ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TRIPWIRE MEMPERLUAS PENGESANAN TITIK AKHIR DAN KEUPAYAAN TINDAK BALAS DALAM TRIPWIRE ENTERPRISE

Wednesday 02/03/2016



Pemimpin industri menyampaikan peranti automatik yang direka untuk mengesan dan menghalang serangan titik akhir siber secara tepat masa
 
SAN FRANCISCO, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Petak RSA 3301 - Tripwire, Inc., sebuah pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian perlindungan, keselamatan dan pematuhan titik akhir, hari ini mengumumkan satu rangkaian ciri-ciri pengesanan dan tindak balas (EDR) titik akhir baharu yang proaktif di dalam produk utamanya, Tripwire® Enterprise. Fungsi EDR yang baharu itu boleh menemui dan menilai aset titik akhir keselamatan di atas rangkaian sesebuah organisasi, sekali gus membolehkan pengesanan, analisis dan tindak balas kepada serangan siber secara tepat masa.
 
Tripwire Enterprise kini memberikan kepada pengguna dengan kuasa untuk mengautomasikan pemulihan fail atau proses perubahan yang tidak dibenarkan, yang boleh menjadi tanda-tanda awal sesuatu kompromi. Fungsi baharu itu juga membolehkan pengguna untuk mengesan sesuatu pelanggaran, membendung serangan itu dan menjangka bila penyerang akan melakukan serangan seterusnya.
 
Diintegrasikan dengan pelbagai sumber terbuka dan perkhidmatan risikan ancaman komersil, ciri-ciri terkini ini membolehkan pelanggan untuk bertindak balas secara automatik atau manual terhadap ancaman baru muncul dan malware. Jika sesuatu malware yang dikenali diletakkan ke atas aset yang dipantau oleh Tripwire Enterprise, teknologi baharu itu secara automatik akan mengesannya, membunuh proses itu dan membersihkan sistem itu untuk membuang jangkitan tersebut.
 
Tripwire Enterprise membolehkan pengguna untuk mengatasi pelbagai senario dari sebuah konsol pusat, dan memandangkan masa adalah amat penting apabila bertindak balas terhadap sesuatu serangan siber, tidak ada keperluan untuk daftar log masuk ke titik akhir bagi menghentikan serangan siber.
 
"Dalam insiden keselamatan siber, sering terdapat jurang di antara mengetahui ada masalah dan mengetahui apa yang perlu dilakukan mengenainya," kata Dwayne Melancon, Ketua Pegawai Teknikal dan naib presiden penyelidikan dan pembangunan. "Keupayaan untuk bertindak balas secara automatik ini dapat merapatkan jurang itu supaya petugas yang bertindak balas boleh secara yakin dan tepat bertindak balas kepada serangan berniat jahat itu."
 
Titik hujung kritikal adalah sistem yang, jika dikompromi, boleh mempunyai impak fiskal atau operasi yang besar kepada sesebuah organisasi, dan sistem ini juga adalah merupakan sasaran akhir bagi penyerang siber. Keselamatan titik akhir yang berkesan adalah melampaui tugas melindungi dan pengerasan peranti; akhirnya, keupayaan ini harus meningkatkan daya tahan sesebuah organisasi dan membolehkan mereka untuk mengesan dan bertindak balas dengan pantas kepada serangan keselamatan siber sebelum mereka boleh menyebabkan kerosakan yang signifikan.
 
Penyelesaian Tripwire Enterprise EDR meningkatkan ketahanan sesebuah organisasi kepada serangan siber dengan membolehkan mereka untuk:
 
• Mengambil langkah-langkah segera dan proaktif untuk mengurangkan serangan permukaan bagi titik akhir kritikal.
• Menghubungkaitkan anomali tingkah laku secara tepat masa dan pelanggaran dasar, sekali gus mempercepatkan pengesanan aktiviti yang berniat jahat.
• Memantau insiden untuk bertindak balas dengan pantas dan tepat kepada ancaman baru muncul dan sifar hari.
• Meningkatkan kerjasama di antara pasukan teknologi operasi (OT) dan IT untuk pengesanan ancaman dan tindak balas yang lebih tepat cepat.
 
Melancon berkata, "Mengautomasikan pengesanan ancaman itu adalah penting dalam persekitaran ancaman siber pada hari ini. Seperti yang kita ketahui, mengesan ancaman bukan bererti berakhirnya pertempuran – sebaliknya adalah penting untuk meneutralkan mereka, yang bermaksud bahawa keupayaan automasi ini untuk mengesan dan mengatasi serangan adalah merupakan satu rahmat untuk perusahaan.”
 
Pelanggan Tripwire Enterprise menyedari nilai serta merta dengan menggunakan hampir 700 profil luar kotak dan imbasan, peraturan pengesanan dan perlindungan yang direka untuk membantu menghentikan sesuatu serangan yang dilakukan. Penyelesaian Tripwire disepadukan dengan lebih 70 penyelesaian keselamatan dan IT pihak ketiga, memudahkan automasi pelbagai proses utama untuk pelanggan mereka, yang secara dramatik meningkatkan keberkesanan keseluruhan IT dan keselamatan mereka.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tripwire.com/solutions/endpoint-detection-and-response/.
 
Sumber Tambahan:
Blog: Melayari Gelombang Baharu Keselamatan Titik Akhir
Blog: Memikir Semula Perlindungan Ancaman Titik Akhir Yang Efektif
Blog: Membina Sebuah Model bagi Kematangan Keselamatan Titik Akhir
 
 
Maklumat mengenai Tripwire
 
Tripwire adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengesanan dan tindak balas, keselamatan, pematuhan dan operasi IT bagi perusahaan, pembekal perkhidmatan dan agensi kerajaan. Penyelesaian Tripwire adalah berdasarkan pada penglihatan aset kesetiaan yang tinggi dan kecerdasan titik akhir yang mendalam yang digabungkan dengan konteks perniagaan; bersama-sama penyelesaian ini dapat menyatukan dan mengautomasikan operasi keselamatan dan IT. Portfolio Tripwire bagi penyelesaian keselamatan kelas perusahaan termasuk konfigurasi dan pengurusan dasar, pemantauan integriti fail, pengurusan kelemahan, pengurusan log, dan pelaporan dan analisis. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tripwire.com, mendapatkan berita, trend dan pandangan keselamatan di tripwire.com/blog atau ikuti kami di Twitter @TripwireInc.
 
Hubungi
Tripwire, Inc.
Shelley Boose, 408-398-6987
sboose@tripwire.com


Sumber: Tripwire, Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160301005111/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.