ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  TIFF UMUM WATAK UTAMA DAN BUTIRAN MENGENAI PENERBITAN FILEM OMNIBUS "ASIAN THREE-FOLD MIRROR 2016" DIDEDAHKAN

Monday 14/03/2016



AsiaNet 63755 

TOKYO, 14 Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pusat Asia Yayasan Jepun dan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) mengumumkan pada 14 Mac watak-watak utama untuk projek penerbitan bersama filem omnibus "Asian Three-Fold Mirror," yang telah dilancarkan pada tahun 2014, sebagai sebahagian daripada kerjasama di antara Pusat itu dan TIFF. Projek itu bertujuan mengukuhkan interaksi di antara negara-negara berjiran di Asia, serta memperkayakan pemahaman budaya dan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk mempertimbangkan identiti dan cara hidup mereka sebagai individu di Asia.

(Foto:http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201603118811/_prw_OI1fl_4B62Y7g1.jpg)

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tiga pengarah berbakat dari Asia telah dipilih untuk menyumbangkan bab-bab kepada lelaran pertama bagi "Asian Three-Fold Mirror": Brillante Ma. Mendoza (Filipina), Isao Yukisada (Jepun) dan Sotho Kulikar (Kemboja).

Ia telah mengesahkan bahawa pelakon Filipina terkenal Lou Veloso akan membintangi dalam episod Mendoza, dan seorang daripada pelakon Jepun yang paling terkenal, Masahiko Tsugawa, akan membintangi dalam bab Yukisada, bersama-sama dengan pelakon Jepun Masatoshi Nagase dan pelakon Malaysia Sharifah Amani. Pelakon Jepun Masaya Kato dan pelakon Kemboja Chumvan Sodhachivy akan muncul di dalam episod oleh Kulikar. Protagonis bagi setiap bab adalah sebuah kehidupan Asia di negara-negara Asia yang berlainan, yang membolehkan para pengarah untuk menzahirkan visi mereka sendiri yang unik dan merakamkan filem di lokasi di Asia dan untuk mewujudkan sebuah filem omnibus. Para pengarah akan membuat rakaman di Jepun, Filipina, Kemboja dan Malaysia dari Februari hingga April 2016, diikuti dengan pasca penerbitan di makmal yang dipandang tinggi di Asia, Imagica South East Asia, di Malaysia pada musim panas tahun 2016.

Filem omnibus itu akan mengadakan tayangan perdana dunia pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29, yang akan diadakan dari 25 Oktober hingga 3 November, 2016, dan kemudian akan ditayangkan di litar festival filem antarabangsa.

Laman Sesawang Rasmi:
Pusat Asia Yayasan Jepun:    http://jfac.jp/en/
Festival Filem Antarabangsa Tokyo:  http://tiff-jp.net/en/

Penerbitan Filem Omnibus: "Asian Three-Fold Mirror"

"Asian Three-Fold Mirror” adalah satu siri filem kerjasama di antara Pusat Asia Yayasan Jepun dan Festival Filem Antarabangsa Tokyo, yang membawa bersama tiga orang pengarah yang berjaya dari negara-negara Asia, termasuk Jepun. Sama seperti cermin tiga sudut, filem-filem omnibus akan mencerminkan masyarakat dan budaya di Asia pada hari ini daripada tiga sudut yang berbeza, dengan menonjolkan visi unik bagi setiap pengarah itu.

Sumber: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.