ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  RECALL MEMPERKENALKAN TEKNOLOGI BOLEH PAKAI, MENGEMBANGKAN PROGRAM RFID YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

Tuesday 01/03/2016



Pemimpin Global di dalam Pengurusan Maklumat Menggunakan Pengimbas RFID Boleh Pakai untuk Meningkatkan Kecekapan Pengauditan dan Proses Rantaian Penjagaan
 
NORCROSS, Ga., 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan inovasi terbaharu mereka dalam teknologi RFID dengan pengenalan sebuah program pengimbas RFID boleh pakai di sebuah Pusat Maklumat Recall di Atlanta, Georgia — yang pertama seumpamanya bagi industri pengurusan maklumat. Alat pengimbas itu dipakai oleh petugas Pusat Maklumat dan menyediakan kecekapan yang dipertingkatkan untuk pengauditan dan beberapa proses rantaian penjagaan. Program ini dijangka dikeluarkan kepada lebih banyak pusat di seluruh dunia pada tahun ini.
 
Pengimbas RFID boleh pakai itu membolehkan urusan audit berterusan ke atas aset pelanggan Recall semasa operasi harian. Ketika pekerja bergerak melalui kemudahan itu, alat pengimbas yang dipasang pada tali secara automatik mengaudit aset yang ditanda. Ujian teknikal baru-baru ini menunjukkan bahawa kaedah pengimbasan baharu ini telah meningkatkan proses keseluruhan, berikutan aset dapat diaudit dengan lebih kerap, sekali gus melengkap dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menjalankan pengauditan penuh dari sehingga empat minggu kepada hanya beberapa hari.
 
"Recall telah menjadi sebuah perintis dalam mengintegrasikan teknologi RFID ke dalam industri pengurusan maklumat dan telah memberi tumpuan kepada memperbaiki dan menginovasikan teknologi ini selama satu dekad," kata Ron McMurtrie, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Pemasaran Global, Recall.
 
McMurtrie berkata, "Dengan lebih 50 juta penanda RFID dalam Pusat Maklumat Recall di seluruh dunia dan lebih 500,000 tag baharu diwujudkan pada setiap bulan, Recall terus menjadi yang pertama dalam kelasnya untuk menyediakan pelanggan dengan akses dan kawalan yang cekap ke atas maklumat mereka. Ketika kami terus meningkatkan lagi proses pengauditan kami dengan teknologi RFID yang pertama di dalam industri, kami menjangkakan peningkatan nilai bagi pelanggan kami kerana kami menyediakan kemas kini yang hampir tepat masa, rantai dokumentasi penjagaan yang lebih luas dan program tadbir urus maklumat yang lebih kukuh."
 
Pengenalan alat pengimbas RFID boleh pakai Recall dibina di atas lebih 10 tahun penyelidikan dan pembangunan di dalam teknologi keselamatan dan pengesanan kerana ia berhubung kait dengan karton penyimpnan dokumen mereka, fail-fail individu dan pita sokongan yang disimpan di Pusat Maklumat Recall, untuk manfaat pangkalan pelanggannya di peringkat global.
 
"Selain mengurangkan masa pengauditan dan kos, alat pengimbas RFID boleh pakai dan pengauditan berterusan mereka pada dasarnya boleh mengubah apa yang kita dapat sediakan dari segi penglihatan 'tepat masa' dan laporan untuk pelanggan kami," kata Jon Poole, Teknologi Operasi dan Inovasi di Recall.
 
Recall adalah merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai keupayaan menyediakan label cetak untuk pengurusan aset dalaman kepada pelanggan, sekali gus membolehkan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan di dalam aktiviti tadbir urus maklumat mereka. Program RFID Recall mematuhi ISO 18000-6C, iaitu standard bagi teknologi RFID merentasi ke seluruh pelusuk dunia. Selain itu, proses yang dipatenkan untuk mencetak, pengekodan dan pengesahan telah mencapai kualiti Enam Sigma - mengurangkan kadar penolakan imbasan tidak dapat dikenali dan contoh-contoh data yang tidak ditemui.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai program RFID Recall, sila layari http://www.recall.com/information-governance/rfid.
 
Maklumat mengenai Recall
 
Recall adalah sebuah pemimpin global dalam penyelesaian pengurusan maklumat, dengan menawarkan kepada pelanggan dengan pengurusan lengkap bagi maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian inovatif Recall memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik di sepanjang kitaran hayat maklumat itu, sambil memberi jaminan mengenai pematuhan kawal selia dan menghapuskan sumber-sumber, masa dan kos yang tidak perlu. Recall memberi perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan di lebih 300 pusat operasi khusus, yang merangkumi lima benua di 25 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari recall.com.
 
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51289618&lang=en
 
Hubungi
MSLGROUP
Amanda Fountain atau David Sprague, 781-684-0770
recall@mslgroup.com

Sumber: Recall
 
Lihat  siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160229005677/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.