ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  MIDEA PERKENAL M-SMART YANG DIKEMAS KINI, DENGAN MEMBERI PEMILIK RUMAH KUASA KEPADA GAYA HIDUP PINTAR

Wednesday 09/03/2016



AsiaNet 63723

SHANGHAI, China, 9 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

-- loT Ekosistem berasaskan kediaman yang Pertama untuk menangani Pergerakan Pintar bagi kenderaan yang berhubungan

Midea, sebuah syarikat pembuatan gergasi bagi perlengkapan isi rumah, mengumumkan pada 8 Mac mengenai M-Smart yang telah dikemas kini, iaitu satu 
sistem rumah pintar yang direka untuk kehidupan keluarga pada masa hadapan, pada hari sebelum AWE (Ekspo Perlengkapan & Elektronik Sedunia) 2016, acara yang paling penting dalam industri perlengkapan isi rumah di China.

Ketua Pegawai Teknologi Midea Zack Hu, bersama-sama dengan ketua arkitek M-Smart Li Qiang, masing-masing menjelaskan produk isi rumah pintar Midea, dan ekologi pintar M-Smart, yang mempamerkan strategi kerjasama terbuka, yang membawa kepada satu pengalaman saling berhubungan yang belum pernah terjadi sebelum ini. 

Dengan merangkumi lebih daripada 30 kategori produk, dengan lebih 200 juta unit isi rumah setiap tahun, Midea adalah merupakan pengeluar terbesar di China bagi perlengkapan pengguna. Isi rumah China secara purata mempunyai 2.5 unit produk Midea. Tiga puluh juta produk pintar Midea dijangka dihantar pada tahun 2016. Pasaran rumah pintar boleh mencecah AS$ 100 bilion dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang, sebagaimana yang ditunjukkan oleh kebanyakan kajian pasaran. Dengan penghantaran perlengkapan isi rumah nombor satu di seluruh dunia, Midea mempunyai sumber yang mencukupi untuk mencapai kejayaan di dalam senario rumah pintar mereka dan reka bentuk keperluan pengguna. Dengan menjadi lebih dikenali di seluruh dunia, Midea sedang mengukuhkan diri sebagai sebuah pemimpin teknologi ekologi dengan M-Smart, dan membina sebuah imej sebagai Perkakasan Pintar yang Utama.

Lebih daripada 50 rakan kongsi termasuk Huawei, COFCO, IBM, dan OnStar berada dalam perkongsian itu. Midea juga menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan GM OnStar, yang merupakan perintis kepada ekologi pintar di antara pergerakan pintar bagi kenderaan yang berhubungan dan sistem rumah pintar di China, yang akan merupakan yang pertama kali dilihat dalam generasi Buick LaCrosse yang terbaharu. Ia juga adalah contoh pertama bagi peranti pintar kategori bersilang yang saling berhubungan di China. Sehingga sekarang, Midea M-Smart telah membantu banyak syarikat rumah pintar yang besar mencapai akses terbuka; ini termasuk Huawei, Tencent, Xiaomi, TCL, LeTV dan OnStar dan yang lain-lain, yang membolehkan pengguna untuk menguruskan perlengkapan isi rumah mereka dengan lebih cekap. IBM, Alibaba Cloud, dan Amazon juga membentuk satu perikatan "Band of Brothers" dengan Midea, untuk mewujudkan satu ekosistem perlengkapan isi rumah dan menawarkan perkhidmatan khusus pada sepanjang keseluruhan proses itu, dari sistem operasi kepada penggunaan pintar kategori bersilang, kepada perkhidmatan selepas jualan yang serba canggih.

Untuk maklumat lanjut: http://www.midea.com/global/?mtag=40005.1.7

Sumber: Kumpulan Midea 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.