ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  CROWN BIOSCIENCE MEMPEROLEH PRECLINOMICS, MEMPERLUAS PORTFOLIO PENYAKIT KARDIOVASKULAR DAN METABOLIK

Wednesday 09/03/2016



SANTA CLARA, Calif. 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Crown Bioscience, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Crown Bioscience International (TWSE: tiker 6554), sebuah syarikat penemuan ubat-ubatan dan penyelesaian pembangunan bertaraf global yang menyediakan platform translasi bagi penyelidikan onkologi termaju dan penyakit metabolik, telah mengumumkan pengambilalihan PreClinOmics, Inc., sebuah syarikat praklinikal in vivo yang pakar dalam penyelidikan awal dalam penyakit kardiovaskular dan metabolik (CVMD) serta penyakit buah pinggang. Dengan pengambilalihan ini, CrownBio telah menambahkan beberapa model CVMD yang paling relevan untuk meniru penyakit manusia kepada portfolio mereka.

"Pengambilalihan PreClinOmics itu akan membolehkan CrownBio mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam pembangunan ubat-ubatan translasi global yang khusus untuk penyakit kardiovaskular dan metabolik," kata Jean-Pierre Wery, Ph.D., presiden bagi Crown Bioscience. "Kami yakin bahawa pengambilalihan itu akan akhirnya menghasilkan di dalam kejayaan yang lebih besar dalam ujian klinikal dan mengurangkan kos pembangunan bagi ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit yang menghasilkan sebahagian daripada kos ekonomi yang paling tinggi di dunia."

PreClinOmics mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang, dan reputasi saintifik di dalam industri penyelidikan CVMD dan farmaseutikal, dan ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk CrownBio mengembangkan keupayaan kami bagi memenuhi keperluan komuniti ini," kata Jim Wang, M.D., naib presiden kanan bagi penyelidikan CVMD di Crown Bioscience.

PreClinOmics, Inc. (PCO) telah diperbadankan di Indianapolis, Ind. Ia adalah sebuah AAALAC Bertauliah, penyedia penyelesaian kepada industri farmaseutikal termasuk: perkhidmatan penemuan, perkhidmatan analisis, perkhidmatan ADME/PK, perkhidmatan toksikologi keselamatan/ bukan GLP dan model genetik. PCO bekerjasama dengan pelanggan dalam industri farmaseutikal daripada syarikat-syarikat besar kepada syarikat permulaan maya. Pasukan pengurusan mereka terdiri daripada Joe Pesek, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama; Richard Peterson, PhD, Ketua Pegawai Keselamatan dan pengasas bersama; Charles V. (Van) Jackson, PhD, pengarah penyelidikan dan Lea Shanahan, pengarah bagi penjagaan haiwan.

"Kami sangat teruja untuk menyertai Crown Bioscience. Industri pembangunan ubat-ubatan kini akan mempunyai satu sumber yang menawarkan model terbaik yang terdapat bagi kedua-dua penyakit kardiovaskular dan metabolik," kata Joseph Pesek, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama PreClinOmics, Inc." Kami teruja di atas peluang pengambilalihan itu yang telah diberikan kepada kita, terutama dengan reputasi yang dimiliki oleh CrownBio dengan pengalaman dan sumber-sumber gobal yang dapat mereka tawarkan kepada pasaran."

Dengan pengambilalihan ini, CrownBio mempamerkan komitmennya untuk memperluaskan jangkauan global mereka sebagai sebuah penyelesaian hujung ke akhir bagi penyelidikan penyakit kardiovaskular dan metabolik, di samping tambahan kepada francais onkologi mereka yang sedia ada. PreClinOmics sudah mempunyai teknologi yang canggih yang menyokong pelbagai reka bentuk kajian, termasuk sindrom metabolik, obesiti, kencing manis, jantung, buah pinggang dan neurologi.

Pengambilalihan itu menambah kepada portfolio CrownBio dengan beberapa model yang  sangat translasi untuk menyaring sebatian secara efektif bagi keberkesanannya dan mengurangkan komplikasi bagi penyakit-penyakit ini. Tidak seperti model-model komersil yang lain, model dalam barisan produk PreClinOmics itu membangunkan permulaan diabetes jenis 2 untuk dewasa dan semua komplikasi diabetes tanpa bergantung kepada mutasi di dalam isyarat leptin. Mutasi dalam gen leptin/ reseptor tidak pernah dikenal pasti sebagai relevan kepada permulaan penyakit manusia.

Nama PreClinOmics tidak akan dibubarkan selepas pengambilalihan itu. Sebaliknya, syarikat itu akan dirujuk sebagai "PreClinOmics, sebuah syarikat milik Crown Bioscience." Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilalihan itu dan komitmen Crown Bioscience ke arah meningkatkan hasil klinikal, sila layari www.crownbio.com.

Maklumat mengenai Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience adalah sebuah syarikat penemuan ubat-ubatan dan penyelesaian pembangunan bertaraf global yang menyediakan platform translasi untuk penyelidikan onkologi termaju dan penyakit metabolik. Dengan satu portfolio yang banyak bagi model dan peranti ramalan yang relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan untuk menyampaikan calon-calon klinikal yang unggul. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.crownbio.com.

Hubungi

SCORR Marketing bagi Crown Bioscience Inc.
Lea Studer, +1-308-237-5567
lea@scorrmarketing.com

Sumber: Crown Bioscience Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.