ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  SYSTEMS MAINTENANCE SERVICES DIBERI PUJIAN DALAM PENYELENGGARAAN LANDSKAP KOMPETITIF PIHAK KETIGA GARTNER

Tuesday 29/03/2016



CHARLOTTE, N.C., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Systems Maintenance Services (SMS) telah dikenal pasti sebagai sebuah Bintang Utama oleh Gartner bagi Pusat Data Pihak Ketiga dan Rangkaian Penyelenggaraan untuk Pusat Data dalam laporan Mac 2016 mereka yang bertajuk "Landskap Berdaya Saing: Pusat Data dan Pembekal Perkhidmatan Penyelenggaraan Rangkaian Pihak Ketiga [ID G00294372]." Laporan itu menyatakan, "Tumpuan bagi dokumen ini adalah pada pasaran Penyelenggaraan Pihak Ketiga (TPM) untuk pusat data dan sokongan rangkaian, di mana penyelenggaraan disediakan secara bebas daripada pengeluar peralatan asal atau OEM."

Penulis laporan itu, Christine Tenneson, adalah seorang Pengarah Penyelidikan yang menyokong penyelidikan pasukan perkhidmatan Perniagaan dan Teknologi Terurus Gartner. Dalam laporan itu beliau telah mengkategorikan pembekal penyelenggaraan pihak ketiga mengikut kumpulan nama seperti berikut: Bintang Utama, Bintang Meningkat Naik, Pengganggu, Penyokong Setia dan Peserta Perkakasan Sekunder. Bintang Utama dikenal pasti dengan sifat-sifat/ ciri-ciri berikut:

"Global. Penyedia dengan penguasaan pasaran yang signifikan pada hari ini. Kesedaran jenama yang kukuh. Strategi perkhidmatan penghantaran yang sangat maju. Proses yang sangat berautomasi. Strategi saluran yang maju."

Tenneson juga menyatakan, "Kepentingan pengguna akhir dan permintaan untuk alternatif kepada sokongan OEM bagi pusat data dan penyelenggaraan rangkaian semakin meningkat, dengan didorong oleh keperluan untuk pengoptimuman kos, terutamanya bagi pasca waranti dan pusat data EOSL dan peranti rangkaian."

Untuk membaca keseluruhan isi kandungan penerbitan penyelidikan ini, sila Klik Di Sini.

"Kami sungguh-sungguh berbesar hati kerana telah dikenal pasti sebagai sebuah Bintang Utama dalam penyelidikan Cik Tennyson," kata Joe Scordino, Pengarah Urusan, SMS Amerika Utara. "Sepanjang sejarah 35 tahun kami, kesedaran untuk sokongan pilihan perkakasan pasca waranti telah berkembang, tetapi banyak industri kini sedang meninjau kepada penyelesaian OPEX untuk menangani kos baharu yang dikaitkan dengan senarai pemacu perniagaan pusat data yang semakin meningkat. Kami merasakan penentuan Bintang Utama ini adalah satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan kami dan sebagai bukti terhadap usaha gigih oleh semua pasukan kami di SMS."

 

"Pertumbuhan dan kedudukan pasaran global kami datang daripada satu komitmen yang menyeluruh kepada sokongan yang luar biasa, inovasi perkhidmatan yang didorong oleh pelanggan dan ketulusan kami untuk menjadi 'global secara tempatan' bagi pangkalan pelanggan kami," kata John Wozniak, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SMS. "Kami percaya bahawa sesungguhnya pengiktirafan ini adalah satu bukti kepada sumbangan setiap pekerja SMS dan kami semua tidak sabar menantikan tempoh 25 tahun yang akan datang ketika kami mengembangkan model kami untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada pasaran global yang lebih luas."  

Penyelenggaraan Perkakasan Pusat Data SMS

Penyelenggaraan dan Sokongan Pusat Data daripada SMS adalah lebih daripada satu perkhidmatan pembaikan yang mudah, tetapi lebih kepada satu penyelesaian yang membantu perniagaan beroperasi dengan lebih cekap dan seterusnya mendapat kelebihan berdaya saing dengan menyediakan:

• Perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan perkakasan IT yang berharga kompetitif

• Peningkatan kawalan perbelanjaan peralatan modal dan ROI yang lebih besar daripada penyambungan kitaran hayat aset IT yang menjangkau melebihi akhir hayat (EoL) OEM/ perisytiharan Akhir Hayat Perkhidmatan (EoSL).

• Satu antara muka yang mudah untuk digunakan yang diberi nama SMS ClearViewSM Assessment yang membantu pelanggan mengenal pasti aset yang layak untuk penyelenggaraan bebas, mengurangkan risiko dan mengukur potensi penjimatan

• Ketersediaan global untuk sokongan perkakasan

• SLA yang disesuaikan yang membolehkan pengoptimuman tindak balas dan keperluan pembaikan bagi setiap aset IT

• Kontrak perkhidmatan dipertingkatkan, insiden perkhidmatan dan pengurusan aset IT melalui aplikasi SMS proprietari dan SaaS berasaskan awan, singlePoint®

• Klik di sini untuk memuat turun kertas putih SMS yang terkini, “Penilaian ClearView: Laluan Paling Mudah Anda kepada Pengurangan OPEX.”

 

Maklumat mengenai Systems Maintenance Services, Inc.

Ditubuhkan pada tahun 1981, Systems Maintenance Services (SMS) adalah sebuah pembekal terkemuka yang bertaraf dunia bagi perkhidmatan sokongan kitaran hayat aset IT yang terurus, termasuk sokongan bagi kebanyakan jenama pusat data termasuk Cisco, IBM, HP, Dell, Sun/ Oracle, EMC, Hitachi (HDS), NetApp, Lexmark dan Xerox. Portfolio perkhidmatan SMS termasuk pelbagai penawaran yang menjimatkan kos seperti penyelenggaraan perkakasan, jualan perkakasan IT, pengurusan aset, penggunaan produk, migrasi pusat data/ penyatuan, penghantaran global jarak jauh dan kitar semula aset/ pelupusan secara selamat. Perkhidmatan ini disediakan di seluruh dunia melalui satu rangkaian SMS dan pusat perkhidmatan yang dimiliki anggota gabungan yang terletak berhampiran kebanyakan bandar raya utama di Amerika Utara, Asia dan Eropah.

SMS adalah sebuah syarikat portfolio milik Thomas H. Lee Partners, L.P., dan Summit Partners. SMS sedang secara aktif mencari pembangunan korporat, penggabungan OEM dan peluang-peluang perkongsian strategik. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sysmaint.com

Hubungi

Systems Maintenance Services, Inc.
Brent Anderson, 952-226-8527

Sumber: Systems Maintenance Services, Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160328005114/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.