ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  “KER1M” MENERBITKAN BULETIN NOSTALGIA YAB DATO' SRI NAJIB 40 TAHUN

Monday 28/03/2016



PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Pencapaian YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam arena politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan dan disenangi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M), YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat (R) Datuk Ranjith, hari ini mengumumkan bahawa KER1M bakal menerbitkan sebuah buletin bertajuk Nostalgia YAB Dato’ Sri Najib 40 Tahun. Buletin ini merupakan satu usaha menaskahkan pengalaman, pencapaian yang telah dilaksanakan dan mengimbau suka duka 40 tahun yang telah beliau lalui.

Datuk Ranjith berkata, perjalanan kerjaya politik YAB Dato’ Sri Najib sepanjang 40 tahun sejak dari tarikh 21 Februari 1976 sehingga pada tanggal 21 Februari 2016 yang lepas merupakan detik bersejarah yang menandakan genapnya 40 tahun usia penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah yang pastinya penuh dengan kisah suka dan duka.

Maka, untuk menghargai jasa serta bakti YAB Dato’ Sri Najib, KER1M dengan inisiatif sendiri berusaha menerbitkan buletin yang bakal diedarkan kepada pembaca secara percuma. Justeru, KER1M menjemput syarikat-syarikat korporat agar menyokong usaha ini bersama dan menjadikan penerbitan buletin ini sebagai sebuah naskah sejarah sekaligus memberikan penghormatan serta menghargai sumbangan YAB Dato’ Sri Najib kepada masyarakat dan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, sumbangan serta sokongan yang diberikan kepada usaha ini tentunya akan melahirkan rasa bangga dalam diri kita kerana buletin ini merupakan satu penghargaan tertinggi kepada YAB Dato’ Sri Najib yang telah banyak melakukan pembaharuan dan pembangunan untuk negara kita,” kata Datuk Ranjith.

“Matlamat YAB Dato’ Sri Najib menceburkan diri dalam bidang politik adalah semata-mata untuk membantu rakyat kerana ianya memberi kepuasan peribadi kepada diri beliau dan dengan itu, KER1M juga akan sentiasa bekerja keras dalam memainkan peranan membantu melengkapkan sebahagian usaha kerajaan serta memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dari masa ke semasa,” ujar Datuk Ranjith lagi.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), KER1M sentiasa berusaha dengan penuh gigih dan berharap mendapat sokongan yang jitu daripada sektor korporat yang mana ianya akan membantu merealisasikan usaha penerbitan buletin ini yang didedikasikan khas kepada YAB Dato’ Sri Najib - KER1M

SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam (KER1M)
Tel : 0122425899
Emel : azeem@1malaysia.info

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.