ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  FIRST ADVANTAGE KELUARKAN TREND PENYARINGAN LATAR BELAKANG 2016 DI RANTAU ASIA PASIFIK

Monday 28/03/2016



Kajian baharu ke atas data kumpulan umur menunjukkan bahawa hampir 70% daripada semua percanggahan yang ditemui adalah daripada calon yang berada di bawah umur 35 tahun. 

SINGAPURA & SYDNEY & HONG KONG & KUALA LUMPUR, Malaysia & MANILA, Filipina, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Advantage, sebuah syarikat  milik Symphony Technology Group (STG) dan pembekal terkemuka dunia bagi analisis penyaringan dan penyelesaian identiti, hari ini mengumumkan mengenai keluaran Laporan First Advantage berhubung Trend Penyaringan Latar Belakang 2016 bagi Asia Pasifik.

Kajian terkini itu oleh First Advantage mendedahkan makro utama dan trend mikro dan juga memberikan pencerahan kepada organisasi untuk menanda aras program semasa mereka dan membuat pelarasan halus kepada amalan penyaringan mereka yang sedia ada.

Laporan itu adalah berdasarkan kepada data yang diambil daripada pengesahan latar belakang pekerjaan dan pemeriksaan rujukan yang dijalankan oleh First Advantage di Asia Pasifik. Laporan trend ini menghasilkan keputusan yang meliputi Jepun, Korea, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Australia dan New Zealand.

Kesemua data dikumpulkan daripada sejumlah dua juta pemeriksaan dari Januari hingga Disember 2015. Kadar percanggahan yang diketengahkan telah dikategorikan kepada dua kumpulan: Kadar percanggahan keseluruhan mengikut negara dan mengikut segmen. Hasil penyaringan mewakili pelanggan syarikat itu yang terletak di Asia Pasifik. Hasil laporan itu dibahagikan di bawah jenis percanggahan kritikal (pekerjaan, pendidikan, berkaitan kewangan, Alamat, Pangkalan Data) dan meneliti pecahan percanggahan mengikut kerajaan dan mengikut industri.

PENEMUAN UTAMA DARIPADA LAPORAN ITU TERMASUK: 

• Percanggahan penyaringan keseluruhan calon di Asia Pasifik berjumlah 17.3 peratus pada tahun 2015, menurun sedikit daripada 17.9 peratus pada tahun 2014. Pada tahun 2013, ini telah ditetapkan pada 13.4 peratus.

• Mengikut segmen, peratusan percanggahan yang datang daripada sektor tenaga adalah yang tertinggi pada paras 26.64%, diikuti oleh sektor kewangan pada paras 19.29%. Kedua-dua sektor menyaksikan kenaikan ketara dalam percanggahan dalam tempoh tiga tahun.

• Kadar percanggahan di Australia terus menjadi yang paling tinggi di rantau Asia Pasifik pada paras 24.72 peratus, diikuti oleh Hong Kong pada paras 18.04 peratus. Kadar percanggahan di China dan Jepun/ Korea adalah yang terendah di rantau itu masing-masing pada 7.51 peratus dan 9.16 peratus.

• Percanggahan mengikut pekerjaan pemeriksaan paling tinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Calon yang mempunyai kesilapan dalam rekod pekerjaan mendaftarkan 57.77 peratus daripada keseluruhan kadar percanggahan utama di Asia Pasifik.

• Kadar percanggahan pengesahan Pendidikan menyaksikan sedikit penurunan daripada 10 peratus pada tahun 2015.

• Pada tahun 2015, daripada kadar percanggahan keseluruhan sebanyak 17 peratus, jumlah paling ramai percanggahan calon mengikut umur dikesan paling tinggi dalam peringkat umur 26 hingga 30 tahun. Calon-calon dalam kumpulan umur ini mencatatkan 29 peratus percanggahan.  
 

"Dalam sebuah ekonomi yang pesat berkembang seperti di Asia Pasifik, dengan perbezaan budaya dan kepelbagaian yang wujud, usaha mencari calon yang mempunyai kemahiran dan integriti yang dikehendaki menjadi satu cabaran. Untuk melindungi organisasi daripada kesan buruk daripada pengambilan pekerja yang tidak baik, majikan perlu melaksanakan program penyaringan pengambilan dan latar belakang yang ketat," kata Erik Schmit, Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik di First Advantage. "Objektif laporan ini adalah untuk membantu majikan agar memahami cabaran dan percanggahan pekerjaan yang paling biasa di rantau itu. Satu kajian terperinci mengenai trend di rantau Asia Pasifik akan membantu majikan memahami keperluan untuk menyaring pekerja mereka di seluruh peringkat," kata beliau.

First Advantage adalah pembekal terkemuka bagi penyaringan latar belakang di dunia dan menjalankan kira-kira 54 juta pemeriksaan latar belakang di seluruh dunia pada setiap tahun.

Untuk mendapatkan salinan percuma "Laporan Trend Penyaringan Latar Belakang 2016 First Advantage bagi Asia Pasifik," sila hubungi Wei Chong di Weichong.Chin@fadv.com. 

Maklumat mengenai First Advantage

First Advantage menyediakan penyaringan latar belakang, identiti dan penyelesaian maklumat  yang komprehensif yang memberikan majikan dan penyedia perumahan akses kepada maklumat yang boleh diambil tindakan yang membolehkan pihak berwajib membuat keputusan dengan lebih pantas dan lebih tepat. Dengan platform teknologi global yang termaju dan perkhidmatan pelanggan yang unggul yang disampaikan oleh pakar-pakar yang memahami pasaran tempatan, First Advantage membantu pelanggan di seluruh dunia mewujudkan program penyaringan yang boleh dikonfigurasi dan berskala sepenuhnya yang memenuhi keperluan mereka yang unik. Dengan beribu pejabat di Atlanta, Ga., First Advantage mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Timur Tengah. Maklumat  lanjut mengenai First Advantage boleh diakses di www.fadv.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160327005003/en/

Hubungi
First Advantage
Chin Wei Chong. +65 96817128 (Telefon Bimbit)
Pengarah Pemasaran & Perhubungan
weichong.chin@fadv.com
atau
Publicis Consultants Asia
Sonia Parveen, +919845684592 (Telefon Bimbit)
sonia.parveen@publicisconsultants-asia.com


Sumber: First Advantage

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.