ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PH MINERS INC. LANCAR MINER KRIPTO-MATA WANG KUALITI TINGGI UNTUK BITCOIN, LITECOIN

Monday 14/03/2016



Syarikat menawarkan diskaun kepada pelanggan yang memesan lebih daripada dua unit pada satu masa

NEW YORK, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dua miner kripto-mata wang daripada pH Miners Inc. memudahkan pengguna untuk memproses transaksi digital dan mengesan pengeluaran syiling digital baharu.

Foto yang mengiringi pengumuman ini disediakan di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2ffe3690-7578-476a-88b0-86948c274a33.

Miner yang amat berkuasa telah dibangunkan untuk Bitcoin dan Litecoin, dua daripada mata wang siber paling terkenal dalam pasaran global. pH Miners juga menawarkan diskaun istimewa kepada pelanggan yang membeli lebih daripada dua unit pada satu masa.

“Ini merupakan saat yang menarik dalam pasaran kripto-mata wang dan ia adalah peluang besar bagi kami untuk mengeluarkan dua miner ini kepada orang ramai di seluruh dunia,” ujar Eric Franklin, Ketua Pegawai Eksekutif pH Miners. “Nilai dan populariti Bitcoin dan Litecoin juga telah meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, dan semakin ramai orang, institusi kewangan dan organisasi melihatnya sebagai alternatif yang berdaya maju berbanding mata wang tradisional yang dicipta oleh kerajaan. Selepas usaha gigih daripada pasukan, kami berbesar hati untuk melancarkan miner mata wang siber yang inovatif ini.”

Bitcoin Miner 25TH/s memberi keupayaan kepada individu untuk memproses transaksi digital dengan pantas dan cekap, dapat memantau syiling digital baharu dengan lebih mudah. Ia dijual pada harga runcit $3,000, menyediakan segala-galanya yang diperlukan oleh pengguna untuk mengendalikan miner merangkumi kabel, selongsong dan unit kawalan. Oleh sebab demikian, unit ini boleh disediakan dan dikendalikan dengan pantas dan mudah.

Litecoin Miner 1000MH/s menawarkan keupayaan yang sama, dan ia juga membenarkan pengguna untuk memperdagangkan kedua-dua Litecoin dan pelbagai mata wang siber lain pada skala global. Seperti Bitcoin Miner 25TH/s, ia telah melalui ujian menyeluruh merentasi pelbagai peringkat proses pembuatan, membenarkan pH Miners memastikan tahap kualiti dan jaminan yang terbaik.

pH Miners Inc. yang berpengkalan di New York, menggunakan komponen dan bahan terbaik dalam menghasilkan miner kripto-mata wang yang sangat berkesan. Ini menjadikannya sebagai produk syarikat yang sangat tahan lama dan berkekalan, disokong oleh kepakaran pasukan pakarnya yang mempunyai pengalaman bekerja dengan perkakasan Litecoin mahu pun Bitcoin.

pH Miners hanya menerima bayaran di Bitcoin dan menyediakan penghantaran ke mana-mana tempat di seluruh dunia—melalui FedEx atau UPS—tanpa caj tambahan. Minernya juga dilengkapi jaminan lanjutan selama 15 tahun.

Yang paling utama, pasukan di pH Miners juga berhasrat untuk memanfaatkan komponen-komponen proprietarinya bagi menawarkan penyelesaian teknologi tinggi untuk memperdagangkan mata wang siber yang menguntungkan. Daripada semua perkakasannya, merangkumi cip yang mengendalikan minernya, dihasilkan di fasiliti rakan kongsi syarikat di Asia, membolehkan pH Miners menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan juga mampu dimiliki.

Pelanggan boleh mengetahui lebih lanjut tentang diskaun selepas membuat pembelian dan bercakap dengan anggota pasukan pH Miners. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat dan produknya yang baru dilancarkan, sila lawati http://www.phminers.com.

Sila ajukan pertanyaan kepada: 
Eric Franklin, pH Miners Inc. 
eric@phminers.com


SUMBER : Ph Miners Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.