ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  MIRAIT TECHNOLOGIES MENUBUHKAN ANAK SYARIKAT DI MYANMAR

Friday 04/03/2016



Kerja pembinaan peluasan untuk peralatan komunikasi mudah alih

TOKYO, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MIRAIT Technologies Corporation (Ibu pejabat: Nishi-Ku, Osaka, Presiden: Kouichi Takahatake) hari ini mengumumkan penubuhan anak syarikat tempatan dengan 100% kepentingan dalam Myanmar.

Tujuan syarikat baru

MIRAIT Technologies Corporation sebagai sebuah syarikat kejuruteraan menyeluruh sedang memperluaskan perniagaannya di rantau APAC dengan "Strategi Menang-Tiga Kali Ganda."
Mamoru Tanaka, Pegawai Korporat Kanan dan Ketua Jabatan Perniagaan Global, menjelaskan bahawa beliau sedang merancang satu program pendidikan yang membangunkan kemahiran kejuruteraan seperti untuk teknologi gentian optik dan Strategi Menang-Tiga Kali Ganda" bermakna hubungan makmur dengan Pelanggan, Myanmar dan Kumpulan MIRAIT.

Melalui penubuhan syarikat baru tersebut, dan dengan memberi tumpuan kepada penyelenggaraan, mereka bentuk kemudahan komunikasi dan pembinaan untuk telefon mudah alih, kami menyumbang kepada Pembangunan Sumber Kejuruteraan dan kemajuan Rangkaian Telekomunikasi di Myanmar.
Bagi tujuan mewujudkan pasaran baru bagi sektor Kejuruteraan IT dan Perkhidmatan, kami secara aktif bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan.

Kumpulan MIRAIT Technologies telah menerima pesanan untuk kerja komunikasi mudah alih sebagai satu projek di Myanmar dan syarikat baru tersebut  akan mengambil alih pembangunan besar-besaran itu.

Sila klik di sini untuk Profil Syarikat Baru

Mengenai MIRAIT Technologies Corporation

MIRAIT Technologies Corporation sebagai salah satu daripada anak-anak syarikat utama MIRAIT Holdings, telah beroperasi selama lebih 50 tahun, dan telah menyampaikan projek berimpak tinggi di lebih daripada 60 negara, ia telah menyumbang kepada evolusi infrastruktur rangkaian komunikasi di seluruh dunia dan memberi maklum balas kepada trend global dengan membangunkan secara aktif perniagaan ICT yang berkaitan dengan pengkomputeran awan dan pusat-pusat data di samping membina infrastruktur telekomunikasi konvensional.

Hubungan
MIRAIT Technologies Myanmar Co., Ltd. (MTM)
Hiroaki TAKESHIMA, +95-1-373345
Pengarah
takeshima@miraitmm.com
Thura Aung, +95-1-373345
Naib Presiden
thuraaung@miraitmm.com
FAKS: +95-1-373345
http://www.miraitmm.com
atau
MIRAIT Technologies Corporation
Jabatan Perniagaan Global
TEL: +81-3-5496-8460
FAKS: +81-3-5560-0976
http://www.tec.mirait.co.jp/english/
atau
MIRAIT Holdings
Pejabat Perhubungan Awam
TEL: +81-3-6807-3120
FAKS: +81-3-5546-2967
http://www.mirait.co.jp/en/


Sumber: MIRAIT Technologies Corporation

Lihat siaran akhbar ini dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51289708&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.