ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "PAMERAN MENGALAMI GUNUNG FUJI DAN BUNGA SAKURA"

Monday 14/03/2016



Melahirkan Kecantikan Jepun melalui Lakuer, Fotograf dan Kesenian Gambar Kertas Jepun

TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk "Pameran Mengalami Gunung Fuji dan Bunga Sakura" yang memaparkan pelbagai lakuer, fotograf dan kesenian gambar kertas Jepun pada April, 2016. Di samping itu, 11 buah restoran di hotel itu akan menyediakan kepada tetamu dengan makanan yang disediakan khas yang menggambarkan tema ketibaan musim bunga melalui imej Gunung Fuji dan bunga sakura. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, satu pelan penginapan khas termasuk penginapan semalaman dan satu hidangan khas makan malam SAKURA yang menggabungkan makanan tradisional Jepun sushi, tempura dan shabu-shabu akan dihidangkan kepada pengunjung luar negara.

30 barangan kesenian lakuer yang dipadankan dengan Gunung Fuji dan bunga sakura yang menggabungkan teknik lakuer dan bertatahkan emas, dan dibuat oleh artis lakuer yang menggayakan Wajima - Katsuhiko Urade dan Yuji Tomoda, dan 20 gambar Gunung Fuji dan  bunga sakura dari koleksi Muzium Kesenian Kawaguchiko akan dipaparkan. Di samping itu, 10 barang kesenian gambar kertas Jepun yang direka halus yang menggambarkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura juga akan dipaparkan. Pameran itu adalah satu acara percuma yang dianjurkan di lobi yang dibuka kepada kesemua pengunjung.
Di samping itu, 11 buah restoran dan ruang istirehat di Keio Plaza Hotel termasuk restoran masakan Jepun, Perancis & Itali, Cina dan Korea akan menyediakan menu-menu khas yang melambangkan ketibaan musim bunga dan mencerminkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura.

Keio Plaza Hotel (KPH) telah menjadi tuan rumah bagi acara Gunung Fuji sejak ia didaftarkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013, dan makanan mereka telah mendapat sambutan baik daripada para tetamu pada setiap tahun. Keio Plaza Hotel terletak di Shinjuku, yang juga merupakan titik permulaan bagi mereka yang membuat perjalanan untuk melawat Gunung Fuji dari Tokyo, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelawat daripada lebih 100 buah negara yang berlainan. Oleh yang demikian, hotel kami telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk memaklumkan kepada tetamu asing, yang merupakan lebih 70% daripada jumlah kesemua tetamu, mengenai budaya, seni dan keindahan alam semula jadi Jepun termasuk Gunung Fuji, yang mempunyai pengaruh besar bagi semua aspek di Jepun, dan tema bunga sakura yang menceritakan tentang ketibaan musim bunga.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: : http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51297775&lang=en   

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.