ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  RECALL MEMPERLUAS PORTFOLIO PERLINDUNGAN DATA MEREKA DI PERINGKAT GLOBAL

Wednesday 30/03/2016



Pemimpin dunia di dalam pengurusan maklumat memperkenalkan penyelesaian pemulihan bencana awan dan restorasi data selaras dengan keperluan IT kritikal

 

NORCROSS, Ga., 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings, (ASX: REC), sebuah pemimpin dunia di dalam pengurusan maklumat, termasuk penyimpanan dokumen, perlindungan data, pemusnahan secara selamat dan perkhidmatan tadbir urus maklumat, hari ini mengumumkan perluasan portfolio perlindungan data mereka, termasuk perkhidmatan pemulihan bencana awan. Perkhidmatan perlindungan data Recall menyediakan penyelesaian yang komprehensif untuk menjamin, mengurus dan mentadbir maklumat digital dan fizikal melalui sebuah platform perkhidmatan yang berpusatkan pelanggan.

"Peralihan kepada penyelesaian yang lebih berasaskan awan di tempat kerja itu telah mendorong satu permintaan pasaran global bagi penyelesaian yang membolehkan perniagaan untuk dengan cepat pulih daripada bencana tanpa mengalami sebarang gangguan," kata Janson Hoambrecker, Naib Presiden dan Ketua Pasaran Global bagi Perkhidmatan Perlindungan Data (DPS), Recall. "Di samping itu, portfolio perlindungan data Recall boleh membantu organisasi mengalihkan arkib pita di tapak, yang perlu bagi mengekalkan standard pematuhan, dengan Pusat Maklumat kami yang selamat, sekali gus membebaskan ruang rak yang berharga dan menghapuskan kos penyelenggaraan bagi sistem legasi yang sudah ketinggalan zaman. Penawaran baharu Recall itu meringankan beban ke atas syarikat-syarikat untuk menyimpan penyelesaian pita secara jangka panjang bagi pematuhan maklumat kitaran hayat sambil menambahkan manfaat bagi pemulihan bencana secara tepat masa melalui awan."

Portfolio Perlindungan Data Recall termasuk:

Pelombolan Pita: Penyimpanan secara selamat bagi pita sokongan, arkib, rantaian penjagaan dan pemusnahan secara selamat

Restorasi dan Pemulihan: Restorasi dan penukaran data, termasuk penghijrahan pita kepada awan dan pengurusan katalog, pemulihan data dan pemprosesan eDiscovery

Awan: Pemulihan segera di lokasi dan awan, penyulitan hujung ke akhir, pengesahan sandaran syot layar, penyimpanan awan berasaskan masa dan sokongan sandaran awan ke awan

Pemulihan bencana awan sebagai satu perkhidmatan (DRaaS) adalah sebuah pasaran yang semakin berkembang, seperti yang dibuktikan melalui pergerakannya kepada Gartner Magic Quadrant pada tahun 2015. Peralihan kepada model perniagaan yang sentiasa ada telah mendorong kepada keperluan satu kesinambungan penyelesaian bagi perniagaan atas permintaan, seperti yang digambarkan oleh ramalan Gartner bahawa DRaaS akan mengatasi pasaran pita tradisional menjelang tahun 2018.

"Untuk membantu pelanggan kami memenuhi keperluan yang ketat dan kompleks pada hari ini dan memastikan kesinambungan perniagaan, Recall telah mengembangkan portfolio global mereka bagi perkhidmatan perlindungan data," kata Ron McMurtrie, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Global, Recall. "Recall bergantung kepada kepakaran keselamatan maklumat dan pematuhan mereka, dan perkhidmatan ini dibina di atas keperluan ini dan pada masa yang sama memastikan pelanggan kami mempunyai akses kepada teknologi terbaik yang sedia ada."

Selain portfolio pemulihan bencana awan dan perlindungan data mereka, Recall telah melancarkan beberapa penyelesaian yang berinovatif untuk mengukuhkan tadbir urus maklumat bagi pelanggan mereka, termasuk teknologi RFID, Portal Recall dan CommandIG™.

Untuk maklumat lanjut mengenai perluasan portfolio perlindungan data Recall, sila layari: http://www.recall.com/data-protection atau memuat turun kertas putih Recall, “Migrasi kepada Awan: Menghapuskan Jurang di dalam Perkhidmatan Perlindungan Data.

Maklumat mengenai Recall

Recall adalah sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian pengurusan maklumat, dengan menawarkan kepada pelanggan dengan pengurusan lengkap bagi maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian Recall yang berinovatif memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik di sepanjang kitaran hayat maklumat itu, sambil memberi jaminan mengenai pematuhan kawal selia dan menghapuskan sumber-sumber, masa dan kos yang tidak perlu. Recall memberi perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan di lebih 300 pusat operasi khusus, yang merangkumi lima benua di 25 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari recall.com.

 

Hubungi
MSLGROUP
Amanda Fountain atau David Sprague
781-684-0770
recall@mslgroup.com


Sumber: Recall


Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160329005365/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.