ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PH MINERS INC. TAWAR BITCOIN BARU, MINER MATA WANG SIBER LITECOIN

Wednesday 16/03/2016



Pelanggan yang membeli produk kini boleh menerima empat miner untuk harga tiga miner

NEW YORK, 16 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- pH Miners Inc. telah melancarkan secara rasmi dua miner mata wang sibernya untuk Bitcoin dan Litecoin, dan menawarkan tawaran istimewa untuk pelanggan yang membuat pembelian sekarang.

Syarikat ini yang berpangkalan di New York City, memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima empat  miner kripto-mata wang pada harga tiga miner—satu nilai hebat dengan mengambil kira produk tersebut telah pun lebih mampu dimiliki berbanding miner paling berkualiti lain dalam pasaran. Pelanggan perlu merujuk kepada pasukan pH Miners untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran tersebut.

“Pasaran mata wang siber sentiasa berkembang dan berubah-ubah, dan kami amat teruja untuk menawarkan dua miner baru paling berkualiti tinggi dan mampu dimiliki oleh  orang awam,” ujar Eric Franklin, Ketua Pegawai Eksekutif pH Miners Inc. “Kini, kami memberi keupayaan kepada pelanggan untuk menerima penjimatan lebih tinggi ke atas miner-miner ini. Ia merupakan peluang besar bagi  mereka yang ingin memperdagangkan mata wang digital mereka secara tetap.”

Miner mata wang siber baru daripada pH Miners Inc. merangkumi Bitcoin Miner 25TH/s, yang membenarkan pengguna untuk memproses transaksi digital dengan lebih cekap dan berkesan serta mengesan syiling digital baru yang memasuki pasaran. Harga miner di pasaran adalah $3,000 dan merangkumi segala-galanya yang diperlukan oleh pengguna untuk menyediakan dan mengendalikannya dengan mudah, termasuk unit kawalan, perkabelan dan selongsong.

Mata wang siber yang juga boleh didapati daripada syarikat yang sedang berkembang maju ini ialah Litecoin Miner 1000MH/s, yang menyediakan banyak ciri-ciri yang sama seperti miner Bitcoin, bersama-sama dengan keupayaan untuk memperdagangkan Litecoin dan beberapa kripto-mata wang lain di seluruh dunia. Kedua-dua produk ini telah menjalani ujian dan analisis komprehensif sepanjang proses pembuatannya, yang bermakna ia menyampaikan tahap kualiti yang tiada tandingan buat pengguna.

Bitcoin dan Litecoin merupakan dua daripada mata wang siber paling terkenal di dunia, bersama dengan Bitcoin tunggal yang bernilai secara kasar pada $400 Dolar Amerika pada masa ini. Litecoin, untuk bahagiannya, bernilai lebih sederhana pada $3 Dolar Amerika, tetapi nilainya terus meningkat. Individu, organisasi dan institusi kewangan di seluruh dunia mengambil berat terhadap mata wang siber ini, kerana ia sebenarnya lebih selamat berbanding bentuk wang sandaran kerajaan yang sudah lama digunakan.

Dalam membangunkan produk-produknya, pH Miners menggunakan bahan dan komponen kualiti yang terbaik sahaja, dan ia telah direka untuk tahan lama dan sangat berkesan. Pasukan syarikat mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bekerjasama rapat dengan perkakasan Litecoin dan juga Bitcoin, dan ia memantau dengan teliti proses pembuatan di fasiliti rakan kongsinya di Asia.

pH Miners menerima pembayaran dalam Bitcoin sahaja dan memberikan jaminan selama 15 tahun bagi setiap miner mata wang sibernya. Ia juga menawarkan penghantaran percuma kepada mana-mana tempat di dunia melalui perkhidmatan UPS atau FedEx.

Untuk maklumat lanjut tentang dua miner kripto-mata wang baru ini dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran istimewa syarikat, sila lawati http://www.phminers.com.

Sila ajukan pertanyaan kepada:
Eric Franklin, pH Miners Inc. 
eric@phminers.com

SUMBER : Ph Miners Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.