ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  PILIHANRAYA KAMPUS( MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2016/2017 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tuesday 22/03/2016



KUALA LUMPUR 22 Mac (Bernama) -- Setiap tahun sesebuah universiti di Malaysia pasti akan melalui senario pilihanraya kampus bagi pemilihan dan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Peranan pilihanraya kampus adalah bagi memilih barisan kepimpinan mewakili mahasiswa-mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga tidak terlepas dari senario tersebut yang telah berlangsung pada 15 Februari 2016, Isnin, bermula seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang. Proses pilihanraya berjalan dengan lancar dan pengiraan undi tamat jam 9.15 malam, diikuti dengan pengumuman keputusan pilihanraya tepat jam 9.40 malam oleh Ybhg. Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni), Dr. Mokmin bin Basri.

Sebanyak 12 Kerusi Umum dipertandingkan dalam pilihanraya kampus kali ini. Sementara itu, terdapat 6 Kerusi Fakulti dipertandingkan di peringkat Akademi Islam sahaja kerana calon-calon dari Fakulti lain telah menang tanpa bertanding. Pilihanraya Kampus bagi sesi 2016/2017 keseluruhannya telah mencatakan 49.4% iaitu 3822 daripada 7740 pelajar yang keluar mengundi.

Seterusnya, pada tanggal 19 Februari 2016, jam 9.45 pagi, Bahagian Pembangunan Mahasiswa telah mengadakan satu Majlis Bai’atul Amal untuk barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 bertempat di Dewan Senat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Rektor KUIS, Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni) Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) serta Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah Fakulti dan Pusat. Barisan Pimpinan yang baru dilantik ini telah melafazkan Bai’ah yang dipimpin oleh saudara Mohd Faridzul Adha Bin Musa selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a: “…………  Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)”

(Riwayat Bukhari)

Semoga barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 yang telah dilantik akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya, InsyaAllah.

Tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas! Semoga Berjaya!

Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI : 
Nama : Mudzirah Aishah Binti Pawanteh
Tel  : 03 -8911 7002 ext 3507
 / 019-3860121
Emel : mudzirah@kuis.edu.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.