ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  RECALL DIBERIKAN ANUGERAH PLATINUM DAN BERLIAN 2016 DARIPADA HYLAND

Tuesday 08/03/2016



Pemimpin Global Diiktiraf kerana Menyediakan Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang Berkaitan dengan Penggunaan Penyelesaian OnBase ECM untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

NORCROSS, Ga., 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima anugerah paling tinggi daripada Hyland Software, dengan memperolehi kedua-dua anugerah Berlian dan Platinum untuk tahun ketiga berturut-turut. Anugerah Berlian mengiktiraf Recall sebagai sebuah pembekal cemerlang bagi pengurusan kandungan perusahaan (ECM) bagi penyelesaian OnBase Hyland kepada pelanggan mereka. Anugerah Platinum pula adalah didasarkan kepada prestasi jualan dan kecemerlangan, termasuk perisian, hasil, pemerolehan pelanggan baharu dan jualan bersilang bagi pangkalan pelanggan yang sedia ada.

"Dikhaskan untuk rakan kongsi utama OnBase Hyland, anugerah Berlian dan Platinum itu melambangkan tahap paling tinggi pencapaian dalam menyediakan penyelesaian berinovatif untuk pelanggan," kata Ron McMurtrie, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Global, Recall. "Pengiktirafan ini dari Hyland menggambarkan komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian yang berkualiti tinggi yang membolehkan mereka menguruskan maklumat yang lebih baik. Melalui perkongsian yang berpanjangan ini, Recall mampu untuk membantu peralihan pelanggan kepada perkhidmatan digital bagi pengurusan maklumat yang lebih baik di samping mengurangkan kos dan mengautomasikan fungsi perniagaan."

"Komuniti rakan kongsi kami memenuhi standard yang paling tinggi. Kecemerlangan tahunan ini menunjukkan komitmen bersungguh-sungguh Recall untuk membangun, melaksana dan menyokong penyelesaian kritikal perniagaan yang menyelesaikan pelbagai masalah perniagaan untuk organisasi," kata Bill Kavanaugh, Naib Presiden Jualan, Hyland.

Recall menyediakan kepakaran, penyelesaian reka bentuk dan sokongan secara langsung kepada OnBase, serta banyak lagi teknologi pelengkap yang membentuk penyelesaian ECM. Penggunaan OnBase oleh Recall adalah sebahagian daripada suite produk yang luas untuk membantu pelanggan menguruskan maklumat fizikal dan digital mereka.

Maklumat mengenai Hyland, pencipta OnBase

Selama lebih 20 tahun, Hyland, pencipta bagi OnBase, telah membantu lebih daripada 13,000 pelanggan seumur hidup dengan menyediakan penyelesaian dunia sebenar kepada cabaran perniagaan harian. Sikap dedikasi itulah yang membolehkan Hyland pada tahun demi tahun merealisasikan pertumbuhan dua digit dan pelanggan kami mengiktiraf nilai daripada perkongsian kami. Dinamakan sebagai satu daripada Syarikat Terbaik untuk Bekerja® bagi Fortune untuk 2014, Hyland terus berkembang maju dan membangunkan  satu daripada penyelesaian pengurusan kandungan perusahaan yang paling fleksibel dan menyeluruh (ECM) yang terdapat di pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari OnBase.com.

Maklumat mengenai Recall

Recall adalah sebuah pemimpin global di dalam penyelesaian pengurusan maklumat, dengan menawarkan kepada pelanggan dengan pengurusan lengkap bagi maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian inovatif Recall memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik di sepanjang kitaran hayat maklumat itu, sambil memberi jaminan mengenai pematuhan kawal selia dan menghapuskan sumber-sumber, masa dan kos yang tidak perlu. Recall memberi perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan di lebih 300 pusat operasi khusus, yang merangkumi lima benua di 25 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari recall.com.

Hubungi

MSLGROUP
Amanda Fountain atau David Sprague, 781-684-0770
recall@mslgroup.com

Sumber: Recall Holdings Limited

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160307005073/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.