ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  YUPPTV LANCAR SALURAN HIBURAN PREMIUM &TV MELALUI PERKONGSIAN DENGAN ZEE NETWORK

Tuesday 01/03/2016



ATLANTA, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal melalui jaringan internet terbesar di dunia bagi kandungan Asia Selatan, telah mengumumkan perkongsian dengan &TV. Perkongsian YuppTV dengan saluran tersebut akan membolehkan para pengguna untuk menonton campuran fiksyen berkaitan pelbagai dan dinamik, voltan tinggi bukan fiksyen, acara-acara besar dan filem blokbuster dalam Hindi daripada &TV melalui platformnya.

&TV adalah kemegahan GEC Hindi dari barisan saluran '&' daripada syarikat media dan hiburan global Zee Entertainment Enterprises Limited (ZEEL). Dengan perikatan tersebut disahkan, gabungan pengaturcaraan menarik &TV seluruh genre kini tersedia untuk pengguna YuppTV di seluruh dunia.

Bercakap mengenai perkongsian itu, Uday Reddy - Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, YuppTV, berkata, "Kami gembira untuk mengumumkan perikatan dengan konglomerat TV unggul Zee Network bagi melancarkan saluran hiburan premium &TV di seluruh rantau APAC. &TV melambangkan sempena aspirasi dan pertapakan tempat yang sinonim dengan semangat Zaman Baru India. Perkongsian kami dengan saluran tersebut menambah nilai yang besar kepada perpustakaan sedia ada kami dan memberikan pengguna kami lebih banyak pilihan hiburan untuk dipilih. "

Sama ada jenayah misteri debaran pantas, 'Ejen Raghav – Cawangan Jenayah', siri seram 'Darr Sabko Lagta Hai' atau komedi keluarga 'BhabhiJi Ghar Par Hai!', para pengguna YuppTV boleh mengakses penawaran &TV melalui laman web YuppTV, www.yupptv.com, atau pada TV pintar, pemain pintar Blu-ray, penstriman pemain media, konsol permainan, telefon pintar dan tablet melalui aplikasinya.

Mengenai YuppTV:

YuppTV adalah salah satu TV berasaskan internet terbesar di dunia dan pembekal perkhidmatan Atas-permintaan untuk kandungan Asia Selatan, yang menawarkan lebih daripada 200+ saluran TV, 5000+ Filem dan 100+ Pertunjukan TV dalam 12 bahasa. YuppTV mempunyai 25,000 jam kandungan hiburan yang dikatalogkan di perpustakaannya, manakala hampir 2500 jam kandungan baru atas permintaan ditambah kepada platform YuppTV setiap hari. YuppTV menawarkan TV Secara Langsung dan teknologi TV Catch-Up. YuppTV mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara. YuppTV kini menduduki kedudukan #1 bagi platform TV Internet Berbayar bagi kaum India yang tinggal di luar negara dan juga platform TV Internet terbesar dari ketersediaan kandungan premium di India. YuppTV adalah aplikasi SmartTV India yang paling banyak diturunmuat dan ia juga mempunyai 8 juta muat turun mudah alih dengan penarafan 4.0 pengguna.

Untuk maklumat lanjut: http://www.yupptv.com/
 
Hubungan
YuppTV
Pooja Diwan, 040-23555055

Sumber: YuppTV

Lihat siaran berita dalam talian ini di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160229006314/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.