ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  SOFTBANK MENGELUARKAN FILEM WEB MEREKA "PERKHIDMATAN MUDAH ALIH GAYA DISNEY", "MENAMBAHKAN SEDIKIT RASA MAGIK KEPADA KEHIDUPAN HARIAN ANDA," SASARAN 1,200,000 HALAMAN DILIHAT DICAPAI

Tuesday 22/03/2016



AsiaNet : 63776

TOKYO, 18 Mac, 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Filem 90 saat Dibuat dengan Menggunakan Satu Kamera tanpa CG Menunjukkan Wanita Dengan Pantas Menukar Pakaian kepada Apa yang Kelihatan seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Toy Story, Snow White, dan lain-lain. -

SoftBank Group Corp. mengeluarkan satu filem Web bertajuk "Add a little bit of magic to your daily lives" atau “Tambahkan sedikit magik kepada kehidupan harian anda” -- yang bertemakan kepada "Gaya Disney" yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan telefon pintar SoftBank mereka ke dalam dunia Disney -- pada Jumaat, 19 Feb.

Juga pada hari Khamis, 3 Mac, syarikat itu mengeluarkan satu filem pendek, yang menunjukkan bagaimana filem "Add a little bit of magic to your daily lives" dibuat, termasuk rahsia di sebalik adegan seorang wanita menukar pakaian dengan pantas, dan yang mendedahkan bahawa kesemua adegan ini dirakamkan secara terbalik.

(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103696/201603178993/_prw_OI1fl_F75IuMup.jpg)

(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103696/201603178993/_prw_OI2fl_hOuNlbzu.jpg)

Tema filem Web itu adalah "Add a little bit of magic to your daily lives – mentransformasikan keseluruhan telefon pintar anda ke dalam dunia Disney." Di dalam filem itu, seorang wanita yang menjalani kehidupan harian yang biasa telah tersesat ke dalam dunia Disney, menjadi terpesona dan menukarkan pakaian beliau agar lebih menyerupai seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Toy Story, Snow White dan watak-watak Disney klasik yang lain, seolah-olah beliau mendapat ilham oleh watak-watak ini. Filem itu mendapat sanjungan sebagai "sangat comel" di laman rangkaian sosial di Jepun, dan telah dilihat sebanyak kira-kira 1,200,000 kali dalam tempoh hanya dua minggu daripada ia dikeluarkan.

Keseluruhan filem selama 90 saat itu, termasuk adegan wanita itu secara serta-merta menukar pakaian, telah difilemkan dengan menggunakan satu kamera. Dalam filem itu, pakaian khas digunakan untuk menunjukkan wanita itu telah menukar pakaian satu demi satu secara serta merta tanpa menggunakan grafik komputer. Memandangkan video itu dirakamkan secara terbalik, pelakon lelaki dan pelakon wanita berjalan dan bergerak ke belakang semasa rakaman itu dibuat secara terbalik. Cara ia dirakamkan menarik perhatian daripada penonton kerana ia dibuat untuk memastikan bahawa kesemua adegan kelihatan semula jadi apabila ia dimainkan secara terbalik.

Filem pendek itu yang menunjukkan bagaimana filem itu dirakam yang mendedahkan bahawa adegan wanita itu secara serta merta menukar pakaian dimainkan secara terbalik.

Laman web maklumat Gaya Disney:
http://www.softbank.jp/mobile/service/disney-style/

Filem web, "Add a little bit of magic to your daily lives"
https://www.youtube.com/watch?v=yyRjzs5OXiQ

Filem pendek menunjukkan bagaimana filem itu dibuat
https://www.youtube.com/watch?v=-SBZ2cNdmec

Butiran filem:
Filem itu telah dicipta pada tema Gaya Disney, "Add a little bit of magic to your daily lives – mentransformasikan keseluruhan telefon pintar anda ke dalam dunia Disney" Dalam video itu, satu imej pada paparan telefon pintar seorang wanita tiba-tiba berubah kepada "Mickey & Friends." Dinding sebuah pejabat di mana wanita itu bekerja tiba-tiba terbuka dan beliau dijemput ke dalam dunia Disney, di mana beliau menjadi terpesona dan menukar pakaiannya kepada sebuah pakaian berwarna merah, sut sepasang yang berjalur yang kelihatan seperti Donald Duck dan pakaian gaya penunggang kuda liar wanita yang menyerupai Toy Story dan pakaian yang digunakan oleh White Snow, antara lain. Akhir sekali, seorang putera muncul dan membawanya ke sebuah istana berwarna putih yang indah.

Gambaran keseluruhan filem pendek yang menunjukkan bagaimana filem itu dibuat:
Filem pendek itu yang menunjukkan cara bagaimana filem itu dibuat mendedahkan bahawa keseluruhan video itu, termasuk adegan seorang wanita secara serta merta menukar pakaian satu demi satu, dimainkan secara terbalik. Jika anda melihat filem itu, anda akan mendapati beberapa adegan yang menunjukkan bahawa imej itu dimainkan secara terbalik, seperti di mana konfeti itu naik dan bukannya jatuh dan penunggang kuda liar wanita itu bergerak secara pelik. Filem pendek itu antara lain juga menunjukkan sepenuhnya rahsia lain di sebalik penggambaran adegan seorang wanita menukar pakaian dengan pantas.

Imej yang berkaitan di atas boleh diperolehi di sini:
(Foto3: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201603178993/)

Sumber: SoftBank Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.