ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PASUKAN UTAMA YAMAHA DAN PROFIL PENUNGGANG UNTUK MUSIM PERLUMBAAN ANTARABANGSA 2016

Tuesday 01/03/2016



AsiaNet : 63593
 
IWATA, Jepun, 1 Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Yamaha Motor Co. memasuki perlumbaan julung kalinya di Perlumbaan Mendaki Gunung Fuji, hanya 10 hari selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1 Julai, 1955. Sejak itu, sejarah yang dibina melalui pelbagai cabaran kami dalam arena perlumbaan di seluruh dunia telah hadir untuk mewakili sejarah kumpulan Yamaha Motor itu sendiri, dan Semangat Cabaran yang lahir daripada aktiviti-aktiviti perlumbaan ini telah menjadi  bahagian integral budaya korporat kami.
 
(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102500/201602298378/_prw_OI1fl_43C4Zd9h.jpg)
 
Polisi-polisi asas Yamaha Motor untuk aktiviti perlumbaan adalah seperti berikut:
- Penjenamaan: meningkatkan nilai jenama Yamaha
- Maklum balas teknikal: memindahkan teknologi yang diperolehi melalui sukan bermotor
  kepada model-model pengeluaran
- Aktiviti Promosi: minat yang semakin meningkat dalam penyertaan perlumbaan dan
 penonton di seluruh dunia
 
Tahun lalu merupakan ulang tahun ke-60 penubuhan Yamaha Motor dan kami telah menjalankan aktiviti-aktiviti kami berdasarkan polisi-polisi asas tersebut. Kejayaan kami termasuk memenangi Kejuaraan Tiga Kali MotoGP untuk Pengeluar, juga kejuaraan Penunggang dan Pasukan serta gelaran MXGP di Kejohanan Motocross Dunia. Tambahan pula, YZF-R1 baru, yang telah dibangunkan berdasarkan maklum balas teknikal daripada mesin YZR-M1 MotoGP, memenangi perlumbaan Tahan Lasak Jalanraya 8 Jam Suzuka bersama-sama dengan gelaran dalam kejohanan lumba berasaskan pengeluaran di Jepun, Eropah dan Amerika.
 
Selain pencapaian-pencapaian ini, Yamaha Motor mengambil cabaran-cabaran baru, seperti meneruskan kerja-kerja kami untuk mewujudkan satu model "peningkatan" untuk mengungkil  pelumba muda dari Asia dengan matlamat untuk membawa mereka ke pentas dunia. Pada tahun 2016 juga, Yamaha Motor akan meneruskan aktiviti perlumbaan global selaras dengan ketiga-tiga dasar asas tersebut untuk merasai kemenangan lanjut dan untuk membawa "Kando" * kepada orang ramai di seluruh dunia.
 
* Kando adalah satu perkataan Jepun bagi rasa kepuasan mendalam dan keseronokan sengit serentak yang kita alami apabila kita menghadapi sesuatu yang bernilai yang luar biasa.
 
Perlumbaan Jalan Raya:
Dalam Kejohanan Dunia MotoGP, pasukan kilang Movistar Yamaha MotoGP akan menampilkan Jorge Lorenzo, yang menjuarai gelaran Kejohanan Dunia MotoGP ketiganya pada 2015, dan Valentino Rossi, yang akan memasuki musim ke-15 dalam kelas perdana. Kedua-dua mereka akan menunggang versi 2016 daripada YZR-M1.
 
Bradley Smith, yang menduduki pelumba satelit teratas tahun lepas  dengan tempat ke6, iaitu kerjaya MotoGP terbaiknya, dan Pol Espargaro, yang menduduki tempat ke-9, akan membentuk pasukan satelit Monster Yamaha Tech 3, juga di atas YZR-M1 2016. Yamaha berazam untuk menjuarai gelaran Ganda Tiga kali kedua berturut-turut.
 
Buat pertama kali sejak tahun 2011, Yamaha Motor akan meletakkan satu pasukan dalam Kejohanan Superbike Dunia: Pasukan Pata Yamaha WorldSBK Rasmi. Menunggang untuk pasukan tersebut ialah Juara  Kejohanan Superbike Dunia 2014, Sylvain Guintoli dan Alex Lowes, yang memasuki musim ketiganya di dalam kelas tersebut. Mereka akan bersaing menggunakan YZF-R1, yang mememenangi banyak perlumbaan dan gelaran pada musim pertama tahun lepas, dalam usaha untuk membuktikan bahawa ia adalah superbike pengeluaran terpantas dan memenangi kejuaraan pertama Yamaha Motor dalam kelas tersebut sejak 2009.
 
Dalam Kejohanan Tahan Lasak Dunia, dua pasukan Eropah akan bersaing untuk musim penuh 2016, manakala satu pasukan kilang Yamaha sekali lagi akan mengambil bahagian pada pusingan ketiga, 8 Jam Suzuka, dengan matlamat untuk mengulangi kejayaan tahun lepas. Yamaha Motor juga akan meletakkan pasukan di Piala Superstock 1000 FIM Eropah dan dalam kelas Superbike di Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya MotoAmerica AMA /FIM Amerika Utara, siri perlumbaan jalan raya kemuncak Amerika Utara. Semua pasukan akan berusaha untuk memenangi kejohanan masing-masing pada tahun ini.
 
Pada tahun lepas, Yamaha Motor memulakan program "peningkatan" di Asia yang menawarkan peluang kepada pelumba muda untuk berkembang secara progresif, mewujudkan persekitaran dalam kelas Pengeluaran 250 Asia (AP250) di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di mana muda pelumba boleh mencabar untuk mendapat keputusan.
 
Musim ini, Yamaha Motor telah membentuk Pasukan Perlumbaan Yamaha baru untuk bertanding di kelas premium SuperSports (SS600) kejohanan tersebut menggunakan YZF-R6 dan mewakili peringkat seterusnya pelumba-pelumba AP250 harus berazam kearahnya. Penunggang untuk pasukan tersebut ialah Yuki Ito, yang menduduki tempat sembilan teratas untuk empat musim lalu di kelas itu, bersama Muhammad Fitri Ashraf Razali dari Malaysia, yang akan memulakan musim ketiganya dalam kelas tersebut. Kedua-dua mereka akan bertanding musim dengan harapan untuk berkembang sebagai pelumba dan memenangi kejohanan.
 
Dalam kelas AP250 itu, Yamaha Motor akan terus memberi sokongan kepada pelumba dan pasukan yang bertanding menggunakan YZF-R25 tahun ini.
 
Motocross/Supercross:
Pasukan Monster Energy Yamaha Factory MXGP akan bersaing dalam kelas puncak MXGP di Kejohanan Motocross Dunia. Romain Febvre, yang pada tahun lepas memenangi semula gelaran kelas perdana untuk Yamaha Motor buat kali pertama sejak 2009, dan rakan sepasukan Jeremy Van Horebeek, yang menduduki tempat ke-5 keseluruhan musim lalu, akan menyasarkan kejuaraan dunia kedua berturut-turut dengan mesin kilang YZ450FM .
 
Selain pasukan kilang, pasukan Yamaha lain akan bertanding dalam MXGP dan kelas penyuap, MX2. Pelumba muda di MX2 akan berjuang untuk kejuaraan dengan matlamat melangkah ke kelas MXGP itu.
 
Dalam Kejohanan Supercross AMA, yang musimnya bermula pada 9 Januari, pasukan perlumbaan Monster Energy/360fly / Chaparral / Yamaha Factory bertanding kelas utama 450cc dengan juara dua kali Supercross Chad Reed yang menunggang YZ450F. Pasukan Autotrader/Monster Energy/Yamaha juga dalam kelas 450cc dan berazam untuk tempat teratas bersama dengan Reed.
 
Kelas 250cc Supercross AMA dibahagikan kepada kumpulan serantau Timur dan Barat, dengan setiap satunya dipegang sebagai kejohanan yang berasingan. Beberapa pelumba muda Yamaha akan bersaing bersama Juara 250cc Barat Cooper Webb. Matlamat Yamaha Motor musim ini adalah untuk mendapatkan kedua-dua gelaran kejohanan Timur dan Barat.
  
(Lampiran:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102500/201602298378/_prw_OA1fl_46TdwCYl.pdf)
 
http://global.yamaha-motor.com/race/
 
Sumber: Yamaha Motor Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.