yang bermakna, dan nilai urus niaga bagi pemegang saham masih boleh dicapai," kata Encik Pertz.

Sensitiviti kadar pertukaran

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat telah memberi kesan negatif kepada kewangan dolar Amerika Syarikat yang dilaporkan. Perkara ini mungkin kekal walaupun kesannya akan kurang ketara dalam pertengahan kedua tahun kewangan 2016 jika kadar FX kekal konsisten dengan kadar pada 31 Disember 2015. Pada pertengahan pertama tahun kewangan 2016, menterjemahkan pendapatan bukan dolar Amerika Syarikat kepada dolar Amerika Syarikat bagi tujuan pelaporan pada kadar FX diterima pakai semasa pertengahan pertama tahun kewangan 2016, dan bukannya sebelum tempoh setanding sebelumnya, mempunyai satu kesan negatif kira-kira $53 juta ke atas hasil, iaitu pengurangan kira-kira 11.8%.

Perkara penting

Perkara penting sebelum cukai adalah $20.4 juta untuk tempoh itu, di mana $16.2 juta adalah kos yang berkaitan dengan urus niaga Iron Mountain.

Dividen

Lembaga Pengarah telah menetapkan satu dividen interim sebanyak AUD 9.5 sen sesaham, yang merupakan satu nisbah pembayaran kira-kira 70% daripada keuntungan asas bersih selepas cukai. Dividen interim dijangka akan dibayar pada 20 April 2016 kepada pemegang saham yang terkandung dalam daftar Recall setakat 1 April 2016. Dividen itu akan difrangki kepada 30%, dengan 70% kelayakan sebagai saluran pendapatan asing.

Pandangan

Recall akan terus melaksanakan pelan strategik mereka sehingga pemegang saham meluluskan urus niaga Iron Mountain, yang menyebabkan beberapa halangan pendapatan jangka pendek, terutamanya hasil pengambilalihan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pendapatan mata wang organik secara berterusan untuk Tahun Kewangan 2016 dijangka konsisten selaras dengan pelan strategik itu, dan meningkat melebihi Tahun Kewangan 2015, pada kira-kira 2%.

Pengambilalihan yang telah dilengkapkan akan menambahkan kira-kira 5% kepada pertumbuhan pendapatan mata wang berterusan pada Tahun Kewangan 2016. Pendekatan penggabungan dan pengambilalihan atau M&A telah sengaja perlahan dalam tempoh jangka pendek, untuk membantu dengan proses kajian semula peraturan dan mengambil kira kesan daripada kehadiran Iron Mountain.

Sewajarnya, dalam Tahun Kewangan 2016 Recall1 menjangka untuk menyampaikan pertumbuhan pendapatan asas mata wang yang berterusan yang menghampiri angka tunggal yang tinggi, untuk mencerminkan kesan jangka pendek daripada pendekatan yang perlahan bagi aktiviti M&A. Pertumbuhan mata wang EBITDA yang berterusan dijangka sejajar dengan pertumbuhan hasil.

Seperti yang dijelaskan di atas, nilai dolar Amerika Syarikat yang semakin meningkat terus memberi kesan kepada keputusan berkanun, tetapi pada kadar FX semasa pada 31 Disember 2015, kesan itu adalah lebih rendah pada separuh kedua tahun kewangan 2016 berbanding yang dialami dalam separuh pertama tahun kewangan 2016.

Pandangan Recall adalah berdasarkan kepada andaian mengenai strategi perniagaan masa kini dan masa hadapan dan persekitaran di mana Recall akan beroperasi pada masa hadapan. Keputusan Recall pada masa hadapan adalah tertakluk kepada keadaan pasaran dan keadaan yang tidak dijangka dan risiko yang mungkin timbul. Siaran media mengenai pendapatan, pembentangan pelabur, Lampiran 4D dan panggilan persidangan/ butiran siaran web kesemuanya boleh didapati di laman sewangan perhubungan pelabur syarikat itu di Recall.com.

Maklumat mengenai Recall

Recall adalah sebuah pemimpin global dalam penyelesaian pengurusan maklumat, dengan menawarkan kepada pelanggan dengan pengurusan lengkap bagi maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian inovatif Recall memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik di sepanjang kitaran hayat maklumat itu, sambil memberi jaminan mengenai pematuhan kawal selia dan menghapuskan sumber-sumber, masa dan kos yang tidak perlu. Recall memberi perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan di lebih 300 pusat operasi khusus, yang merangkumi lima benua di 25 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari recall.com.
 
_______________________
1 Kewangan dibentangkan dalam nilai USD dan perbandingan kepada Separuh Pertama Tahun Kewangan 2015 dibuat mengikut asas mata wang berterusan.
Selepas tidak memasukkan SDS Jerman yang dijual pada Disember 2014 dan membuat pelarasan untuk $4 juta pendapatan yang hilang akibat kebakaran pada Citistorage.
 
Hubungi
Pertanyaan perhubungan pelabur
Recall Holdings Limited
Bill Frith, +61 2 9582 0244
Pengarah Kanan, Perhubungan Pelabur
Bill.Frith@recall.com
atau
Pertanyaan media Australia
GRACosway
Fleur Jouault, +61 2 8353 0419
atau
Pertanyaan media Amerika Syarikat
MSL Group
David Sprague atau Amanda Fountain
+1-781-684-0770
Recall@mslgroup.com

Sumber: Recall Holdings Limited
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160228005053/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.