ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  UNIONPAY INTERNATIONAL MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN QUICKPASS MUDAH ALIH KE LUAR NEGARA - 180,000 TERMINAL POS SIAP SIAGA

Wednesday 09/03/2016



AsiaNet 63724
 
SHANGHAI, China, 9 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Berdasarkan kepada analisis perbelanjaan pelancong China di luar negara, UnionPay International semakin cepat dan tepat mengembangkan perniagaan QuickPass ke luar negara. Hampir 180,000 terminal POS di Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Singapura menerima kad cip UnionPay yang mempunyai penunjuk "QuickPass" dan pelbagai produk mudah alih QuickPass yang dibolehkan. Volum urus niaga UnionPay QuickPass di luar negara meningkat lapan kali ganda pada tahun 2015, dan sedang berkembang dengan pesat pada tahun ini.
 
Pada masa ini, UnionPay adalah satu-satunya organisasi kad antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah alih tanpa sentuh untuk pemegang kad domestik. UnionPay QuickPass menyokong pembayaran tanpa sentuh luar talian oleh telefon mudah alih dan peranti mudah alih yang lain, serta pembayaran dalam talian jarak jauh. Ia merangkumi produk pembayaran mudah alih termasuk HCE dan Apple Pay, dan menyokong pelbagai terminal dan pengendali. Pengguna boleh membayar dengan menggunakan telefon mudah alih secara mudah dan selamat di terminal POS yang mempunyai penunjuk "QuickPass" di luar negara.
 
Berbanding dengan kaedah pembayaran mudah alih yang lain, UnionPay Cloud QuickPass adalah lebih selamat. Ia menyediakan langkah-langkah keselamatan yang pelbagai termasuklah PIN dan token yang dinamik. Nombor kad yang sebenar tidak dipaparkan semasa membuat pembayaran dan maklumat urus niaga dijaga dengan baik oleh pengeluar dan UnionPay.
 
Aplikasi yang banyak dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi yang terdapat pada UnionPay QuickPass telah menarik semakin banyak peniaga di luar negara untuk menawarkan perkhidmatan itu.
 
Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, berkata "UnionPay telah melancarkan Mobile QuickPass bersama-sama dengan bank-bank komersil dan pengeluar telefon bimbit utama di seluruh dunia. Ia mencakupi jenama telefon bimbit yang termasuk Huawei, ZTE dan Apple, dan menyokong pelbagai saluran pembayaran. UnionPay akan mengambil kesempatan daripada rangkaian dan teknologi mereka untuk mempercepatkan pelancaran Mobile QuickPass di luar negara, dan untuk menyampaikan pengalaman pembayaran merentas sempadan yang selamat dan mudah bagi pemegang kad. Ia juga penting bagi UnionPay untuk mengembangkan Cloud QuickPass pada skala yang bersifat global".
 
UnionPay International telah terlebih dahulu menyediakan perkhidmatan Mobile QuickPass dalam pasaran yang sering dikunjungi oleh pelancong China.
 
Australia adalah pasaran luar negara yang mempunyai bilangan terminal Quickpass yang paling banyak. Sebanyak 30% daripada kedai brick & mortar yang menerima kad UnionPay juga menerima QuickPass. UnionPay QuickPass juga adalah jenama yang paling banyak digunakan untuk pembayaran tanpa sentuh di Macau. Sebanyak 90% daripada peniaga yang menerima pembayaran tanpa sentuh turut menerima QuickPass. SOGO, 7-11, SaSa dan Mannings di Hong Kong, pusat beli-belah Doota, GS25 dan Watsons di Korea Selatan, dan banyak saudagar di Taiwan kesemuanya menerima QuickPass.
 
Lebih dua bilion kad cip UnionPay telah dikeluarkan secara kumulatif di seluruh dunia, dan penggunaan relatif adalah memperkayakan. Lebih tujuh juta terminal POS di tanah besar China menyokong pembayaran tanpa sentuh, dan UnionPay mempercepatkan penambahbaikan penggunaan dan latihan juruwang.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.