ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  GLOBAL SWITCH DAN BRUCE SHAW BEKERJASAMA DALAM PERINGKAT AKHIR PUSAT DATA SYDNEY TIMUR

Friday 18/03/2016



SYDNEY, Mac 18 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Switch, pemilik dan operator terkemuka dalam awan berskala besar dan pembawa ruang neutral pusat data di Eropah dan Asia Pasifik, dan Bruce Shaw, sebuah firma perundingan pembinaan multinasional, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menjalin kerjasama buat kali kedua pada pembinaan dua peringkat terakhir bagi pusat data Sydney Timur. Bruce Shaw menyediakan perkhidmatan pengurusan kos sepenuhnya di peringkat pertama Sydney Timur yang menerima Penarafan pingat emas dalam Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED), dan mereka akan terus berbuat demikian pada peringkat akhir projek ini. Pusat data baharu itu terletak di kampus Sydney  Global Switch (1.5 km dari pusat CBD) dan akan akhirnya meliputi 73,000 m2, dengan kapasiti tenaga utiliti 83 MVA.

Pembangunan Global Switch Sydney Timur menangani permintaan daripada sebilangan besar syarikat-syarikat terkemuka multinasional untuk ruang yang sangat berdaya tahan dan selamat bagi misi perumahan peralatan IT kritikal, serta akses secara langsung kepada satu rangkaian padat dan pembawa kependaman rendah dan ekosistem awan yang neutral. Kampus Sydney Global Switch berfungsi sebagai nod utama bukan hanya untuk Sydney dan Australia tetapi, dari segi perhubungan dan perkhidmatan, sebagai hab utama bagi rantau Asia Pasifik secara keseluruhannya.

Bruce Shaw dianggap secara meluas sebagai mempunyai pengetahuan domain dan kepakaran yang mendalam dalam pusat-pusat data secara global dan tempatan yang membolehkan mereka untuk membawa satu pemahaman yang menyeluruh kepada projek ini, bukan sahaja cara bagaimana pusat data berfungsi dan ditempatkan bersama-sama, tetapi juga melalui penanda aras kos pusat data merentasi ke seluruh benua, perolehan yang paling sesuai dan strategi kontrak di kawasan-kawasan ini, pengetahuan terperinci mengenai pasaran tempatan di sekitar AE, CM, GC dan faktor-faktor risiko dan pengalaman perancangan mitigasi.

Damon Reed, Pengarah Urusan Global Switch di Sydney berkata, "Kami memilih untuk memperluaskan perhubungan kami dengan Bruce Shaw dari Peringkat 1 hingga ke Peringkat 2 dan 3 kerana pasukan mereka sentiasa memenuhi dan melebihi jangkaan kami dari segi kualiti kerja, ketepatan, fleksibiliti dan ketepatan masa dalam penghantaran. Mereka menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan dalam skop projek jika diperlukan dan adalah merupakan wakil bebas yang boleh dipercayai bagi Global Switch dengan satu keupayaan unik untuk berkomunikasi dengan baik dan menyelaraskan usaha mereka merentasi pelbagai disiplin projek. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sangat baik yang mereka boleh menggunapakai secara lancar untuk merealisasikan penjimatan kos dan kecekapan pada projek-projek kami."

"Bruce Shaw pada masa ini sedang mengusahakan 115 projek pusat data dalam pelbagai peringkat pembangunan merentasi empat buah benua. Pengalaman ini memberikan kami persepsi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini kepada cabaran pemilik/ penghuni, pembekal kolokasi, pembekal telekomunikasi dan pengguna akhir yang menghadapi masalah menyiapkan infrastruktur kritikal mereka tepat pada masanya dan dalam lingkungan bajet yang ditetapkan dan menjadikan kami satu daripada pakar terkemuka dalam bidang ini. Kami amat berbesar hati untuk dapat memasukkan Global Switch sebagai pelanggan yang diraikan dalam unit perniagaan pusat data kami dan bagi menawarkan kepada mereka dengan pasukan pakar di Sydney dengan satu campuran unik iaitu pengalaman pusat data dan pengetahuan tempatan." kata John Carleton, Pengarah Australia dan New Zealand, Bruce Shaw.

Peringkat 2 projek pembinaan ini telah bermula dan akan disiapkan pada Suku Kedua tahun 2017.

Maklumat mengenai Global Switch

Global Switch adalah penyedia pusat data neutral dan pembawa berskala besar yang terkemuka di Eropah dan Asia Pasifik dan adalah merupakan sebuah syarikat Reuben Brothers (lihat www.reubenbrothers.com). Ditubuhkan pada tahun 1998, syarikat itu telah memegang rekod yang tiada tandingan dalam menyampaikan penyelesaian yang terbaik dalam kelasnya. Global Switch merupakan sebuah rakan penting dan strategik bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pusat data yang selamat dan berdaya tahan dengan kapasiti berskala dan perkhidmatan pelanggan yang tinggi. Tumpuan Syarikat itu adalah kepada daya tahan yang tinggi, berpusat, kependaman rendah, rangkaian lokasi padat di lokasi-lokasi pusat bandar utama dan hab internet yang berhampiran dengan pelanggan mereka di pinggir daerah kewangan dan perniagaan. Ia hadir di lapan pasaran iaitu Amsterdam, Frankfurt, Hong Kong, London, Madrid, Paris, Singapura dan Sydney. Pusat-pusat data itu pada masa ini berjumlah kira-kira 300,000 meter persegi (3,200,000 kaki persegi) dari segi ruang lantai dan dihuni oleh pelbagai pelanggan, global dan nasional, besar dan kecil termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan, institusi kewangan, perusahaan, pembekal perkhidmatan awan, integrator sistem global, pengendali telekomunikasi, pembekal perkhidmatan terurus dan perniagaan hos yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.globalswitch.com

Maklumat mengenai Bruce Shaw

Bruce Shaw adalah sebuah firma perundingan pembinaan multinasional yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun, menyediakan perkhidmatan kos dan perundingan am kepada industri pembinaan. Bruce Shaw bekerjasama dengan pelanggan Tier One di pelbagai sektor termasuk Komersil, Pusat Data, Sains Hayat, Farmaseutikal, Industri, Kediaman, Kesihatan dan Peruncitan. Pasukan projek pakar Bruce Shaw, masing-masing dengan kemahiran dan pengalaman tertentu, menyediakan penghantaran projek yang lebih cepat, kecekapan kos dan nilai maksimum yang lebih tinggi untuk pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bruceshaw.com

Hubungi
Global Switch:
Damon Reid
Pengarah Urusan, Sydney
+61 (0)29566 7001, dreid@globalswitch.com
atau
Ali Ballantine
Pengarah Kumpulan Pemasaran & Perhubungan
+44 (0)20 7802 5154, aballantine@globalswitch.com
atau
John Carleton
Pengarah Australia/New Zealand
Bruce Shaw
Tel: +61 (410) 713 569
atau
Naomi Carroll
Pemasaran Korporat
Tel: +353 1 6614711
E-mel: naomi.carroll@bruceshaw.com

Sumber: Bruce Shaw

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160317005169/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.