ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF WESTINGHOUSE MENYANGKAL LAPORAN BLOOMBERG

Friday 18/03/2016



PITTSBURGH, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Westinghouse Danny Roderick hari ini mengeluarkan kenyataan berikut untuk menyangkal artikel Bloomberg News yang membayangkan bahawa kewangan Westinghouse kini di bawah siasatan kerajaan.

"Westinghouse menyangkal dengan sekeras-kerasnya laporan Bloomberg baru-baru ini yang mendakwa syarikat itu bermungkinan sedang disiasat oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk berita dan artikel itu ternyata tidak tepat daripada segi fakta dan dibuat secara melulu.

"Tidak ada apa-apa yang baharu dalam artikel itu. Westinghouse selama ini telah telus dan bekerjasama dengan jawatankuasa siasatan bebas. Menurut laporan bebas itu yang dipetik dalam artikel tersebut, tiada penyelewengan perakaunan telah ditemui di dalam perakaunan Westinghouse. Buat pengetahuan kami, laporan kewangan Westinghouse tidak berada dalam penyiasatan.

"Bloomberg telah menjejaskan imej kewartawanan dan kebebasan bersuara dengan memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan dan membuat spekulasi. “Laporan" yang lemah ini mempunyai kesan yang dramatik kepada pemegang saham Toshiba dan pelanggan Westinghouse di seluruh dunia."

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Westinghouse Electric Company dan sejarah inovasi kami selama 130 tahun, sila layari www.westinghousenuclear.com .

Hubungi
Westinghouse Electric Company
Courtney Boone, +1 412-374- 2707
Pengarah, Perhubungan Media dan Hal Ehwal Awam
booneca@westinghouse.com


Sumber: Westinghouse Electric Company

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160317006315/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.