ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  NTT COMMUNICATIONS LANCAR PROGRAM BAHASA JEPUN DALAM TALIAN UNTUK MENGAJAR PERBUALAN BAHASA JEPUN SECARA PRAKTIKAL KEPADA KAKITANGAN DI PEJABAT-PEJABAT LUAR NEGARA DENGAN MENGGUNAKAN PANGGILAN VIDEO

Tuesday 15/03/2016



Tempoh pengajian selama 45 minit boleh diperolehi dari serendah 1,250 JPY dengan menggunakan perkhidmatan persidangan berkualiti tinggi yang memanfaatkan kelebihan NTT Com
 
TOKYO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah perniagaan penyelesaian ICT dan perhubungan antarabangsa di dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan, berkuatkuasa serta merta, VLJ Online Japanese Conversation atau Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ, iaitu satu perkhidmatan pembelajaran perbualan Bahasa Jepun melalui panggilan video, sebagai satu produk baharu Pembelajaran secara Pandangan Bahasa Jepun atau Visual Learning .Japanese (VLJ), perkhidmatan mempelajari Bahasa Jepun berasaskan awan dengan menggunakan aplikasi pembelajaran laman sesawang dan telefon pintar.
 
Imej kelas Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ
 
Kelebihan:
Berdasarkan kepada pengetahuan tatabahasa Bahasa Jepun yang diajar oleh kursus Asas e-pembelajaran VLJ sebagai satu premis, Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ mengamalkan gaya belajar "pembelajaran yang disesuaikan" yang menggabungkan pembelajaran pengetahuan tatabahasa dan pelajaran perbualan dalam talian melalui lakon peranan secara praktikal. Perkhidmatan ini menawarkan pelajaran secara bersemuka melalui panggilan video, yang menempatkan seorang guru yang disahkan daripada sebuah sekolah bahasa Jepun yang ternama bekerjasama dengan VLJ terutamanya Shinjuku Japanese Language Institute (SNG). VLJ menggunakan Kaedah Ezoe, iaitu satu kaedah pengajaran yang berinovatif yang membolehkan pendatang baharu kepada bahasa Jepun dengan cepat memahami ciri-ciri yang sukar bagi bahasa itu. Kaedah Ezoe itu dicipta oleh Pengetua SNG  Takahide Ezoe.
 
(1)    Pelajaran yang berkualiti tinggi walaupun di luar negara, bersamaan dengan sekolah-sekolah bahasa di Jepun
Menawarkan perkhidmatan persidangan web berkualiti tinggi Persidangan Web Arcstar milik NTT Com sebagai satu platform, perkhidmatan itu menghubungkan pelajar yang berada di kawasan terpencil dengan guru-guru asli Bahasa Jepun yang berada di Jepun. Para pelajar boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka yang diperlukan dalam situasi perniagaan dengan menggunakan pelajaran yang ditumpukan kepada pengucapan praktikal, yang bersamaan dengan yang diadakan di SNG.
 
(2) Penggunaan satu pelajaran 45 minit pada kos yang rendah, dari 1,250 JPY
Satu kursus bagi pelan standard yang direka untuk disiapkan apabila pelajar mengambil dua pelajaran 45 minit (secara keseluruhan selama 90 minit) sekali seminggu selama enam bulan (jumlahnya sebanyak 24 kali), oleh itu walaupun ahli perniagaan yang sibuk boleh belajar Bahasa Jepun dengan kadar selesa. Masa dan bilangan pelajaran boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap pelanggan. Dalam kes sebuah kelas yang mempunyai enam orang pelajar di luar negara, perkhidmatan itu menawarkan satu pelajaran 45 minit dengan kadar 1,250 JPY, atau kira-kira 11 USD, bagi setiap orang.
 
(3) Pelajaran secara kerap diadakan untuk mengelakkan pelajar daripada berputus asa
Pembelajaran pencapaian bagi bahan pendidikan pembelajaran sendiri termasuk e-pembelajaran banyak bergantung kepada motivasi pelajar itu sendiri, oleh itu kadar penyiapan yang agak rendah itu telah menjadi satu isu oleh mereka yang memikul tanggungjawab untuk pendidikan. Pelajaran Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ diadakan secara berkala sebagai satu latihan di mana peserta berkumpul pada masa yang dijadualkan, oleh itu kadar penyiapan pengajian akan menjadi lebih tinggi melalui guru tindakan susulan yang bersesuaian oleh guru dan usaha kerjasama dengan rakan sekerja.


 
Gambaran Keseluruhan bagi Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ
Kandungan Latihan perbualan melalui 96 kelas berdasarkan kepada siri VLJ Asas dan lakon peranan praktikal
* Pada masa ini bersamaan dengan tahap Ujian Kemahiran Bahasa Jepun (JLPT) N5 sahaja
Struktur Standard Dua bahagian pelajaran selama 45 minit (90 minit secara keseluruhan) sekali seminggu
Tempoh Pembelajaran
Standard
 Enam bulan (24 kali)
Peserta 4 hingga 6 orang bagi setiap kelas
Bahan Pendidikan Bahan pendidikan pembelajaran sendiri VLJ (buku teks, laman sesawang pembelajaran, aplikasi pintar)
Cara kelas Pembelajaran campuran
Bayaran Untuk satu kursus (48 pelajaran secara keseluruhan, bagi 1 orang)
Dari Luar Negara: 60,000 JPY, atau kira-kira 531 USD (tidak termasuk cukai)
Dari dalam Jepun: 90,000 JPY, atau kira-kira 796 USD (tidak termasuk cukai)
*Permohonan bagi VLJ Asas diperlukan secara berasingan.

Bersama-sama dengan pengembangan bahan-bahan pendidikan pembelajaran sendiri itu termasuk bagi kursus asas, pembelajaran surat Bahasa Jepun melalui penyurihan, kursus peringkat atasan yang bersamaan dengan tahap JLPT N4 dan N3, NTT Com akan mengembangkan pelbagai pelajaran Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ. Di samping itu, NTT Com akan memperluaskan bilangan guru Bahasa Jepun bersama-sama dengan meningkatkan bilangan pelajar perbualan dalam talian. Dengan memanfaatkan kelebihan bahawa guru juga boleh mengambil bahagian dalam satu-satu pembelajaran dari pelbagai lokasi, NTT Com akan juga menyumbang untuk merealisasikan gaya kerja yang pelbagai termasuk suri rumah dan mereka yang sudah lanjut usia sebagai guru Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ.
 
Latar Belakang
NTT Com telah menawarkan VLJ Asas, yang membolehkan ahli perniagaan bukan rakyat Jepun untuk belajar sendiri Bahasa Jepun secara dalam talian dengan berkesan, dari Julai 2015. Perkhidmatan itu amat dipandang tinggi sebagai satu program latihan Bahasa Jepun bagi kakitangan bukan rakyat Jepun di syarikat dan institusi Jepun di peringkat global yag semakin berkembang. NTT Com juga telah melancarkan satu perkhidmatan persekolahan pilihan untuk menghantar guru-guru bahasa Jepun dan menawarkan latihan bagi perbualan praktikal. Ramai pelanggan telah meminta perkhidmatan itu agar dapat disediakan secara dalam talian daripada lokasi terpencil dan lokasi pelbagai. Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ membolehkan pekerja bukan rakyat Jepun di luar negara atau pelbagai pejabat di kawasan jauh untuk mengambil pelajaran oleh guru penutur Bahasa Jepun di Jepun, sekali gus memenuhi keperluan lebih pelbagai dalam membangunkan tenaga kerja Jepun.
 
Halaman Web Yang Berkaitan:
Visual Pembelajaran Bahasa .Jepun: http://www.ntt.com/vlj_e/
Persidangan Web Arcstar: http://www.ntt.com/a_webc_e/
 
Siaran akhbar NTT Com yang diterbitkan pada 21 Julai, 2015: NTT Communications Menambahkan Program Pembelajaran Sendiri kepada Pengajian Bahasa Jepun berasaskan Awam "Pembelajaran Visual Bahasa .Jepun": http://www.ntt.com/aboutus_e/news/data/20150721.html

Siaran akhbar NTT Com yang diterbitkan pada 31 Oktober, 2013: NTT Communications Lancar Perkhidmatan Awam Untuk Pendidikan Bahasa Jepun: http://www.ntt.com/aboutus_e/news/data/20131031.html

* Harga dalam siaran akhbar ini dikira pada kadar 113 JPY bagi satu dolar Amerika Syarikat
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaraan perusahaan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 utama global, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 130 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications menggerakkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data dan NTT DOCOMO dan NTT DATA.
http://www.ntt.com/index-e.htmlTwitter@NTT Com Facebook@NTT Com LinkedIn@NTT Com
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51299476&lang=en
 
Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
Encik Tetsuya Jinno / Encik Shu Nishioka
Perkhidmatan Aplikasi & Kandungan
vlj_office@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita  dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160314005530/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.