ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  KUIS PILIHAN UTAMA PELAJAR LEPASAN SPM, STAM DAN STPM

Tuesday 22/03/2016



KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam di Malaysia yang telah bertapak di Selangor selama 21 tahun. KUIS sentiasa komited untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pusat penyelidikan terbaik yang menekankan Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen).

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat sehenti (one-stop-centre) perkhidmatan pengajian tinggi di rantau Asia, KUIS mengorak langkah dengan penuh yakin untuk menjadi pilihan utama bagi calon pelajar tempatan dan antarabangsa. Pelbagai persiapan telah dan sedang dilaksanakan oleh KUIS melibatkan proses memperkasakan falsafah pendidikannya, memperbanyakkan program akademik berkualiti tinggi, meningkatkan kepakaran pensyarah serta menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mencukupi dalam menuju sebuah universiti pada masa terdekat.

KUIS berpegang kepada motto “Pemangkin Tradisi Ilmu” bagi menggambarkan bahawa hasrat utamanya adalah penyebaran ilmu kepada umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. KUIS menyediakan peluang pengajian tinggi yang terbaik kepada lepasan SPM, STAM dan STPM yang dahagakan ilmu naqli dan aqli sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Harapan KUIS ialah untuk melahirkan insan yang menepati sifat-sifat Da’i, Ulama dan Umara serta berkebolehan memimpin masyarakat Islam (Ummah) dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam.

KUIS menawarkan program akademik yang menyeluruh, dari peringkat Asasi sehinggalah Doktor falsafah. Antara program akademik yang ditawarkan ialah pengajian Islam, pengurusan dan perniagaan, ekonomi dan kewangan Islam, pengajian bahasa, komunikasi, teknologi maklumat, multimedia dan pendidikan. Pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM berpeluang memilih dari sejumlah 5 program asasi, , 25 program diploma, 18 program ijazah sarjana muda dan 3 program pasca siswazah bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi mereka. Semua program KUIS adalah berkualiti tinggi, memenuhi standard yang ditetapkan oleh industri pekerjaan  yang berkaitan dan telah mendapat pengiktirafan dan akreditasi sepenuhnya dari MQA dan dianugerahkan TIER4 ( Sangat Baik) dalam SETARA 13. Buktinya, lulusan KUIS telah diterima baik untuk bekerja dengan sektor awam (Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri) dan sektor swasta tempatan dan antarabangsa.

Demi tanggungjawab mendidik para pelajar dan melahirkan graduan yang berkualiti dan berintegriti, KUIS telah melatih dan menyediakan seramai hampir 350 orang pensyarah pakar yang berdedikasi dalam bidang berkaitan. Mereka bertanggungjawab melaksanakan semua proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta bersedia menyampaikan perkhidmatan pendidikan sepertimana diharapkan oleh para pelajar dan ibu-bapa untuk meramaikan lagi professional muslim yang bersifat Da’i, Ulama dan Umara.

KUIS akan menjadi hub pendidikan Tahfiz dan Qiraat dalam menyediakan pengajian dan pendidikan yang menjurus kepada keilmuan dalam bidang pengajian Al Quran dan melahirkan  para huffaz yang dapat memelihara Al Quran dalam bidang tahfiz dan ilmu qiraat. Program Tahfiz dan Qiraat merupakan program yang pertama di tawarkan di Malaysia dan menjadi pusat melahirkan para Hafiz yang mempunyai kelulusan akademik sesuai dengan keperluan semasa. Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan Tabung Pendidikan  Tahfiz dan Qiraat untuk menaja pelajar tahfiz di peringkat Diploma dan Ijazah yang menuntut di KUIS.

Disamping itu, KUIS sentiasa memberikan perhatian kepada aspek kebajikan pelajar. Kampus KUIS menjanjikan suasana pendidikan yang tenang dan mendamaikan, sesuai untuk semua pelajar menimba ilmu naqli dan aqli sehingga peringkat yang tertinggi. Prasarana utama seperti masjid, asrama kediaman pelajar, bangunan akademik dan perkhidmatan pelajar disediakan dalam kuantiti yang mencukupi dan sentiasa dipertingkatkan kualitinya. Begitu juga dengan yuran akademik  dan  yuran penginapan yang berpatutan bagi memastikan semua pelajar mempunyai capaian yang terbaik bagi mengikuti peluang pengajian tinggi di Malaysia.

KUIS sememangnya menjadi pilihan utama pelajar lulusan SPM, STAM dan STPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana mempunyai falsafah pendidikan yang mantap, program akademik berkualiti tinggi, kepakaran pensyarah yang mencukupi dan prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif.

Penawaran dan Pengambilan pelajar baharu untuk sesi 2015/2016 pada bulan Jun dan November telah rancak dijalankan bagi memastikan peluang melanjutkan pengajian di KUIS akan dapat diteruskan. KUIS terus bersedia memacu kecemerlangan pendidikan ummah di dalam melahirkan para Da’i, Ulama dan Umara. Untuk informasi terkini sila layari laman sesawang KUIS www.kuis.edu.my atau ditalian 03 89117072. Jom Masuk KUIS!

Oleh:
Mokthar Hj. Ismail
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI : 
Nama : Mudzirah Aishah Binti Pawanteh
Tel  : 03 -8911 7002 ext 3507
 / 019-3860121
Emel : mudzirah@kuis.edu.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.