ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PH MINERS INC. MENGELUARKAN 2 MATAWANG KRIPTO MINER BAHARU

Wednesday 09/03/2016



Dibangunkan untuk Bitcoin dan Litecoin, Miner Baharu Menawarkan Standard Kualiti Tertinggi pada Harga Berpatutan untuk Pengguna

NEW YORK, 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- pH Miners Inc. telah secara rasminya melancarkan dua miner yang amat berkuasa untuk Bitcoin dan Litecoin, dua matawang kripto dalam dunia.

Foto yang mengiringi pengumuman ini disediakan di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6d68cb8c-fc1a-4e77-9a50-a01ad1550c47

Syarikat yang membangunkan miner—Bitcoin Miner 25/TH dan Litecoin Miner 1000MH/s—untuk membolehkan pengguna memproses transaksi digital dengan lebih mudah dan memantau dengan cepat pengeluaran wang syiling digital baharu. Setiap miner dijual pada harga $3,000 dan disediakan bersama-sama semua peralatan yang diperlukan, termasuk unik kawalan, pengabelan dan kotak, menjadikannya cepat dan mudah  disediakan dan dikendalikan.

“Kami amat teruja untuk melancarkan kedua-dua miner matawang kripto baharu ini dan menjadikannya tersedia kepada orang ramai di seluruh dunia,” ujar Eric Franklin, CEO pH Miners. “Keutamaan penting kami ialah untuk memastikan produk kami membolehkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya revolusi matawang digital yang terus berkembang di peringkat global.”

Litecoin Miner 1000 MH/s pH Miner baharu disediakan bersama keupayaan untuk melombong kedua-dua Litecoin dan pelbagai matawang kripto lain di seluruh dunia. Kedua-dua miner telah melalui ujian komprehensif di banyak peringkat proses pengilangannya, memastikan standard kualiti tertinggi yang boleh.

Syarikat tersebut, yang terletak di New York City, mempunyai pasukan pakar sebagai kakitangannya dan telah bekerjasama dengan perkakasan Bitcoin dan Litecoin. Semasa mewujudkan miner matawang kripto, pasukan hanya menggunakan bahan dan komponen, menjadikan produk tersebut tahan lasak dan tahan lama untuk pengguna. ph Miners hanya menerima bayaran dalam Bitcoin, menyediakan waranti tambahan selama 15 tahun untuk meliputi sebarang jenis kegagalan dalam produk, dan menawarkan penghantaran percuma ke mana-mana di dalam dunia melalui UPS atau FedEx.

Populariti Bitcoin dan Litecoin telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu, dengan satu Bitcoin yang bernilai kira-kira $400 A.S. pada masa ini. Litecoin kini bernilai lebih sederhana dengan harga tiga dolar A.S., tetapi telah semakin meningkat sejak pelancarannya pada tahun 2011. Bahkan, peruncit, institusi kewangan dan khalayak awam semakin ramai yang melihat matawang siber ini sebagai alternatif yang menjimatkan berbanding bentuk wang yang lebih tradisional, yang mudah terdedah kepada kejutan sosioekonomi dan politik yang berlaku dengan lebih kerap di seluruh dunia.

pH Miners bertujuan untuk menyampaikan penyelesaian teknologi tinggi untuk melombong matawang kripto secara berkesan dan menguntungkan, menggunakan komponen proprietari berbanding menyumberkannya dari pihak luar.

Kesemua perkakasannya, termasuk cip yang menjalankan minernya, adalah dihasilkan di kemudahan rakan kongsi syarikat di Asia. Ini memberikan pH Miners keupayaan untuk menyenggarakan kualiti sambil menawarkan produknya pada harga yang berpatutan.

Untuk mendapatkan makluamt lanjut tentang pH Miners dan miner matawang kripto baharunya, sila lawati http://www.phminers.com.

 

Eric Franklin 
eric@phminers.com
3475354730

SUMBER : Ph Miners Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.