ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  NTT COMMUNICATIONS MEMPERTINGKATKAN ENTERPRISE CLOUD UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL

Tuesday 01/03/2016



Awan hibrid berinovatif menggabungkan ICT tradisional dan awan asli dengan sambungan percuma dan baharu, portal pengurusan semua dalam satu

TOKYO, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan penambahan dramatik kepada penyelesaian awannya yang berinovatif, Enterprise Cloud. Enterprise Cloud yang dipertingkatkan itu boleh didapati dengan kadar serta merta di Jepun, dan akan dilancarkan di United Kingdom, Singapura, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Jerman pada tahun ini.

NTT Com melancarkan Enterprise Cloud mereka yang dipertingkatkan itu untuk membantu syarikat perusahaan memenuhi keperluan kompleks bagi transformasi digital - penggunaan teknologi digital merentasi pelbagai aspek perniagaan mereka untuk melepaskan kreativiti, berkembang dengan kadar lebih pantas dan mengekalkan kepimpinan pasaran. Cabaran mereka adalah dua kali ganda. Daripada satu sudut, perusahaan sedang mencari untuk beralih daripada ICT tradisional kepada awan bagi menghasilkan operasi ICT yang lebih berkesan dan mencapai kos yang optimum; di sudut lain pula, dengan didorong oleh teknologi mudah alih, sosial, data besar, IoT atau Internet untuk segala-galanya dan teknologi digital yang lain, mereka menggunakan aplikasi awan asli dan beralih ke arah sebuah budaya DevOps yang menyokong inovasi yang pantas. Bagi memenuhi cabaran ini, Enterprise Cloud milik NTT Com yang dipertingkatkan menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi kedua-dua ICT tradisional dan awan asli, serta penyambungan rangkaian, perkhidmatan kolokasi dan awan pihak ketiga.

"Apabila perniagaan perusahaan bergerak ke arah pendigitalan, globalisasi dan awan, NTT Com akan terus membantu pelanggan membuat pembaharuan dalam proses perniagaan dan mewujudkan model perniagaan baharu dengan Enterprise Cloud, yang telah dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan kedua-dua ICT yang selamat dan boleh dipercayai dan ICT fleksibel dan tangkas," kata Motoo Tanaka, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Awan di NTT Com.

Keupayaan Baharu dan Dipertingkatkan:

(1) Awan Persendirian Yang Dihos bagi ICT Tradisional

Awan persendirian Enterprise Cloud yang dihoskan kini terdiri daripada server komputer tanpa sistem pengoperasiannya yang khusus dengan automasi, kelenturan bayar apabila digunakan dan satu pilihan persekitaran yang mempunyai hipervisor yang pelbagai, termasuk VMware vSphere dan Microsoft Hyper-V. Ia juga menyediakan satu rangkaian dalaman yang sangat fleksibel, yang memudahkan penggunaan semula kerangka rangkaian di premis dalam awan. Pelanggan Enterprise boleh merealisasikan ICT tradisional yang dibolehkan awan dengan beralih secara lancar kepada awan persendirian yang dihoskan di mana-mana sistem di premis yang memerlukan satu persekitaran yang khusus di atas sebab-sebab pencapaian, keselamatan atau pelesenan. Peralihan seperti itu menyumbang kepada pengoptimuman persekitaran ICT tradisional dan membentuk satu asas bagi transformasi digital selanjutnya yang berasaskan awan.

(2) Awan Pelbagai Penyewa Bertaraf Perusahaan bagi ICT Awan Asli

Enterprise Cloud kini mempunyai sebuah awan pelbagai penyewa, bertaraf perusahaan yang selamat dan sangat boleh dipercayai yang berasaskan kepada kerangka OpenStack, yang dengan itu memberikan kepada pelanggan dengan satu API terbuka yang berpiawaian industri untuk mengawal Enterprise Cloud dalam cara yang berautomatik. Di samping itu, dengan menggabungkan Cloud Foundry, sebuah sumber terbuka perisian Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), Enterprise Cloud menyediakan kepada PaaS untuk pembangunan aplikasi tangkas dan kecekapan operasi. Ini memberikan kualiti perkhidmatan bertaraf perusahaan serta pengurusan yang berkesan kepada pelanggan bagi pembangunan aplikasi berorientasikan tangkas dan Dev-Ops. Sementara itu, kerangka terbuka melegakan kebimbangan mengenai vendor dan mempercepatkan strategi perniagaan digital pelanggan.

(3) Persekitaran Awan Hibrid Yang Lancar

Awan pelbagai penyewa bagi Enterprise Cloud yang dipertingkatkan dan awan persendirian yang dihoskan disambung pada Lapisan 2 dengan SDN, yang memberi kuasa kepada pelanggan kuasa untuk secara fleksibel dan lancar mengkonfigurasi komponen rangkaian (server maya, server tanpa sistem operasi, firewall, pengimbang beban) yang berfungsi pada sebuah persekitaran di premis yang kompleks dalam segmen rangkaian yang sama. Akibatnya, pelanggan boleh mengurangkan kira-kira 30% daripada beban kerja yang diperlukan untuk rangkaian dan server konfigurasi semula yang biasanya datang dengan peralihan awan.

(4) Penyambungan Percuma dan Lancar di antara Platform Awan

Platform Enterprise Cloud yang dipertingkatkan disambungkan dengan rangkaian tertutup 10 Gbps usaha terbaik, yang diberikan secara percuma. Di samping itu, penyambungan di antara platform Enterprise Cloud dan pusat-pusat data disediakan pada harga yang kompetitif di peringkat global, dengan menggunakan infrastruktur NTT Com sebagai pembawa telekom. Keupayaan rangkaian ini membolehkan perusahaan untuk mengoptimumkan sistem ICT mereka, misalnya dengan berkongsi data CAD dengan pembekal serantau atau mengumpul data sensor, memandangkan pemindahan data dan sistem kerjasama pada platform awan dan pusat-pusat data adalah mudah untuk digunakan, dan sama ada diberikan secara percuma atau pada kos yang rendah. Keupayaan awan seperti ini menyokong transformasi digital pada skala global, secara mendadak meningkatkan prestasi dan jangkauan perniagaan perusahaan di peringkat global.

(5) Platform Pengurusan Awan (CMP) bagi Visibiliti Penuh dan Tadbir Urus IT

NTT Com melancarkan CMP untuk pengurusan yang cekap dan kawalan bersepadu bagi kedua-dua Enterprise Cloud dan pembekal awan pihak ketiga, termasuk Amazon Web Services (AWS) dan Microsoft Azure. CMP juga membolehkan pengurusan pelanggan dan operasi bagi awan hibrid dan memenuhi tadbir urus IT, kawalan kos, pengurusan keselamatan dan keperluan operasi ICT secara automatik yang diperlukan untuk melaksanakan dengan jayanya strategi transformasi digital awan pertama.

Hala Tuju Masa Hadapan

NTT Com akan terus meningkatkan keupayaan mereka seperti penyatuan awan yang dibolehkan oleh SDx, pusat data bertaraf dunia dan aset rangkaian global. Kerangka perkhidmatan mikro berasaskan OpenStack bagi Enterprise Cloud membolehkan NTT Com untuk menggabungkan kemajuan teknologi terkini yang datang dari kedua-dua komuniti sumber terbuka dan rakan kongsi teknologi mereka. Beberapa daripada fungsi baharu NTT Com rancang untuk dilancarkan bagi perusahaan termasuk SAP HANA, PaaS maya persendirian dan keupayaan pengurusan awan yang dipertingkatkan, untuk terus menyokong perjalanan transformasi digital bagi pelanggan perusahaan.

Sila klik di sini untuk Senarai Perkhidmatan

Petikan Sokongan:

Melanie Posey, naib presiden penyelidikan bagi IaaS/perkhidmatan hos di IDC "Penambahbaikan kepada Enterprise Cloud keluaran NTT Com menawarkan kepada perusahaan dengan jenis platform yang menyeluruh yang diperlukan untuk perjalanan transformasi digital," kata Melanie Posey, naib presiden penyelidikan bagi IaaS/ perkhidmatan hos di IDC. "Hibrid adalah suatu keadaan masa hadapan bagi perusahaan IT. Enterprise Cloud menempatkan keperluan bagi kedua-dua aplikasi perusahaan tradisional  Platform*1 kedua dan persekitaran Platform*2 ketiga awan asli yang berorientasikan DevOps yang tangkas, manakala platform pengurusan awan NTT Com berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan visibiliti yang bersepadu, pengurusan, dan kawalan yang merentasi ke seluruh stack IT hibrid." *1 *2 konsep Platform ketiga IDC menerangkan suatu perkembangan di dalam teknologi perusahaan IT dari Platform pertama (kerangka utama), Platform kedua (kerangka LAN server pelanggan yang statik), dan Platform ke-3 (rangkaian kawasan luas dan IT ke atas Internet yang berasaskan awan yang dinamik).

Geoff Waters, Naib Presiden, Saluran Pembekal Perkhidmatan di Vmware
"Penambahbaikan kepada penawaran Awan Persendirian yang dihoskan membolehkan organisasi untuk mempunyai satu peralihan yang lancar daripada persekitaran di premis kepada awan yang khusus," kata Geoff Waters, naib presiden, Saluran Pembekal Perkhidmatan di VMware. "NTT Communications merupakan sebuah rakan utama dalam ekosistem pembekal awan Rangkaian vCloud® Air™, dan ciri-ciri baharu ini membina sebuah asas yang kukuh di dalam pembangunan penyelesaian bersama dan kerjasama dengan NTT Communications, yang terbaru dibuktikan dengan kerjasama kami baru-baru ini pada aplikasi awan asli dengan menggunakan Platform VMware Photon™."

VMware, vSphere, vCloud, vCloud Air dan Photon adalah merupakan cap dagang atau cap dagang berdaftar milik VMware, Inc. atau anak syarikat mereka di Amerika Syarikat dan bidang kuasa yang lain. Semua tanda dan nama-nama lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan cap dagang bagi syarikat masing-masing. Penggunaan perkataan "rakan kongsi" atau "perkongsian" tidak membayangkan satu hubungan perkongsian mengikut undang-undang di antara VMware dan mana-mana syarikat lain.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 utama global, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat. Penyelesaian NTT Communications menggerakkan sumber-sumber global bagi Kumpulan syarikat NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Logo NTT, NTT Communications, dan NTT Communications adalah merupakan cap dagang berdaftar atau cap dagang milik NIPPON TELEGRAPH AND TELEPHONE CORPORATION dan/ atau ahli gabungannya. Kesemua nama produk lain yang dinyatakan adalah merupakan cap dagang bagi pemilik mereka masing-masing. © 2016 NTT Communications

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51290874&lang=en

Hubungi

Hubungan Media
NTT Communications Corporation
Encik Yasumasa Morita / Encik Masayuki Hayashi / Cik Yuko Tomita, +81-3-6700-4010
Perkhidmatan Awan
g-cl@ntt.com

Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160229007063/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.