ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  CALVIN KLEIN AKAN MEMBUAT SIARAN DI PERISCOPE DARI PENERBITAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL MUSIM LURUH 2016 MEREKA

Monday 21/03/2016



Jenama akan Menyediakan Akses Yang Tidak Pernah Dibuat Sebelum ini daripada Set

NEW YORK, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyiarkan elemen-elemen penerbitan kempen pengiklanan multimedia global Musim Luruh 2016 mereka di Periscope semasa proses pembuatan promosi itu.

Bermula hari ini, penonton boleh mengalami penerbitan kempen pengiklanan Calvin Klein Musim Luruh 2016 secara tepat masa pada saluran Calvin Klein di Periscope. Bakat pilihan daripada kempen pengiklanan Musim Luruh 2016 akan dipaparkan melalui siaran itu, dan penonton akan mempunyai akses kepada detik-detik di belakang tabir daripada penggambaran itu.

"Kami amat berbangga untuk memberikan kemasukan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada penggambaran kempen global Musim Luruh 2016 kami kepada pengguna semasa proses penciptaan," kata Melisa Goldie, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Calvin Klein, Inc. "Calvin Klein adalah satu jenama yang hidup subur dalam penceritaan. Ketika industri fesyen mengembangkan pendekatannya kepada penglibatan pengguna, kami percaya bahawa akses secara tepat masa ke dalam kempen pengiklanan Calvin Klein yang ikonik akan menjadi satu cara yang menarik dan berinovatif untuk memberitahu cerita kami kepada anda semua di seluruh dunia. Ia adalah satu keutamaan bagi Calvin Klein untuk merintis inovasi digital dan pemasaran dalam industri fesyen, dan kami berpendapat bahawa Periscope adalah platform yang paling sesuai."

Chris Riedy, Pengarah Jualan Runcit di Twitter, berkata, "Ia amat menarik untuk melihat jenama ikonik seperti Calvin Klein terus mencipta yang lebih baik daripada segi kreatif dari semasa ke semasa. Dengan menggunakan Periscope untuk memberi peminat mereka akses kepada kandungan eksklusif daripada penggambaran Musim Luruh 2016 mereka, Calvin Klein berjaya dalam berhubungan dengan penonton secara langsung dalam cara yang menambat hati dan bertenaga."

Penstriman secara langsung boleh diperolehi pada 18 hingga 20 Mac di periscope.tv/calvinklein dan twitter.com/calvinklein. Kandungan khas daripada penggambaran itu juga akan dikeluarkan pada platform Snapchat dan Instagram Calvin Klein semasa proses penggambaran itu.

Calvin Klein, Inc. adalah sebuah daripada studio reka bentuk fesyen dan pemasaran yang terkemuka di dunia. Ia mereka bentuk dan memasarkan koleksi pakaian wanita dan lelaki dan pelbagai produk lain yang dihasil dan dipasarkan melalui satu rangkaian luas perjanjian pelesenan dan perjanjian lain di seluruh dunia. Barisan produk di bawah pelbagai jenama Calvin Klein termasuk pakaian dan sut wanita, pakaian lelaki dan pakaian yang ditempah khas, pakaian sukan lelaki dan wanita dan pakaian koleksi, pakaian golf, seluar jeans, pakaian dalam, wangi-wangian, kaca mata, pakaian prestasi untuk wanita, hosieri, stokin, kasut, pakaian renang, barang kemas, jam tangan, pakaian luar, beg tangan, barangan kecil kulit, dan kelengkapan rumah (termasuk perabot). Untuk maklumat lanjut, sila layari calvinklein.com.

Dengan satu warisan yang menjangkau lebih 130 tahun, PVH cemerlang dalam mengembangkan jenama dan perniagaan yang kaya dengan warisan Amerika, menjadi sebuah daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 30,000 buah syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dengan lebih daripada $8 bilion dalam pendapatan untuk 2014. Kami mempunyai jenama ikonik Calvin Klein, Tommy Hilfiger, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s dan Olga dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang terkenal yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

* Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Ltd.

KREDIT PENGARANG: Calvin Klein, Alaud Productions

MEDIA SOSIAL: periscope.tv/calvinklein; facebook.com/calvinklein; calvinklein.tumblr.com; google.com/+calvinklein; youtube.com/calvinklein; twitter.com/calvinklein; instagram.com/calvinklein; snapchat.com/calvinklein; show yours. #mycalvins; brand handle: @calvinklein

Hubungi

Calvin Klein, Inc.
Alexandra Wagner, 212-292-9794
Naib Presiden, Perhubungan Korporat
alexandrawagner@ck.com
atau
Amanda Peña, 212-292-9223
Pengarah, Perhubungan Korporat
amandapena@ck.com

Sumber: Calvin Klein, Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160318005091/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.