ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TOTTORI ADAKAN LAWATAN MEDIA KE ATAS PEMBAHARUAN LAPANGAN TERBANG YONAGO KITARO, PERHIMPUNAN MEMPERINGATI SHIGERU MIZUKI

Thursday 10/03/2016



AsiaNet : 63726

SAKAIMINATO, Jepun, 9 Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Wilayah Tottori, yang dikenali sebagai "Kerajaan Manga," mengadakan satu lawatan media  untuk wartawan asing yang bertugas di kawasan Tokyo pada 8 Mac untuk memperkenalkan Lapangan Terbang Yonago Kitaro yang dinaik taraf dan bagi memperingati artis manga mendiang Shigeru Mizuki melalui satu perhimpunan.

Dalam satu majlis untuk meraikan pembaharuan lapangan terbang di Jepun barat itu, hiasan baharu yang berasaskan kepada lukisan oleh Mizuki termasuk karya seni kaca berwarna "Forest of Yokai," "Whale AirShip," satu pemasangan yang digantung di udara, telah dipamerkan.

Ia adalah pembaharuan pertama bagi lapangan terbang itu sejak ia ditukar nama kepada Lapangan Terbang Yonago Kitaro pada tahun 2010 setelah mengambil sempena watak utama manga dan siri anime "GeGeGe no Kitaro" oleh Mizuki. Lapangan terbang itu akan membuka satu laluan baharu yang menghubungkan Wilayah Tottori dan Hong Kong pada bulan Mei atau kemudian.

"Whale AirShip," pemasangan yang berukuran 1.8 meter tinggi, 3.5 meter lebar dan 1.6 meter dalam, menggambarkan Kitaro dan rakan-rakan menunggang Kapal Udara di langit, manakala seni kaca berwarna itu menggambarkan beberapa raksasa Yokai di dalam hutan. Tingkap kaca berwarna berukuran kira-kira 10.2 meter lebar dan 2.8 meter tinggi itu diperbuat daripada kepingan kaca antik buatan tangan dan bahan-bahan lain tradisional dari Eropah yang menjadikan karya seni itu satu gabungan budaya manga Jepun dan tradisi Eropah, mengikut wilayah itu.

"Saya berharap para pengunjung dari seluruh negara dan dari seluruh dunia akan menghargai objek seni yang baharu itu di lapangan terbang serta pemandangan dan tarikan lain di kawasan itu yang disukai oleh Encik Mizuki," kata Gabenor Tottori Shinji Hirai.
Gabenor itu juga memberitahu para peserta lawatan itu bahawa manga dan anime adalah merupakan tarikan utama Jepun bagi pengunjung asing dan wilayah itu, yang merupakan kampung halaman bagi pelbagai artis manga, akan terus mempromosikan rantau itu melalui mereka, selepas majlis tersebut.

Rakan media itu juga menghadiri satu majlis perhimpunan untuk memperingati Mizuki di Sakaiminato, kampung halamannya, yang disertai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan, termasuk penulis misteri Jepun yang terkenal Natsuhiko Kyogoku yang berkongsi memori beliau mengenai Mizuki dalam dialog dengan anak perempuan Mizuki.

Selepas perhimpunan peringatan itu, isteri Mizuki Nunoe Mura memberitahu pemberita, "Saya masih merindui beliau pada setiap hari. Mizuki mesti sangat gembira kerana karya-karya beliau menyumbang kepada memberi tenaga dan kekuatan untuk bandar raya Sakaiminato. "

Sumber: Kerajaan Wilayah Tottori

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.