ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN PENGALAMAN UPACARA MINUM TEH, SEBAGAI RESPONS KEPADA PERMINTAAN OLEH PELAWAT LUAR NEGARA

Tuesday 22/03/2016



TOKYO,22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mula menawarkan kepada pelawat luar negara dan tetamu hotel dengan peluang untuk mengalami upacara minum teh tradisional Jepun di bilik upacara minum teh "Sho-fu-an" yang terletak di tingkat 10 di dalam hotel kami bermula dari 18 April, 2016. Upacara minum teh akan diadakan empat kali sehari, lima hari dalam satu minggu, tidak termasuk hari Khamis dan Ahad. Bayaran sebanyak JPY 2,000 bagi setiap tetamu akan dikenakan untuk mengadakan pengalaman 30 minit upacara minum teh. Upacara minum teh itu juga termasuk penjelasan dalam Bahasa Inggeris mengenai pelbagai perkakasan dan amalan dalam upacara minum teh berkenaan.

Pelawat dari lebih 100 buah negara di seluruh pelusuk dunia, kini mencakupi lebih 70% daripada kesemua tetamu yang menginap di Keio Plaza Hotel Tokyo. Dalam usaha untuk memenuhi permintaan tetamu luar negara, hotel kami menyediakan perkhidmatan percuma Wi-Fi, perkhidmatan pertukaran untuk lebih 12 mata wang asing, pameran kesenian tradisional Jepun, peluang untuk mencuba "kimono" perkahwinan tradisional Jepun, muzik "koto" hap Jepun secara langsung, dan peluang lain untuk mengalami budaya Jepun. Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha ini untuk memaklumkan kepada pelawat luar negara tentang budaya Jepun dan berikutan sambutan yang memberangsangkan mengenai upacara minum teh yang diterima pada masa lalu, hotel kami telah memutuskan untuk mengadakan upacara minum teh secara berjadual. Selain itu, upacara minum teh ini juga disediakan kepada pengunjung yang tidak menginap di hotel kami, kerana Keio Plaza Hotel Tokyo adalah merupakan satu-satunya hotel di kawasan Tengah Tokyo yang mempunyai kemudahan upacara minum teh.

Upacara Minum Teh bagi Pelawat Asing

Tempoh: Diadakan setiap hari kecuali pada hari Khamis dan Ahad
Masa: Diadakan 4 kali sehari (Kira-kira 30 minit)
Caj: JPY 2,000 bagi setiap tetamu
Pengendali Upacara Teh: Sentousai Yano (Profesor, Dainihon Chado Gakkai)

 Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 buah restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang berkualiti tinggi, dan layanan yang mesra. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila menonton atau melayari laman sesawang baharu kami di http://www.keioplaza.com, Facebook, YouTube atau Instagram.

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp


Sumber: Keio Plaza Hotel

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160321005009/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.