ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PERNIAGAAN YANG BAHARU DITUBUHKAN DARI BELANDA SALEDUCK MEMBUKA PEJABAT DI KUALA LUMPUR

Friday 18/03/2016



AMSTERDAM, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat yang baharu ditubuhkan dan amat berjaya Saleduck, kini telah membuka sebuah pejabat di Asia. Saleduck, yang beribu pejabat di Amsterdam dan dikenali kerana membantu berjuta-juta pengguna mencari tawaran dalam talian, memasuki pasaran global dengan rasa penuh yakin selepas berkembang ke lapan buah negara Eropah pada tahun 2015.

"Dengan jumlah saiz pasaran sebanyak 770 bilion dolar, pasaran e-dagang Asia adalah yang terbesar di dunia. Di samping itu, kadar pertumbuhan pasaran sebanyak 44% adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan benua lain. Oleh itu, ia adalah satu keputusan yang mudah untuk mengembangkan perniagaan kami ke Asia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Domingo Karsten.

Di pejabat Kuala Lumpur, Saleduck Asia Sdn Bhd akan bermula dengan 12 orang pekerja. Pasukan itu terdiri daripada bakat-bakat tempatan yang terdiri daripada kalangan profesional pemasaran dan pemaju web. Secara keseluruhan, Saleduck kini akan diwakili oleh 35 orang pekerja di seluruh dunia. Ketua Pegawai Teknikal Ben Rogmans dan Pengurus Komersil Rosanne Hortensius ditukarkan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur untuk menyelia pelancaran pasukan baharu itu. Pada tahun ini, Saleduck bakal dilancarkan di lima buah negara Asia Tenggara.

Sambutan mesra

Saleduck telah menikmati sambutan yang amat mesra di Malaysia. "Persekitaran untuk syarikat yang baharu ditubuhkan itu adalah cukup baik dan kami amat selesa menjalankan perniagaan di sini. Terutama pada masa sekarang apabila kerajaan telah memberi ganjaran kepada cita-cita kami itu dengan status MSC yang berprestij," kata Ben Rogmans Jr.

Status MSC yang berprestij dan eksklusif itu diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk menawarkan kepada syarikat-syarikat multimedia yang berinovatif dengan manfaat dan faedah perniagaan yang besar. Dengan berbuat demikian, negara ini berharap untuk menjadi Lembah Silikon di Asia Tenggara.

Pada masa ini, platform Saleduck sudah sedia ada di Malaysia dan Singapura, di mana ia bekerjasama dengan syarikat  besar seperti AirAsia, Uber dan Groupon.

Setakat ini, Saleduck adalah dibiayai secara sendiri. Walau bagaimanapun buat kali pertamanya, syarikat itu kini dibuka untuk pelabur-pelabur strategik dalam usaha untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan syarikat itu. Pelaburan yang dirancang berjumlah 500,000 euro.

Hubungi

Saleduck
Domingo Karsten, Ketua Pegawai Eksekutif
domingo@saleduck.com
tel. +31622047865
atau
Ben Rogmans, Ketua Pegawai Teknikal
ben@saleduck.com
tel. +60 3 1112208010
atau
Thomas Koponen, Pembangunan Perniagaan
thomas@saleduck.com
tel. +31610913142

Sumber: Saleduck

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160317005494/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.